Monday, May 17, 2010
[ sebulan sudah ]
Sunday, April 18, 2010
[ majlis pertunangan tema putih pink ]
[ masa : 3.00 petang ]
[ tempat : kampung baru bukit sedanan, selandar ]
alhamdulillah. syukur tak terhingga pada Tuhan atas rezeki dan rahmatNya perancangan singkat antara aku dengan ncik M terlaksana. majlis pertunangan aku dengan ncik M berjalan sempurna seperti yang d rancang. majlis pertunangan yang aku impikan selama ni. :)
pelamin mini putih pink ni memang aku dah jatuh cinta sejak kali pertama aku tengok masa survey2 d butik pengantin bertemankan mak kesayangan aku sorang 2. rasanya ni butik yang ke3 aku singgah. xkire macamane sekali pun aku tekad aku nak yang ini walaupun mak kata 'mahalnye ya sampai 400 untuk pelamin je, xde orang kampung yang bertunang ada pelamin'. xkire. xkire. tangkap gambar, tunjuk pada ncik M & dia pun sukakan nye. aku tahu dia harus sehati sejiwang dengan aku. ngeee. cuma tokei butik 2 ubah ckit la dari gambar yang aku tengok. ape2 pun aku tetap sukakannya. :D

hantaran dari belah aku. tema putih pink. hasil kekreatifan abang ipar ku. aku hepi sangat sebab aku memang teringin sangat nak guna kayu putih 2 untuk letak hantaran aku. xtahu la kenapa. mungkin sedang trend kayu putih ni. aku pun dah plan. untuk hantaran tunang je buat berabis cantik & ofcos duit sekali la. adeh! mungkin untuk hantaran kawin nanti, untuk deko mungkin boleh simple2 je kan. aku mengaku memang aku xkreatif bab2 ni. baik aku siang2 bagi pada yang pakar. walaupun bukan hasil tangan aku deko hantaran tapi aku tahu barang hantaran aku sendiri yang gigih beli tanpa harapkan orang lain. orang sekeliling aku yang memudahkan sebahagiannya. :)
my E ring. cantik. sweet. simple. aku ni xpandai sangat tengok cincin. tapi aku suka. suka sangat2. sebenarnya aku pernah tunjuk pada ncik M gambar cincin yang aku tampal pada vision board aku. cincin 2 jenis eternity sebab bagi aku ia nya cukup simple untuk aku yang kureng suka pakai cincin. seperti cincin risik, mama ncik M yang pilih untuk cincin tunang tanpa aku & juga ncik M. ncik M tengok pun masa ambik cincin. aku xsangka cincin jenis solitaire ni yang mama ncik M pilih. lebih2 lagi emas putih bukan emas kuning. bertambah-tambah sayang aku kat mama ncik M sebab memahami betul aku. ngeee. selalunya jenis cincin solitaire ni ramai orang bagi masa kawin. mungkin kawin nanti aku xnak cincin lagi. cukup2la cincin yang ade. aku pun hanya akan pakai cincin ni satu je, yang lain simpan termasuk cincin risik. boleh beranak-ranak kot dok dalam kotak. :P
baju putih pink aku untuk ari indah ni aku sewa kat tokei butik yang sama. untuk pengetahuan semua. sehingga akhir saat jam5 ari jumaat baju aku adalah kurung moden berwarne purple yang aku sendiri beli kat butik zaida warta bangi. ctah yang temankan aku selepas berhari2 mencari baju tunang dari jalan TAR menbawa ke seluruh shah alam semata-mata mencari baju tunang yang berkenan. penat ctah xabis lagi tapi last minute bila dah kat kampung terpaksa tukar baju selepas hampir kesemua adik beradik cakap baju aku xkena dengan pelamin kecuali mak. aku tahu mak cakap baju aku ok sebab xnak aku abis duit lagi sewa baju. dari mula aku memang xnak sewa baju sebab mase survey dan tengok baju nye. aku terasa macam meriah sangat pulak. nak yang simple2 je la kononnye. mmm xsangka aku akan pilih jugak baju 2. buat penat je bekejar mencari pasar malam yang akhirnya tudung purple xpakai. huhu. kira aku bernasib baik la sebab baju putih pink ni xde orang pakai. sampai sekarang aku ingat ayat abang aku, 'kalau kau pakai baju ni, orang tengok pelamin je xtengok kau'. aisshhh. kejam betul ayat. mm tapi cantik x baju ni. aku suka je bila dah pakai. macam nak kawin pun ade. atleast aku dah rasa pakai baju kawin warne pink yang mungkin aku xkan pakai nanti. :P
antara banyak-banyak perkara. bab make up la yang first thing yang aku survey, aku perati dulu. aku memang dah kenan dengan make up kak erin ni. dekat dengan rumah, murah pun murah. mula-mula terkejut gak tengok muka pas siap make up. macam mak nyah pun ade hahahaha tapi bila dah siap pakai tudung bagai. cantik plak. giler perasan. ngeee. mm cantik x aku korang rasa? puji la eh kasi aku sedap hati. :P

phewittt. alahai comelnye la. perasan lagi. ngeee. credit 2 bangah, adik ncik M untuk pic ni. momen yang indah.
