Wednesday, February 16, 2011

[ ayam penyet ria, cyberjaya ]


hari ni mau bercerita tempat makan. dulu aku pernah buat entry ayam penyet@ wong solo tapi kali ni ayam penyet ria pulak. wahh kemain riang ria ye ayam penyet ni. hahaha. :P

ayam penyet ria outlets cyberjaya ni betul-betul bersebelahan pizza hut. aku tak tahu la berapa banyak outlets tapi ni first time aku dengan ncik M teringin nak masuk ayam penyet ria ni selama 1 tahun kami lepak makan di cyberjaya. 2pun kebetulan sebab nak cuci si comot merah malam selasa di car wash berdekatan ofis ncik M. tapi tutup pulak car wash nye so kami pergi makan je. hehe.

* maaf kekurangan kualiti gambar. :P



set bakso penyet makan dengan nasi putih panas. bakso ni macam versi meatballs tradisional. hahaha. sambal dia sedapp, pedas amat, terangkat ! marbeles foreber la !!



aku teringin makan sup malam 2 jadi aku order soto daging. sedapp tapi soto versi indon ori kan memang berminyak banyak jadi 2 yang tak berapa besh. aku lebih berkenan ncik M punya bakso penyet. ngeee.



nak tahu punya sedap sampai kami datang balik malam tadi hahaha. ncik M ajak cuci si comot sebenarnya. ala alasan dia je 2. hihi. kami siap duduk pun tempat sama. kali ni order ayam penyet sementara menunggu si comot merah di cuci. kami kongsi berdua. auwww romantiknya. ok. di jamin 100% sedap, pedas dan terangkat macam bakso penyet juga.

tapi nasihat awal, makanan-makanan diatas semuanya pedas amat. makan sampai boleh keluar air hidung, air mata semua. haha. kami ni lain la memang tak kisah, kami menangis bersama. :P

aku suka jalan-jalan cari makan di cyberjaya sebab di cyberjaya lebih banyak pilihan kedai makanan. mau makanan arab ada, iran ada, mamak ada, fast food ada, kedai melayu ada, tempat lepaking besh pun ada. dan sebab utama aku pilih makan di cyberjaya sebab dekat dengan rumah, dekat dengan ofis ncik M dan sebab terpaling utama la aku memang tak pernah bertembung dengan orang putrajaya yang aku kenal. kalau pi alamanda nak makan fast food 2 berapa kali kantoi dengan ofismate. hihihi. :P

ok. pasni ni boleh jadi duta makanan cyberjaya dah aku ni. hahaha.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...