Thursday, September 15, 2011

[ hadiah dari kesayangan untuk umur ke 26 tahun ]



tajuk kena tulis terang-terang senang cari. haha.

ini la dia kamera digital pengganti yang lama. hadiah dari kesayangan. kami sama-sama beli di lowyat hari aku EL hari 2. tak rugi aku EL kan? hahaha. 

Canon IXUS 220. kenapa kali ni pilih canon? based on cadangan adik ncik M dan kebetulan ada canon gila-gila sales sampai end of september. sekurang-kurangnya dapat murah sikit dari sony, beli kamera sony mahal-mahal dan bayar lebih sebab jenama je. terasa i. hehe. lagipun kualiti canon pun bagus. ncik M pun siap dah buat research kat internet. baca review pembeli dan profesional. kalau aku ni ikut suka je asal cantik dan sepadan isi kocek. hehe.  

aku pilih model ni sebab ada warna merah dan antara model baru jugak la. mula-mula takut gak ncik M tak bagi sebab macam mahal je. heeee. dia cakap asal aku suka dan aku pakai jadi dia ok je. mesti la pakai nak update belog dan nak tangkap gambar baby. erkk. hahaha. 

kamera ni lebih kecik dari yang lama, lebih kecik dari blackberry aku. mula-mula nak tangkap gambar 2 dah berapa kali nak terlepas. hehe. senang kecik-kecik, ncik M cakap macam la kalau dia belikan kamera dslr aku akan angkut dalam handbag. alololo kesayangan memang sungguh memahami. :P

aku suka sangat. lebih-lebih suka sebab dari ncik M. asyik minta macam-macam je. jenuh dia melayan aku. siap pergi turun tingkat bawah cari atm nak pergi ambik duit cash. bayar guna cc kena charge. bila aku dapat atas tangan je terus cakap terima kasih kat dia dan dia cuma senyum je. 

alahai terus jatuh cinta lagi kat ncik M. :D




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...