yes, it's priceless. :)
untuk sewaan bekas hantaran sila klik sini
Wednesday, April 14, 2010
[ 3 days 2 go ]
ok. sebelum aku balik melaka aku plan nak singgah pasar malam bangi sebab aku nak ambik tudung tunang aku. aku beli kat pasar tani putrajaya tapi sebab aku nak letak batu sarwosky yang ala-ala bersinar-sinar 2 jumaat lepas. adik penjual tudung 2 dah janji nak bagi balik tudung yang dah siap pada ari selasa iaitu semalam tapi dia lupa. dia suruh aku tunggu ari jumaat. aku nak balik awal kampung mane sempat aku nak ambik. 2yang budak penjual tudung 2 minta aku datang pasar malam kat sebelah shell. aku memang cukup yakin dengan pasar malam yang biasa aku pergi. pasar malam bangi.
nak d jadikan arini ari yang sangat tension buat aku ialah bila aku tiba d tempat kejadian tak ade plak pasar malam arini. musykil nye aku. pasar malam mane yang budak ni maksud kan? sebab sepanjang pengetahuan aku memang tak ade pasar malam lain selain yang ini. aku call budak penjual tudung 2. mula la sesi budak penjual tudung menerangkan pada aku lokasi sebenarnye, pasar malam kajang. kononnye memang aku silap. tapi aku blur. sebab aku memang bukannya tahu sangat pun area bangi@ kajang ni. setakat hentian kajang, warta, tempat-tempat makan yang best memang selalu la aku pergi. ni budak penjual tudung maksudkan kawasan kilang coklat. seyes aku konfius. giler la. selepas lebih kurang 10min stress d henpon aku jadi tension. terus aku menangis. yela dah jam6, jam berapa pulak aku nak gerak balik melaka. aku xbiase balik kampung malam2 keseorangan. aku usaha call ofismate-ofismate yang rase-rase macam tahu tapi hampa. semua tak tahu. memang aku redah je berdasarkan landmark yang budak penjual tudung ni bagi.
kononnye kawasan pkns bangi. aku pusing2 situ. memang tak ade ape. aku drive straight je ke kajang. mane la tahu memang betul pasar malam 2 d kajang. sedikit kecewa sebab jalan terus yang aku sedang lalui memang sangat-sangat la jam nya. time peak hour memang la jam. aku call banyak kali budak penjual tudung ni dengan harapan boleh jumpa. dia cakap d seksyen 9 bangi. aku tekad ambik u-turn sebab aku tahu yang aku dah silap.
rasenye dekat 2jam la aku pusing2 area c2 je. call budak penjual tudung 2 dia pun blur, dia bukan orang c2 katanye. berkuap dah aku duk dalam keta berjam2. tanye orang area c2 pun tunjuk arah salah. kalau x pk pasal tudung tunang 2 memang aku terus je melaka. ok. take 5. singgah petronas. beli air oren untuk menyejukkan badan yang sedia 'panas'. terlanjur 2 aku tanya la budak petronas 2, mana la pasar malam kajang yang orang kajang sendiri xtahu. huh! dia tunjuk arah yang dah dekat pun. jumpa akhirnya. eee punye la mudah. nak salahkan sape la 2?? betul kata orang, kalau sesat tanye orang keja stesen minyak. kenapa la aku terpk dari mula.
ok2. 2jam cari pasar malam. adik 2 kurangkan rm3 je. dah, dah. malas pk dah. nak balik melaka terus. hampir jam10 aku sampai melaka. the end. huh!
