Tuesday, October 25, 2011

[ esok cuti deepavali dan lusa pun ]

nampak gayanya musim kemalasan mengupdate belog dah datang. baca belog orang rajin lagi. haha. banyak dah gambar duduk dalam draft tapi macam takde mood nak nak habiskan. kesian. 2 pun nasib baik ada je orang menjengah belog, sebab nak mencari baju pengantin. hehe. 

hari ni rasa happy semacam sebab esok cuti. yehaaaa! cuti siapa tak suka kan kan. tak sabar nak jenjalan dating dengan ncik M, dah lama rasanya kami tak jenjalan sama berdua. dah lama kami takde wiken bersama tau. sob. sob. sebab aku ni tamak dan rasa tak cukup sehari aku minta cuti khamis, jumaat kerja balik. 2pun nasib baik bos takde khamis. senang sikit hati nak cuti walaupun pun cuti aku banyak lagi ok. yeehaaaa 2 hari mahu dating sepuasnya dan orang lain tak boleh kacau. kemain tamak haloba. hehe. :D

selamat cuti deepavali !



Thursday, October 20, 2011

[ istimewanya gambar ini ]


apa istimewanya gambar ni? ye semua sedang berusaha buat mimik muka seceria dan seriang mungkin hahaha. tahukah korang dalam gambar ni aku satu-satunya mak dara di ulang sekali lagi MAK DARA yang lain masih anak dara. adoyai hahahaha. dorang la ni tiba-tiba tarik.

harap-harap gambar ni masih berseri orang tengok. :P


Tuesday, October 18, 2011

[ mini air terjun ]


Taknak belog kesunyian nah aku tempek gambar mini air terjun luar bilik aku. Tenang je rasa hari-hari kat ofis dengar bunyi air. Eceh tenang la sangat kan. :D


Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Friday, October 14, 2011

[ entry rojak-rojak ]

harini entry rojak-rojak. sebab sekarang dah rasa tak berapa nak rajin nak update belog. sebut pasal rojak sedap pulak kalau dapat makan rojak buah ni. hehe. pantang sebut pasal makanan sekarang. haha. takpe-takpe aku dah siap-siap order pada officer mahu kuah rojak mak bee kuala perlis, dia pergi minggu depan. main petik je kuah rojak mak bee, dorang cakap paling sedap. ikut suka la. hahaha.

sekarang ni kan aku dah rasa tak berapa suka dengan facebook. macam-macam tukar. dah kurang privacy. aku jadi tak suka. aku jenis setting private kalau ada orang tag gambar aku di facebook tapi bila kita komen orang still masih boleh tengok dah takde maknanya private 2. aku jadi tak suka betul. pantang komen sikit semua orang boleh baca. adoyai. sampai satu tahap rasa nak deactivate facebook pun ada. huhu. pikir banyak kali jugak nak deactivate, 2pun kira nasib baik frenlist memang yang aku kenal je. 

harini hari jumaat. happy sebab esok lusa wiken mahu bertiduran sepuasnya. tapi macam-macam event dah menanti ni. takpela pikir positif boleh jumpa sedara mara, dapat makan sedap-sedap bebanyak. aku memang pikir makan je ni. haha. 2pun kira nasib baik tak padat sangat sebab malam ni ncik M ada dinner award ape tah tapi tak boleh bawak pasangan. so selamat boleh berehatan di rumah. ceh. sedangkan sedih sebab kena dinner sesorang. huahuahuaaa.

ok dah penat. tadi penat rebut tiket pun tak hilang lagi. puan ross nak tiket motogp kan. sekarang cepat sangat penat. hehe. happy weekend everyone. :D





Wednesday, October 12, 2011

[ ada apa big bad wolf books sale? ]

semua orang sudah pergi big bad wolf books sale. sebab dekat harus tidak dilepaskan peluang. murah pulak 2, tak main puluh-puluh ringgit. tak ke giler pergi sana. hehe. ada siap cakap beli 30 kilo buku bukan 30 buah. dasat betul. hehe. majoriti tak pergi kali ke dua memang tak sah. tapi ncik M pergi dengan adik-adik dia je la. mak mertua aku join kali pertama pergi. aku tak pergi sebab tak larat. mengada! eh memang tak larat. hehe. 



ncik M seronok dapat buku, aku seronok petang balik kerja mak mertua dah bagi makanan. i lap u la mama. :D

cepat-cepat sampai ahad ni. 


