hari ni 2 februari. maknanya dah lebih sebulan aku kawin. fuhhh sekejapan je kan. siyes, siapa yang baca ni kalau belum kawin cecepat la kawin. best. hahaha. dah. dah. hari ni nak update gambar baju malam berinai dan majlis persandingan. baju dari butik mak andam kedua. sebenar-benarnya kedua-dua baju ni la yang aku secara tidak sengaja terberkenan. hihihi.
menyelit sekejap. makeup kedua dari kak salima untuk malam berinai. kulit aku bukan licin mulus pun harap make up je. aku suka make up malam rasa macam taknak cuci muka. haha. :P
selalunya di melaka kalau malam berinai pengantin akan pilih baju songket. songket kuning la paling glamer. yela, bak kata orang bukan selalu dapat pakai songket. takde maknanya hari lain saja-saja nak pakai songket. tapi aku degil. tetap bulat dengan keputusan tak nak pakai songket walaupun mak dah suruh. sebabnyaaa aku berkenan kat baju ni. aku suka warna dan design dia. warna ungu belacan dengan design moden. dan sekurang-kurangnya serasi dengan pelamin. alasaann. haha. memang melaka lupa diri betul aku ni. biar la. ncik M pun suka. aku lagi lagiii la suka. ngee. :P
sori la aku takde gambar berdiri. ni pun gambar dari kawan-kawan.
ok. sila beri laluan untuk gambar kami posing di singgahsana kami. hehe.
kemudian baju sanding pulak. weee.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ini la baju sanding aku. merah cili !! tak nak merah bata ke, merah pulasan ke, merah hati ke. penat tau cari baju kebaya merah cili. susah sangat. seingat aku sebulan sebelum majlis baru jumpa. kira memang rezeki aku la. kalau tidak hampir-hampir pakai baju sanding warna PUTIH tau. hahaha.
menurut daripada mak andam butik pengantin 2, aku adalah orang kedua yang pakai baju merah ni. tapi baju ni bukan baju baru. dia beria-beria tunjuk baju merah hitam la, merah putih la. aku cakap akak keluarkan la baju yang SEMUA MERAH. haha. giler betul aku ni. masa kak salima solek pun dia pesan pakai tudung putih je la buat kontra tapi aku guling-guling taknak. hahaha. tipu kat situ. aku cakap memang aku nak pakai semua merah. taknak warna lain. memang dorang pening kepala dengan aku. ada juga orang giler merah macam ni. :P
sebab kak salima takde upload gambar makeup sanding. ni je gambar yang nampak sikit muka aku. melihat pada gambar ni, aku rasa macam muka aku kena cucuk botox pun ada. haha. pelik dengan muka sendiri. :P
kalau dari kamera biasa nampak baju aku bling bling. kalau real memang bling bling pun. bagi aku, tak kisah la simple je pun. design kebaya je pun. yang penting MERAH ! hahaha.
sila layan 2 keping gambar ni.
baju ncik M pun merah cili. aku sukeeeeeeee. rasa mcam nak gigit-gigit je baju ni tau sebab merah betul. ngeee.
sekeping dari OP, gambalawa.com.
walaupun kes aku ni sudah melibatkan 3 pihak yang berlainan. yela, makeup orang lain. pelamin orang lain, baju orang lain dan harga lebih dari harga pakej tapi aku sangat-sangat puas hati. kadang-kadang orang cakap berpegang pada prinsip 'just follow the flow' mungkin tak mendatangkan kebaikan dan lebih banyak keburukan. tidak mengikut pada benda yang di rancang sebetulnya.
mungkin kes aku ni, kira bernasib baik. apa-apa pun yang penting ikut kata hati bukan kata orang lain. siyes, walau kita tanya pendapat ramai kita boleh imbal balik jela tapi bukan keputusan. keputusan tetap hati kita.
credit baju berinai & sanding : butik sayang creation, melaka (sama blok bangunan dengan king's hotel)
3 comments:
salam kak..bju ungu belacan tu akak sewa or bli ye?cntik sgttt..if sewa kat butik mne ye..sy org mlk gak..kongsi laa :))
baju ungu belacan akak sewa kat butik sayang creation. sama blok bangunan dengan kings hotel.
yeayy seronok tgk kaler ungu belacan..kaler rare!
Post a Comment