Tuesday, April 13, 2010
[ 4 days 2 go ]
Wednesday, March 31, 2010
[ mac yang memenatkan ]
- persiapan tunang
- kuarters
ok. cukup padat. penat kan? penat tau. :P
Tuesday, March 23, 2010
[ shopink tunang ]
kepenatan. seharian. berjalan. tawaf sogo. tawaf jalan TAR. alhamdulillah. sebahagian dari barang2 hantaran untuk majlis pertunangan kami dapat yang berkenan. kami beli. cuma baju tunang aku je xjumpa2 yang berkenan. 2la sape suh nak beli, sewa kan senang. nak buat memang terang-terangan xsempat.
Friday, March 19, 2010
[ the 3rd step ]
[ tempat : kampung baru bukit sedanan, selandar, melaka ]
langkah ketiga yang memang mendebarkan. rombongan merisik dari pihak keluarga ncik M seramai 6orang yang terdiri dari mama & ayah dia, mak long dia dari bangi, nenek sedara, pak cik & mak cik sedara ncik M dari melaka. rombongan sampai dengan tiba2 tanpa mama ncik M call aku. xsangka direction yang ncik M bagi cukup senang mereka ikut.
tika 2. aku rase dengupan jantung aku laju je. semua2 la laju. aku punya gabra sampai mase buka tutup tin susu aku punya kelam kabut. xpasal2 luka. darah keluar laju je. huhu. konon excited bebenau nak membancuh air untuk bakal mertua terpaksa d ambil alih oleh kak long. tukang menghidang & muka yang asik menempek kat depan sah2 la aku kan. mengangkat dulang bape kali trip pun aku xkira. almaklum la watak utama ari 2. untuk pengetahuan blog, hahaha. aku buat baju kurung khas untuk majlis merisik ni. aku beli yang ala-ala sweet warnenye, macam anak dara sunti kampung yang sangat lemah lembut. alololoo xboleh blah langsung. :P
sesi berkenalan. perbincangan 2 belah keluarga aku xnak ambik tahu langsung sebenarnye sebab mase 2 Tuhan je tahu ape yang bergelodak dalam hati aku ni. tapi maklong ncik M minta aku tunggu & dengar sekali. kira mak long dia sebagai wakil pihak lelaki. mase mak long dia hulur kotak cincin pada aku, mase 2 perasaan ku. oh speechless! kosong kata-kata. aku ingat lagi ayat mak long ncik M "kalau suria sudi sarung la cincin 2 kat jari" ketar wei seluruh badan. aku cuma menyengih je sambil sarung cincin kat jari macam kerang busuk yang semua orang sedang perati. aduh! perasaan itu. hahaha.
ini la cincin merisik aku. pilihan bakal mak mertua. aku xikut memilih pun, ncik M pun setakat pergi ambik je. cantik sangat bagi aku. :)
alhamdulillah. perjalanan majlis ari 2 berjalan lancar. mereka balik selepas selesai makan. keluarga ncik M bawa sekotak kek keju buatan khas oleh bakal mak mertua. oh sungguh sedap. terharu aku. sehelai kain pasang kaler pink purple. cantik sangat. aku rase2 kain ni jela yang aku buat untuk raye nanti. ahaks. dari belah aku hanya sebakul buah & sebekas isi kek yang bukan aku buat tapi kedai buat. xpandai buat kek la. huhu.
