Wednesday, September 21, 2011

[ our very first makan-makan ]

baru je sebut-sebut eh bukan taip nak buat sikit makan-makan. tapi memang betul sikit. hehe. tak dirancang pun. hari khamis malam jumaat minggu lepas ncik M ajak FIL datang rumah makan-makan. sebenarnya aku tak paham ncik M cakap ape, aku ok je rupanya ajak datang rumah. haha. ikutkan FIL dah beberapa kali  datang rumah tapi datang beraya kena masak elok-elok sikit. tapi sekali yang datang bukan sekadar FIL. ramai. -.-"

hari jumaat 2 pepagi lepas breakfast roti canai dekat presint diplomatik terus beli barang sikit di mydin dan barang basah selebihnya kat pasar presint 8. menu utama aku untuk hari 2 ialah lontong. minta-minta sedap la. nak bagi orang makan ni. hahaha. aku duduk dapur je, ncik M tak bagi aku keluar dapur sebab dia yang akan mengemas. hehe.

haish segan nak upload gambar masakan sendiri. bukan pandai sangat pun. gasak la eh. hahaha. ni betul-betul lauk yang aku sediakan. selebihnya mak mertua aku yang bawak sebab aku tak tahu ramai datang. heee.

buah oren pelik dengan warna merah dia. hehe.

ayam sambal. ayam masak merah aku tak sempat dan tak pandai. haha.

serunding. jenuh buat sebelum puasa lagi. TIPU! ni dah lama mak mertua aku bagi. terus terpikir buat menu tambahan.

kuah masak lodeh atau kuah lontong. bahan yang paling lama nak sediakan tapi senang hati bila semua puji sedap. heeee. masa ni atas dapur lagi. :P

nasi impit.

meja makan. banyak menu tambahan. mee goreng, kek, roti


lepas selesai...










hadap sorang-sorang ngemas. fuhhhh. *bengkok pinggang*

penat tapi seronok sangat orang datang rumah. selalu kami berdua je, ni bila ada ramai datang borak-borak sampai nak dekat tengah malam. makan non stop. seronok! hehe. kira ok la untuk kami buat permulaan pertama, jamu family dan sedara mara dulu. cuma yang ini elok sikit daripada makan bihun bujang je sebab masa 2 betul-betul last minute. dapur pun takde ape. haha.

ni jela aku mampu masak sorang-sorang, lain la ada pembantu mungkin banyak sikit menu. eceh yeke? haha. kami kena buat post mortem dulu mana yang patut tambah, kot-kot ada yang terkurang. pinggan mangkuk pun tak cukup banyak. pisau tajam pun satu je tau. hahaha. rumah aku ni pun bukan luas mana takut nak ajak ramai-ramai. hehehe.

lainkali boleh buat lagi, chaiyok! :D






2 comments:

shitaro said...

lama x makan masakan su..nnti bln 11 ni kita wat lawatan sambil belajo ke umah aunty kuya ye adif..hihihi :P

*rindu kat dapur tu :(

[s.u.r.i.a] said...

bulan 11 bila 2? jangan lupa jalan sudah. :P

nanti saya update belog letak gambar dapur eh buat pengubat rindu. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...