Tuesday, December 21, 2010

[ My W Day - 10 days 2 go ]

malam ni aku baru lepas mimpi kot tetiba rasa nak update blog. hehe. sebenarnye baru perasan yang aku tinggal 10 hari je untuk majlis pernikahan aku. punya la tak nak menghitung hari sampai tak sedar.

10hari. terus terang la. aku tak rasa ape bila sebut tinggal lagi 10hari. tak macam orang nak kawin pun ada, relax je. haha. mungkin sebab duduk rumah pun sorang-sorang. tak ada orang mendesak. di ofis pun aku sibuk yang amat, surat masuk menimbun-nimbun sampai tutup meja. bos pulak masuk hospital. bekejar hantar kad secara serahan tangan. haha. tak ada masa kualiti untuk pikir hal kahwin.

aku ni memang jenis cepat rasa tekanan walaupun masalah kecik je. jadi aku senang je nak lepaskan tekanan aku. sila jangan terlalu pikir. just follow the flow. makan. tido. makan dan makan. sampai ketat baju bertandang. haha. kalau aku terlalu pikir pun aku susah, ncik M pun susah kena tempias. aku pun dah jarang keluar lepak sama dengan ncik M. biar rasa jurang sikit. aku pun tak ada la bila jumpa je asik tanya dia 'abang! takut tak? takut tak?' tak habis-habis. :P

ada rasa sedikit lega pun ye juga sebab kad dah abis edar. baju nikah, baju bertandang dah hantar dry cleaning. hantaran in progress oleh abang ipar. atleast, benda-benda kecik ni dah buat aku rasa senang. hilang sedikit beban. penat tau nak jadi pengantin. haha. selebihnya. just follow the flow. :)

mungkin bila dah balik kampung minggu ni baru rasa nak jadi pengantin kot. bila dah kena bebel dengan mak, dah kena desak dengan abang, kena melempiaskan amarah pada adik-adik degil aku yang 6orang tue. :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...