sedikit buah tangan dari belah keluarga aku. abang rafiq, abang iparku yang gubah. simple but just nice. :)
Tuesday, March 9, 2010
[ the 2nd step ]
[tempat : kampung baru bukit sedanan, selandar, melaka]
:: mula rase serabut ::
Friday, March 5, 2010
[ the 1st step ]
ncik M beria mengajak aku makam malam rumah dia. katanye mama dia teringin sangat nak jumpa aku. selepas aku mendapat green light dengan mak baru aku bersetuju dengan permintaan dia. dengan memakai baju kurung kotak warne biru merah aku ikut ncik M ke rumah dia. siap pakai baju kurung 2. nampak sweet la kononnye. haha. membawa buah tangan buah mangga atas nasihat cik tuan masittah. sentiasa ingat pesan sitah sebagai orang berpengalaman supaya pandai-pandai membawa diri ke rumah bakal mertua. ahaks. aku memang pandai membawa diri. terus ke dapur. berbual2 dengan bakal mak mertua. menolong mengangkat ape yang patut. xkan nak datang makan buta je kan. mencedok nasi tanpa d suruh. menambah lauk. menambah air. makan dengan sungguh-sungguh. mama ncik M kenalkan dengan semua ahli keluarga ncik M, cuma adik perempuan dia je xde sebab ade kelas malam. asik bergelak je dengan cerita tentang adik bongsu ncik M yang baru dapat lesen dan accident d carpark sunway pyramid. cerita accident keta sendiri yang memalukan aku ceritakan juga. abis berterabur gelak semua orang. selamba je aku memalukan diri sendiri. haha. aku adalah orang terakhir yang selesai makan. ini bukan sebab aku makan dengan lemah lembut ok tapi aku makan dengan banyaknye. haha.
:: hari khamis pun jadi kan ::
Sunday, February 28, 2010
[ wiken ku ]
thanks 2 abang sebab sudi isi masa su yang patutnye jauh jenjalan ke kedah. 'plan' kita punya la postpone kononnye su nak g kedah. sedangkan 3ari cuti tercongok je kat umah. dahla pemanasan bumi yang lebih hangat daripada biasa ni. fuhh lepas mandi pun berpeluh balik. ni dah malam2 pun rasenye macam nak p mandi balik je.
:: masa e2 sekarang sangat berharga ::
Wednesday, February 17, 2010
[ maaf & terima kasih ]
aku akan berblogging secara private sekadar untuk bacaan aku sahaja. mungkin 1hari nanti hati aku akan terbuka untuk berblogging secara terbuka. aku akan tetap jadi pemerhati blog korang & harap2 korang masih teruskan berblogging la ye.
doakan hubungan aku dengan ncik M berbahagia hingga ke akhir hayat. amin.
:: ....... ::
Friday, February 12, 2010
[ kampung! tunggu saya ]
Tuesday, February 9, 2010
[ ape perasaan anda? ]
bila si dia menyatakan yang dia xpernah mengenali hati seorang perempuan?
:: belajar untuk mengerti. belajar untuk memahami. ::
Monday, February 8, 2010
[ jom! jangan lupe ye ]

Saturday, February 6, 2010
[ suka kotak off ]
apekenda nye ni? berkotak2. hitam. kelabu. putih. ape maksudnye? adakah ade kena mengena dengan keja baru aku ke? nampak macam memeningkan je. sebenarnye ni jadual shif ncik M. hehe. dia bagi. pasni xde aku nak tengok kalendar ari2 semata2 nak tengok waktu cuti dia. :P
Tuesday, February 2, 2010
[ beli - duit = perlu jimat ]

asik nak abiskan duit je kan. sekarang aku ada azam baru. nak mula berjimat & menyimpan. nak kawin la katakan. hahaha. sapa xnak kawin. kalau xkawin pun kena menyimpan gak kan. huhu. aku kena belajar menguruskan kewangan secara teratur. nak belajar dengan ncik M. lelaki ni pandai ckit menguruskan kewangan. selalunya aku menyimpan kalau setakat ada je. paling kurang aku penuhkan tabung syiling aku. aku xpernah berdisplin dalam menyimpan. aku betul2 tekad ni dengan azam aku. sila beri sokongan semua. go go chaiyok!
