Monday, September 19, 2011

[ monday blues hurt me ]

monday blues.

penat cari mood kerja lepas raya ni hilang balik. lebih-lebih lagi pepagi dah ada orang buat aku sedih. seorang perempuan yang baru dapat baby pertama pada umur hampir 40 tahun. disini bukan nak persoalan dia lewat dapat baby atau betapa bertuahnya dia dapat jadi ibu cuma aku pelik. pelik, takkan la dia tak paham perasaan perempuan macam aku. perasaan asyik ditanya soalan yang sama, soalan pasal anak. perasaan asyik kena perli yang selamba dia buat pada aku. sungguh tak paham ada orang macam ni. 

aku bersyukur sangat dengan apa aku ada. 

ada hikmah Allah SWT bagi kami duduk berdua lama-lama. bagi aku ruang serasi dengan kerja ncik M yang tak sama waktu kerja dengan aku. bagi masa betul-betul berkualiti berdua. selesa kemana-mana berdua. bak kata mak mertua aku, 'mama ambil masa 30 tahun untuk kembali ke mana-mana berdua dengan ayah'. hikmah ada anak lain. jadi kami akan hargai setiap saat masa kami masih berdua sebelum kami bertiga, berempat dan seterusnya.. insyaAllah. itu je positif untuk aku. takkan nak menangis teriak kot. 

2 semua rezeki Allah SWT. rezeki disini bukan semata-mata rezeki anak. kalau DIA nak bagi, DIA akan bagi. dan bila-bila masa DIA rasa nak ambik balik rezeki 2 DIA akan ambik je sekelip mata. sesungguhnya ujian dan nikmat dari Allah itu, tiada siapa boleh menduga. hanya Allah yang menjadikan, memberi rezeki, ujian dan kepada DIA juga kita akan kembali. kita manusia ciptaan DIA takkan tahu aturan DIA. 

kadang-kadang rasa benda macam ni tak patut tulis dalam belog. takut sakiti orang lain je sebab niat aku cuma nak bagi tahu perasaan aku. takpelah. yang penting berbalik pada niat kita kan. lagipun itu guna belog bagi aku, bukan aku bagi semua orang baca belog ni pun. 

satu je berita mengembirakan aku setakat jam ni selain ncik M dengan baik hati bawak service kereta aku. alhamdulillah, pagi tadi aku dapat anak buah ke9. kak long pernah cakap, baby bunting pelamin aku. maksudnya... harap korang paham. akhirnya selepas dia mencuba untuk beberapa bulan nak dapatkan anak ke5. rezeki Allah bukan untuk aku tapi untuk kak long aku. :)



2 comments:

My nama is Mija said...

dugaan idup sue...sabar jelah...senyum..:-)

shitaro said...

cool bebeh..yg penting su ada kamera merah..org tu x hado :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...