Monday, September 6, 2010

[ malas lama, rajin kejap je ]

malas. 2je alasan aku boleh aku bagi sebab dah lama x berupdate, macam-macam nak cite tapi sebab malas jadi 1 entry pun xsiap. ni baru bertunang, kalau aku dah kawin lagi bersarang labah-labah agaknya blog aku ni. ni rajin sikit pun sebab nak ucap selamat hari raya dan xkan ada 1 gambar pun sebab malasssssssssssss.

insyaAllah lagi 3 hari raya pulak. sekejap sangat masa berlalu. mesti lagi kejap masa 2 tup tup aku nak nikah je nanti. haisshh. xsenang hati ni. tahun ni memang xde hati nak raya pun, baju pun xde sebab tailor jahit baju 2 cakap siap lepas raya. biar la labu. baju xpenting, yang penting dapat balik kampung dan beraya dengan keluarga. tahun terakhir ni sebagai bujang, tahun depan kena baling syiling nak tengok balik umah sapa. ngeee. :P

walaupun bulan puasa ada juga perkembangan persiapan kahwin. atleast, xde la aku rasa macam duduk je tunggu hari. duduk saja memang xsenangkan hati langsung. alhamdulillah, aku dengan ncik M sempat ke butik pengantin belah melaka, jumpa photographer belah melaka dan paling sibuk hampir setiap minggu ialah marathon cari barang hantaran. bulan puasa pun keja berjalan je. cepat sikit masa berbuka. hehehe.

lagi 3bulan setengah. mungkin terlalu awal membeli barang hantaran tapi aku sengaja sebab lepas raya macam-macam nak kejar. lagipun time nak raya ni banyak sale. orang lain sibuk cari barang nak raya, kami pulak sibuk cari barang nak kahwin. kelakar betul. tapi lagi kelakar sebab 1 barang hantaran aku pun xdapat, ncik M punya hampir complete. nampak sangat punya la cerewet aku ni. aku ada tema barang. berkenan ikut tema 2 yang xjumpa-jumpa. ada berkenan pun xmampu la, ncik M cakap kalau nak lepas kahwin boleh yang sekarang kena lebihkan mana yang utama dulu. nasib baik ncik M ikutkan je aku ni, dia cakap kalau xjumpa jugak macam aku nak baru tukar tema.

esok akhir terakhir aku keja sebelum bercuti raya. ambik 6 hari je. cuti-cuti bukan nak beraya sangat pun, dah macam-macam plan untuk persiapan kahwin aku akan kejar. jangan xterkejar sudah.

cukup la 2. keja pun banyak je kat ofis ni. PA cabuk macam aku ni pun kena attend meeting sekarang ganti bos, mentang-mentang aku naik gred. baik bos. ok. selamat hari raya, maaf atas segala kesilapan yang mungkin menguris hati sesiapa yang membaca blog aku. aku xsengaja la. berhati-hati dalam perjalanan, makan beringat ye. :)



1 comment:

Mawar_berduri said...

kuntuman indah lagi berseri,
berkembang mekar di aidil fitri,
ucapan ku kirimkan pengganti diri,
tanda ingatan tak lupa dihati...

Cik Su,
Selamat Hara Raya Aidilfitri,
Maaf jika ada sebarang salah dan silap :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...