:: tabung syiling aku hampir penuh. malas plak nak p kira. ::
Monday, February 1, 2010
[ february 1st is holiday ]
psstt : mimie, akhirnye kak chik su beli jugak lampu macam awk. berbaloi-baloi. hehe.
Sunday, January 31, 2010
[ zul & kt ]
[ langsai sudah kepinginnya ]
Friday, January 29, 2010
[ serupa ke? ]
tasbih cinta. sinetron yang sedang rancak d mainkan d tv3. aku xpenah tengok pun cite ni. yela main pun waktu kerja bila masanye aku nak lari p tengok kan. sebenarnye sorang kawan aku ni cikgu. dia memang ada masa untuk tengok cite ni. dia cukup beria2 bagi tahu aku yang heroin cite ni serupa dengan aku. dia cakap cuma pelakon ni xde tahi lalat je. setiap kali cite 2 main kat tv, time2 juga dia msg aku. macam aku boleh tengok je. dah bape orang cakap rupa aku macam pelakon indon. pelakon indon xpe. xmoh maid indon. hahaha. sungguh perasan. :P
Thursday, January 28, 2010
[ marissa & facebook ]
kalau dah lepak umah kak chik. aku sedia tahu. memang dia akan minta lappy nak berfacebooking. aku jangan mimpi la nak dapat pegang lappy. keja aku layan marissa. kata dia, 'aku dah hari2 buka facebook.' baik. mama leka kejap, laju je tangan marissa. abis d pukul2nye lappy mak uteh dengan tangan dia yang mulus 2. marissa pun nak berfacebooking ye. semakin pandai buat ekspresi muka. budak2 sekarang memang cepat bijak. eeee geram mak uteh dengan marissa tau. nasib baik comel macam mak uteh. ngeh2.
**gambar kurang kualiti. henpon cap ayam.
:: setiap kali dengan ncik M mesti kak chik cal. kebetulan. ::
Wednesday, January 27, 2010
[ kad ulang tahun si comot ]
Tuesday, January 26, 2010
[ my bam bam ]
Monday, January 25, 2010
[ y i think about u? ]
dari tadi dok menatap gambar kek chocolate indulgence yang sangat sedap ni. always b my feberet cake made by secret recipe. kecur weeii air liur. dah macam kempunan sangat ni. rasa macam dah lame benar plak xmakan. huhu. makan sorang2 xbesh plak. perlu ajak teman. sape la ekk. mm..:: tengahari tadi pun xsempat makan. ::
Wednesday, January 20, 2010
[ seronok menari ]
ni la feberet show yang berakhir semalam. orang yang mula2 mempengaruhi aku sehingga setiap hari selasa dari jam 8-11malam aku terpaku depan tv ialah kak chik. sebab aku kerap lepak rumah dia jadi secara langsung aku mula terjebak dengan aktiviti feberet mereka. hampir setiap hari selasa juga la aku akan tido umah dia sampai berjangkit ke hari khamis. dia akan pastikan aku datang umah dia. alasannya, lebih meriah kalau ramai2. ok2 aku terima alasan dia. bak kata abg rafiq pada marissa, 'mama nak bergosip dengan mak uteh'. hehehe. kadang2 2 kerana dah terlanjur mencintai eh eh silap terlanjur g umah dia. aku perangkut sekali bakul baju dengan niat suci nya nak suruh mesin basuh dia je yang basuh. bagus betul adik sorang ni kan? nampak dek marissa buat malu je. hehe. sekurang2nya aku boleh mengurangkan baju pada ampaian umah sewa. xde la berebut2. huhu.tv show ni pun berakhir dengan pemenang yang sudah aku jangka. melihat mereka ni menari rasa macam patung berputar je. cantik sungguh. memang penari sehati berdansa yang dapat markah 100% pun jauh ketinggalan la. hehe. minggu depan akan mula season baru. patutkah aku meneruskan sokongan? sudah semestinya. hehehe. :P
:: lebih kerap ngadap lappy dari tv. ::
[ just u & i ]
:: Allah permudahkan la perjalanan kami, amin. ::
Tuesday, January 19, 2010
[ a date with a dentist ]
d hari selasa yang membosankan bagi mereka yang kena bangun pagi sebab nak g kerja. aku pulak rase macam masih d hujung minggu pulak. dah la hujan pagi2. syok woo leh sambung tido. ngeh2. gigi pun menunjukkan berkembangan positif, elok pulak dia duduk diam. compom la leh g bertarikh ni.
