Monday, February 14, 2011

[ dinar emas sebagai mas kahwin ]


rindu GILER kat blog. tetiba. hehe.

sibuk sangat arini. tak boleh hari-hari bermalasan. ngee. rasa nak kongsi sesuatu. entry lengkap pasal hantaran nanti la kalau rajin. sekarang nak bercerita pasal mas kawin aku bertukar menjadi hantaran. dasat je bunyi kan, boleh bertukar-tukar pulak.

untuk makluman semua, mas kawin melaka hanya rm40 sahaja. kira wajib bagi pada pengantin perempuan. hendak dijadikan cerita, pada hari aku nak fitting baju sanding ncik M maklum dia mau beli dinar emas dari dealer dinar emas di melaka. dealer dinar emas ni tak banyak di malaysia. di melaka ni, ada sorang je. 2pun hujung dunia. hehe. memang la pernah dengar pengantin beri dinar emas sebagai mas kawin. aku pun excited gak la.

ncik M bertekad nak letak dinar emas ni sebagai pengganti mas kawin rm40. aku ok je tapi apa-apa kena tanya pada tok imam dulu takut dorang tak terima. ncik M cakap takpela, dia beli juga. kira dapat tak dapat dia nak bagi juga pada aku. pada hari majlis tok imam maklum dia tak terima dinar emas ni sebagai mas kawin, dia nak rm40 ringgit juga.

mm kecewa ncik M kat situ. sebelum rombongan lelaki bergerak, family ncik M terpaksa tukar dulang mas kawin kepada duit rm40 dan letak dinar emas sebagai dulang hantaran. bertukar-tukar pun kira aku dapat gak la cuma baru berangan-berangan masa serah mas kawin aku nak posing dengan bekas dinar emas, kira unik sikit la. ada emas-emas gitu. poyo je kan. hahaha. posing dengan duit kertas pun jadi la. :P

dinar emas boleh dijadikan salah satu pelaburan dan simpanan masa depan. :)


btw, apa patut aku beli dengan mas kawin rm40 ? aku igat nak beli barang so aku ingat la 2 duit mas kawin. barang apa ye yang tahan lama bernilai rm40 ? :)

1 comment:

Mimie said...

sy punya mas kahwin smpai ari ni elok je dlm keadaan bunga.. ingat nak frame ;P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...