Thursday, December 23, 2010

[ hati walang saat tiba 8 hari lagi ]

xtahu nak mula macamane. aku xtahu perasaan aku sekarang apa.

hari ni mungkin hari yang kurang bernasib baik untuk aku. hari ni aku buka surat pertukaran bos. akhirnya permohonan pertukaran bos ke kuala lumpur diluluskan. berkuat kuasa 3januari2011.

aku call memaklumkan berita baik ni untuk dia tapi mungkin buruk untuk aku. bos masih di hospital, dia memang ada sejarah minor strok. jantung dia pun bermasalah. niat dia bertukar ke kuala lumpur pun sebab rumah dia di sana dan dekat untuk buat temujanji pakar di hkl.

terus terang. aku sedih dia bertukar.

sebab dia baik sangat. :(

surat pengganti bos pun aku buka. kuatkuasa pada hari yang sama. kebetulan naik nama pegawai di sini juga. aku di tingkat 5, bos baru pulak di tingkat 6.

pegawai 2 memang dah ada PA dia sendiri. boleh pikir logik la kan. mesti dia akan bawak PA dia sekali.

aku ? mungkin kena pindah tingkat atas.

sedih.

kemudian dia sms.


bos : salam. baru dapat line. dah berapa hari dok godek rupanya sim card rejected sebab longgar. awak start cuti minggu depan kan. sementara tu boleh bincang dengan encik ** dan encik ** untuk dapatkan maklumat serah tugas saya. bila tarikh sebenar saya lapor diri tak pasti lagi. ikut kata doktor saya dijangka discaj paling awal pada 25hb disember untuk rujukan ke IJN. mungkin lepas honeymoon awak boleh tolong sedia nota serah tugas saya.

aku : ha'ah minggu depan saya akan start cuti. saya akan bincang dengan encik **. naik cuti 10hb saya akan buat nota serah tugas bos. barang-barang bos ada apa-apa nak saya kemas ke?

bos : hai. macam dah tak nak tengok lagi je. pengganti dah ada nak masuk ke. barang/buku/dokumen di atas bla bla bla bla.... hai berapa banyak punya barang da.

aku : huhu. kenapa cakap macam 2, sedih saya. pengganti bos dekat je. silap-silap saya pun kena kemas barang.huhu. encik ** pun kuatkuasa 3jan juga. 2yang tanya awal-awal esok last day saya.

bos : maaf la. saje nak gurau dengan bakal pengantin. macam tu kalau saya kena la datang untuk clearkan bilik sebelum 3hb walaupun sedang cuti sakit kan.

aku : tempat saya pun kena kemas juga bos, kena pindah juga.huhu. bos ok ke nak datang kemas, saya boleh je minta tolong sapa-sapa kemas.

bos : ok le kot. saya bawak anak saya tolong nanti. yang penting saya akan cuba sedaya upaya untuk datang majlis awak. tolong doakan saya sihat le ye..


huwaaaaa aku nangis kat situ jugak. sekarang pun aku nangis. :'(

Tuesday, December 21, 2010

[ My W Day - 10 days 2 go ]

malam ni aku baru lepas mimpi kot tetiba rasa nak update blog. hehe. sebenarnye baru perasan yang aku tinggal 10 hari je untuk majlis pernikahan aku. punya la tak nak menghitung hari sampai tak sedar.

10hari. terus terang la. aku tak rasa ape bila sebut tinggal lagi 10hari. tak macam orang nak kawin pun ada, relax je. haha. mungkin sebab duduk rumah pun sorang-sorang. tak ada orang mendesak. di ofis pun aku sibuk yang amat, surat masuk menimbun-nimbun sampai tutup meja. bos pulak masuk hospital. bekejar hantar kad secara serahan tangan. haha. tak ada masa kualiti untuk pikir hal kahwin.

aku ni memang jenis cepat rasa tekanan walaupun masalah kecik je. jadi aku senang je nak lepaskan tekanan aku. sila jangan terlalu pikir. just follow the flow. makan. tido. makan dan makan. sampai ketat baju bertandang. haha. kalau aku terlalu pikir pun aku susah, ncik M pun susah kena tempias. aku pun dah jarang keluar lepak sama dengan ncik M. biar rasa jurang sikit. aku pun tak ada la bila jumpa je asik tanya dia 'abang! takut tak? takut tak?' tak habis-habis. :P

ada rasa sedikit lega pun ye juga sebab kad dah abis edar. baju nikah, baju bertandang dah hantar dry cleaning. hantaran in progress oleh abang ipar. atleast, benda-benda kecik ni dah buat aku rasa senang. hilang sedikit beban. penat tau nak jadi pengantin. haha. selebihnya. just follow the flow. :)

mungkin bila dah balik kampung minggu ni baru rasa nak jadi pengantin kot. bila dah kena bebel dengan mak, dah kena desak dengan abang, kena melempiaskan amarah pada adik-adik degil aku yang 6orang tue. :P

Friday, December 10, 2010

[ bila orang belagak kalah bos ]

di sini aku ingin membuat sedikit pengumuman. aku ingin mengumumkan yang aku sangat sangat sangat dan saNGAT STRESS hari ni !! sekian. terima kasih.

Wednesday, December 8, 2010

[ aku tengok kad dan kad tengok aku ]

alamak ! sudah bulan disember. bulan november langsung xberupdate. alaa takde tinggalkan jejak untuk bulan november. hehe. kalau dah bulan disember maknanya adalah bulan aku bernikah. WOW! nikah. takutnye. berdebau ni. huhu. sekejapan je kan. ni memang takde counting bulan dah, counting hari je ni. saat aku menaip ni tinggal 23 hari je. rase macam banyak benda xbuat lagi ni. huwaaa nak jadi perantin pening kepala tau. cukup la sekali. tak hendak aku banyak kali. stress !!

aku memang jarang update persiapan kawin sekarang sebab rase segan nak beria-ia post di blog. macam gah sangat majlis nye. hehe. insyaAllah pas kawin aku buat-buat rajin eh. ncik M pun sokong aku menulis blog asalkan jangan terlalu terbuka dalam semua hal. sebenarnya dia sokong 2 sebab ada la benda aku nak buat kat rumah nanti. almaklum la, dia kerja shift yang bakal selalu di tinggalkan. hehe.

ok. sekarang aku sedang bergelumang dengan kad-kad kawin aku. kad kawin aku yang putih bersih ni. auwwww. hehe. menaip, print, gunting, tampal & pos. ni termasuk kawan-kawan ncik M. senang aku buat sekali. pada yang reply awal ni sempat la nak bertaip bagai. dah hujung-hujung nanti tulis tangan je la. tulis tangan aku tak bape cantik, takut posmen susah nak baca. haha. ok. pada kawan-kawan yang membaca. kalian di jemput. kalau mahu memiliki kad kawin aku yang putih mulus ni jangan la segan-segan menaipkan alamat surat menyurat kalian ye. bujet ramai nau yang membaca. haha. :P



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...