ncik M dah lama nak tengok cite avatar. nak abis tayangan dah pun. kebetulan shif kerja nya asik jatuh pada hujung minggu & akhir2 ni dia pun sibuk nak mengecat rumah baru keluarga dia. tayangan 230ptg, sempat makan dulu. aku makan bubur mcD je. orang sakit gigi la katakan. huhu. 2pun makan nasi nye sahaja tau. ayam xboleh nak kunyah. last2 ncik M juga yang tolong abiskan.
cerita ni memang best. science fiction. kira respek la pembuat cerita ni sebab boleh reka satu cerita yang penuh dengan imaginasi yang indah. nama pun fiction kan, banyak benda xboleh d terima akal. tapi selepas d kupas oleh pengkritik tetap iaitu ncik M baru aku boleh nampak apa yang nak d sampai kan d sebalik cerita ni. nak taip ape yang dia cerita 2 pun boleh panjang sampai dua muka nanti. hehe. aku ni jarang tengok cerita berat2 ni. feberet aku cerita cintan cintun yang tangkap leleh & cerita katun yang karakter comel2. sekadar cerita yang boleh ringan2kan kepala.
seronok rasa arini. lupa sekejap yang aku sedang sakit gigi. hehe. aku rasa aku xpernah la cuti d hari bekerja kecuali balik kampung & jenjalan d shopping complex siap boleh tengok wayang lagi. ni kira first time la. aku bukan apa. aku cuma nak rasa macamane perasaan ncik M jenjalan d shopping complex time orang lain sibuk bekerja. seronok sangat. ^_^
::esok kerja. adeh! ::
Sunday, January 17, 2010
[ lahirnya dia sebagai rahmat Tuhan ]
kak cda, my best ofismate ever. dia la orang pertama yang menegur aku bila aku mula2 kerja dulu. orang yang paling rapat, orang yang paling aku percaya. banyak benda aku kongsi dengan dia sejak hampir 4 tahun aku mengenali dia. apa2 pun dia memang la ofismate, kakak, cikgu & sahabat yang paling best. banyak benda aku belajar dari dia.aku percaya. walau besar macamane pun dugaan yang Tuhan uji pada kita. ade hikmah d sebalik semua 2. jangan anggap Tuhan 2 xadil sebab kita sebagai hamba nya yang lemah kena redha, berdoa & berusaha untuk baiki kesilapan. aku doakan kak cda & newborn baby nye sihat je. seronoknye dapat pegang & bau baby. ^_^
:: suka anak sulong adalah lelaki. ::
Saturday, January 16, 2010
[ breakfast 4 two ]
Friday, January 15, 2010
[ aku seorang polis ]
tarikh : 14 januari
via : ym
suria (11:33 PM): abg..
malek faisal (11:35 PM): ye syg
malek faisal (11:35 PM): ada ape nak bgth ke tu
suria (11:35 PM): abg betul ke nak jaga su?
malek faisal (11:36 PM): betul la
malek faisal (11:36 PM): abg nak jaga su
malek faisal (11:36 PM): bole?
suria (11:37 PM): xmoh talian hayat ke?
suria (11:37 PM): mm sebab ape abg nak jaga su?
malek faisal (11:39 PM): mm takyah talian hayat
malek faisal (11:40 PM): su rasa
suria (11:41 PM): su rasa?
malek faisal (11:42 PM): su rasa sbb ape
suria (11:42 PM): mane la su tahu
suria (11:42 PM): su bukan nye boleh bace hati abg
malek faisal (11:47 PM): sbb abg sayang su
suria (11:47 PM): orang lain abg xsayang?