Tuesday, October 11, 2011

[ 9.10.11 ]


'birthday girl' basi pun potong kek lagi. hikhikhik. :P



Friday, October 7, 2011

[ bajet 2012 - my opinion ]

UCAPAN BAJET BAGI TAHUN 2012. sila klik untuk baca teks lengkap. :D

seperti dalam berita tadi, habuan untuk pejawat awam paling besar. rasanya paling besar setakat aku kerja gomen ni. alhamdulillah rezeki Allah 2, kami pinjam je. hehe.

aku perasan dekat fb tadi pun ramai orang komen macam-macam pasal bajet tahun depan ni, aku hanya sebagai pemerhati bebas je. orang gomen dapat bonus la, naik gaji la tapi tetap kerja main-main, tak produktif la. kononnya 2jela harapan orang gomen ni. hish-hish tak baiknya. siapa-siapa jadi pekerja pun nak dapat bonus dan naik gaji kan. mentang-mentang orang gomen punya bonus umum dalam tv lepas 2 nak bantai orang gomen pulak. cuba pekerja selain gomen punya bonus pun umum dalam tv, menangis agaknya kita orang ni tengok bonus bulan-bulan. walaupun mungkin bukan semua. 

lepas 2 cakap, kami ni orang gomen suka makan gaji buta sedangkan orang-orang selain pekerja gomen ni yang bayar gaji kami. bahasa lain, duit rakyat. hish-hishhh lagi la tak baik. rasa-rasanya kami sebagai gomen jugak membantu membayar gaji orang selain pekerja gomen ni. macam contoh, kami guna hotel ke, flight ke, bayar bil air, bil elektrik, bagi tender pada kontraktor buat sekolah, bagi tender buat sistem web ke dengan bayaran jumlah yang agak besar. jadi duit-duit 2 pusing-pusing antara gomen dengan bukan gomen jugak. baru boleh nak jana ekonomi negara. mungkin perkataan 'makan gaji buta' wujud sebab presepsi masyarakat sedia ada tapi percaya la bukan kesemuanya. nama pun orang gomen kan, seharusnya integriti lagi tinggi.

mungkin untuk bajet ni kita tak patut terlalu fokus pada bonus atau naik gaji yang orang gomen dapat. gaji kami orang gomen ni memang dibayar dari duit rakyat tapi sedikit peratus je. lebih baik kita fokus peruntukan bajet untuk pendidikan ke, infrastruktur ke, kesihatan ke, baru kita nampak kerajaan ni prihatin atau tidak dalam menguruskan duit rakyat 2 secara betul.

ncik M suami sendiri pun kerja bukan gomen jugak. jadi boleh tahu perasaan ketidakpuashati yang lahir dari hati pekerja bukan gomen. bulan-bulan kena cukai, kena potong gaji mestilah berharap duit 2 digunakan sebetulnya. bukan beli cincin juta-juta. opsss! satu je ayat aku boleh buat pujuk, 'duit cukai gaji abang bayar gaji su. terima kasih'. hehehe. 

ncik M kerja malam boleh la aku nak merepek-merepek malam-malam ni. hahaha. 

ok. bai. nak tido. :D



Thursday, October 6, 2011

[ our white living hall ]

sekarang mahu share sepenuh ruang tamu rumah. mana tahu nanti pindah rumah boleh tengok-tengok balik rumah lama. eceh bajet ada rumah baru je. kuarters teres mungkin? berharap! rumah sekarang pun baru setahun. hahaha. dah ada kamera canggih sikit baru boleh tangkap gambar rumah dengan tenang. ngee.


set sofa ikea warna putih akhirnya baru dapat tunjuk gambar hehe. memang banyak barang cap ikea tapi yang murah-murah je mampu. siapa yang ada anak kecik memang menangis la kalau nak pilih putih. aku memang sedia tahu, minggu lepas kak long aku datang bermalam sehari je memang habis sofa aku di kejakan anak buah tapi sebab kami memang nak tema putih jadi kami pilih putih dulu. kalau kotor sikit buka dan basuh. nanti dah ada anak kami tukar sarung merah pulak. tetiba merah kan. haha.

