Tuesday, January 18, 2011

[ dia terima nikahnya ]


31 DISEMBER 2010.

di hari pernikahan aku.

pagi sangat sibuk. sibuk dari bilik pengantin sebab aku dah tak boleh keluar mana. pagi tu la nak minta orang ambik kek hantaran, beli buah hantaran. dengan kelam kabut sebab bunga tangan aku tak ada lagi. padan muka aku. patutnya minta je spare bunga tangan plastik dari mak andam. memang tak sempat cari, order. nasib aku memang baik sebab aishah kawan ku sempat mendapatkan bunga tangan cantik. sayang dia lebih la. hehe.

make up artist datang tepat masa. photographer pun sama. sukeeee. seronok. cuma aku sampai lewat sikit di masjid, lewat 10minit daripada perjanjian iaitu pukul 5. sedang elok dah tu semua orang menunggu pengantin perempuan. kan. :P

aku agak relaks. tak la rasa debar sangat walaupun memang berdebar giler. haha. aku yakin tok imam kawasan aku ni memang tak kan cerewet. dia akan mudahkan semuanya. tak kan tanya soalan pelik-pelik. yakin je kan. haha. yang aku risaukan nak kena baca taklik seorang anak depan semua orang. alahai. kompom aku menangis. nasib baik ahli keluarga je. menangis terisak-isak pun tak la malu sangat. yeke?? :P

terima kasih pada kawan baik aku juga, aishah. sebab sentiasa di sisi aku sebelum aku start make up lagi. cukup memberi kata-kata memberangsangkan. hahaha. tak habis-habis suruh aku jangan senyum besar sangat, kononnye nampak sangat macam seronok kawin. masalahnye aku ni pantang nampak kamera. secara semulajadi senyum kemain lebau. ngee. :P



alhamdulillah. kami sah dengan sekali lafaz. :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...