malek faisal (11:49 PM): mm tak sama
malek faisal (11:49 PM): bila sayang su
malek faisal (11:49 PM): hidup abg tak sama mcm dulu
suria (11:51 PM): knape xsama?
malek faisal (11:51 PM): su ni
malek faisal (11:51 PM): tanya mcm polis pula
tu dia.. xpasal2 d panggilnya kita polis. sukasuki dia je kan. sejak dia suarakan pada aku samada aku sudi ke tak kononnya langsung tahun ni juga, aku memang senyap jela. baru aku nak memberanikan diri tanya soal2 hati ni. dia dah panggil aku polis. hish2. cik abang oii, cik polis ni juga yang awak sayang tau. huhu. aku perasan lelaki memang macam 2 la. kita punya la luahkan rasa hati, perasaan kita sepanjang-panjangnya. gubah ayat baik punya. rasa macam isi hati ni semua la nak bagi tahu kat dia. tapi dia? tanya 10 patah jawab 1 patah. xde nak kembang2kan isi. markah pun xdapat penuh tau. huhu. niat kita cuma nak paham dia je. kita ni takut perasan sendiri je. nama pun perempuan kan.
:: dia minta cari hari untuk jumpa k.chik & husben jugak marissa. ^_^ ::
Thursday, January 14, 2010
[ sup?? ]
aku gelak tapi dalam hati? Tuhan je tahu ape aku rasa. aku xtahu la kalau orang lain terasa ke x kalau berada d tempat aku. aku memang jenis cepat terasa tapi kalau bila ayat ni keluar dari orang yang selalu perli aku. aku memang cukup terasa. aku pun xtahu kenapa. mungkin sebab dia lebih tua dari aku kot dan dia pernah jadi penyelia aku masa aku jadi PA pool dulu. aku sedang belajar untuk pujuk hati dan bersabar. aku terlalu cepat terasa. huhu. :(
:: memang susah nak puaskan hati semua orang. ::
[ berat-makan=kurus? ]
pepagi lagi ncik M dah menimbang berat. mengadu yang berat dia makin bertambah. xkan makin senang hati kot bila dengan aku?. huhu. sungguh perasan. dia sungguh-sungguh nak diet. nak kurangkan makan katanya. cukup ke kurang makan boleh kurangkan berat badan?. aku pun xtahu sebab aku xpernah diet. al maklum la, badan ni makan banyak mane pun macam 2 je. lagi pun aku gastrik, jadi xmoh la sengaja cari bala. paling berat pernah aku capai 50kg. xdapek la nak nolong cik abg oii. tolong beri sokongan boleh la. huhu. berat dia naik mendadak selepas dia balik jepun. 7bulan dia menganggur duk rumah je. kerjanya makan tido. kerja paling seronok 2, mane xnaik berat. xmoh kerja sebab xmoh pakai tie g kerja. iii macam 2 pun ade ke?. nasib pulak sekarang mau kerja. hehe. tetiba teringat dulu pernah dia bagi tahu, takut sampin nak nikah nanti xmuat. hehe. ok2. salah satu perkara yang boleh memotivasikan diri untuk kurus. ape2pun abg tetap comel dalam hati su, cehwaahhh. chaiyok2 ncik M. ^_^:: sakit belakang datang balik, arghh!!. ::
Wednesday, January 13, 2010
[ angin bawa la daku pergi ]
:: selain blog, hanya pada ncik M aku mengadu. ::
Tuesday, January 12, 2010
[ trengkas o trengkas ]
:: nak cari benda2 yang boleh wat diri UP balik ::
[ kena potong ]
Monday, January 11, 2010
[ majlis pertunangan adik ipar ]
5 dari 7 hantaran pihak lelaki yang d gubah indah oleh husben kak chik. dia sorang je buat ni. memang bakat terpendam betul. aku mula dah nampak2 sape yang bakal gubah hantaran aku nanti. gatal ke ape ni??. abg rafiq dah bagi green light, bila2 dia on je. siap tanya bila 'ehem2' nye nak datang umah. huhu. :: baju putih lagi, xmoh aku. ::
