hari ini genap 2 minggu kami sah sebagai suami isteri. sekejapan je kan. isnin minggu ni baru mula masuk ofis selepas 2 minggu bercuti.
ncik M pun sudah berpindah ke rumah tumpangan yang sudah 9bulan aku duduki. walaupun rumah tumpangan tapi permulaan yang sangat-sangat baik buat kami berdua. yela kalau nak di bandingkan orang lain. susah-susah dahulu, harapan senang-senang la kemudian. kan. kan. hehe. lepas ni, duduk rumah lelama pun tak kisah asalkan dia ada. 2 dia ayat pengantin baru. haha. :P
kadang-kadang ada buka blog, baca post kawan-kawan. aku nak update blog pun tak tahu nak mula mana. lagipun masuk kerja je sibuk menyesuaikan diri di tempat baru, bos baru. melayan bos kat rumah lagi. di sebabkan ncik M sengaja tinggalkan lappy dia di rumah mertua, lappy pink aku yang kecik molek 2 la dia guna. 2 pun siap ada bunyi kononnye screen lappy kecik sangat, xpuas melihat. haha. yang aku ni tak dapek la pegang lappy lelama, pegang kuali jela kat dapur. :P
tempat ofis lama dan baru pun tak habis mengemas lagi. itu belum nak menghadap yang kat rumah pulak. macam-macam nak mengemas kan. bukan nak merungut pun, nak bagitahu je. ngee. penat-penat pun tapi hati senang. semua perkara yang memberatkan kepala dah selesai. kita teruskan yang seterusnya pulak.
seronok. gembira. syukur. dengan kehidupan baru. berkelapangan akan update lagi. ntah bila la aku rajin lagi ni, harap-harap tak tinggalkan blog ni berbulan-bulan. :P
No comments:
Post a Comment