sebelah lappy 2 port aku selalu suft tenet kat rumah. ncik M kat bilik ofis dia. dia jenis tak suka tengok tv ni. jadi aku kalau nak tengok tv tengok sorang-sorang. oh sila abaikan tv aku yang gemuk 2, dah 4 tahun setia ikut aku pindah 3 buah rumah ok tapi masih bagus lagi tak pernah buat masalah. jenama samsung. jadi sebab takde masalah memang takde tv nipis-nipis ni, ncik M pun tak galak tengok tv jadi terima seadanya tv yang ada. hehe.


haaaa nak tunjuk sikit langsir rumah. kebetulan ada dalam kamera. masa baru testing kamera baru. ngee. aku suka corak jalur-jalur ni, kami beli dan tempah dekat nagoya. kami pilih kelabu gelap sebab ruang tamu aku ni mengadap matahari terbenam jadi dari tengahari sampai petang memang cahaya matahari masuk dan rumah jadi panas. seharusnya la kena beli langsir gelap sepenuhnya.

 

meja makan pun taknak kalah. mahu jugak warna putih 2. ngee. meja makan kami beli dekat sri kembangan. kalian nampak tak lantai ruang tamu kami berwrna hijau? mungkin dalam gambar tak nampak sangat. dia punya hijau sampai sekarang tak boleh terima. haha. sebab 2 ruang tamu banyak karpet dan kalau boleh sebesar-besar alam berharap dapat menutup lantai yang kehijauan. haha. 


taraaaaa. kecik molek je ruang tamu+ruang makan. kira ok la untuk kami berdua. hasil perekanya ncik M. aku nyapuk sikit je. rumah kami memang takde gantung apa-apa frame. ikutkan macam-macam benda ada tapi tak tergantung je. yang ada satu je jam tapi membelakang gambar la pulak. hehe. 

syukur sangat dapat rumah ni sebab rumah baru dan dekat dengan ofis cuma senang sesat nak cari rumah. hehe. lagi satu rumah ni betul-betul privacy, tingkap belakang sofa panjang 2 je mengadap tingkap jiran. ampaian dan balkoni mengadap jalan besar, orang tak nampak nya dari tingkat 11. bilik master yang nampak pintu 2 pun mengadap jalan jadi malam-malam buka la sebesar mana pun dapat aircond free. hehe. tapiiiiii siap sedia dengan habuk sebab dekat dengan jalan kan. pilih perabot putih adalah langkah yang bijak. hahaha. walaupun tak dapat menghilangkan sekurangnya tak ketara nampak. :P 

lepas ni kalau bekesempatan aku upload gambar dapur pulak. firstime tengok dapur dia memang buat aku jatuh cinta. sebab apa? nanti aku bagitahu. lagipun nak buat pelepas rindu puan masittah pada dapur sebab kami bekas jiran dulu. 2la siapa suruh pindah jakarta, kalau tak boleh tukar-tukar lauk. :P



Wednesday, October 5, 2011

[ mahu pergi london jugak ]


buah tangan dari bapak mertua ku. nanti kami pakai kembang hidung macam sendiri yang pergi london. muahahahaha. asyik dapat buah tangan baju je dari orang, diri sendiri pulak bila dapat bagi ni. 

selalu cakap pada ncik M nak pergi jepun. sesaje je. dia cakap boleh. tapiiiiiiiii



'kena kumpul duit nuffnang su'.

boleh??

grrr.



Monday, October 3, 2011

[ oktober sudah rupanya ]

sibuk. jadi update sikit-sikit pun jadi la. 

hari ni dah 3 oktober, sekejapan je dah masuk bulan oktober kan. lagi 2 bulan habis untuk tahun 2011 dan masuk je bulan oktober jugak maknanya 9bulan jugak kami kawin. lagi la terasa sekejapan je. syukur alhamdulillah dengan rezeki Allah tak pernah surut sepanjang 9bulan kami kawin. syukur sangat-sangat dengan apa DIA dah bagi. moga lepas-lepas ni tambah tambah rezeki dan bahagia lagi. amin. :D

start oktober ni jugak masa office hour setiap hari kena tulis jam sekian sekian buat apa, hujung bulan kena submit dekat HR jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


sekarang mahu sambung buat kerja. hehe. :P


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...