Thursday, July 28, 2011

[ entry khas untuk tuan belog sayahappyslalu ]

ok. cukup happy happy, sedih sedih. meh nak cite sikit.

rasa-rasa aku tahun lepas aku mula follow belog akak ni, aku tahu dia ada belog sebab dia kadang-kadang ada share link belog di facebook. tapi aku sekadar baca senyap-senyap jela. tak pernah nak komen apa ke, aku bukan apaaa segan. segan kalau dia tahu aku ada belog. family kandung aku pun takde yang tahu belog aku walaupun dorang tahu aku blogger. akak ni kategori family jugak. kira sama segan macam family kandung sendiri baca. haha. lagipun, belog aku ni la merepak tahape-hape je. :P

aku selalu cakap pada ncik M, akak ni pandai buat duit. join survey la, jual tupperware la, buat duit dengan belog pun dia pandai. buffered earnings dia memang tinggi daripada aku yang masa 2 memang takde langsung. hihi. ncik M siap suruh aku tanya akak ni apa-apa tips supaya boleh naik earnings lagi. tapiii nama pun stalker kan takkan tetiba nak tanya pulak. kantoi la. haha.

lately, aku perasaan dia tahu belog aku. ngeee. maluuuuu. baca entry-entry baru dia pun taknak komen jugak. maluuuuu. semalam dia komen entry aku. hadoii. zaman canggih orang boleh jumpa la, mana nak lari. hahaha.

apa-apa pun, kepada kak emy ataupun kakak ipar kepada kak chik ku. hehe. saya happy baca belog akak, banyak benda saya belajar dari belog akak. orang kita kenali ni bila baca belog dia, rasa lain. nama pun orang kita kenalkan. hahaha. siapa-siapa ibu baru atau bakal ibu mesti akan seronok kalau follow belog dia, banyak entry yang sangat informative.

sekian. entry khas untuk kak emy aka sayahappyslalu@blogspot.com dan haikal yang comel. :P


[ triple congratulations to my dear husband ]

minggu lepas, dengan serendah-rendah diri ni mohon moga Allah swt pemilik seluruh alam indah ni makbulkan impian aku. dan pagi tadi dapat berita gembira. alhamdulillah. dimakbulkan untuk ucapkan tahniah ketiga kalinya. cuma bezanya..


bukan ucapan tahniah sebab bakal menjadi ayah tapi ncik M dapat rewards and recognition winner for june 2011. kali kedua untuk tahun ni selepas januari 2011. ncik M bagitahu, kali terakhir dia dapat rewards ni tahun 2007. mungkin rezeki lepas kawin, rumah dekat, takde tol, takde traffic jam. ada isteri tunggu di rumah. kurang tekanan. 2la, patut kawin lama dah. :P

syukur sangat-sangat perjalanan tahun 2011 ni rezeki banyak DIA bagi. kadang-kadang nak nangis pun ada. huuu. DIA belum bagi rezeki baby, DIA pujuk hati ni bagi rezeki lain dulu. thankyou Allah thankyou Allah. :')

and thankyou to my dear lovely handsome husband too. ohh mungkin macam poyo asyik cakap pasal dia je. tapi dia je ada untuk aku, positifkan aku, bahagiakan aku. i'm just lucky to have him. syukur. semoga berkekalan. amin. :)



Wednesday, July 27, 2011

[ prosedur selesaikan hutang PTPTN ]

rasa-rasanya majoriti pelajar sekarang memang tamat belajar je ada hutang dengan PTPTN termasuk la aku. dulu mungkin takde pilihan terpaksa jugak memilih PTPTN, yela bukan dari keluarga senang dan mak abah pun ramai tanggungan. huuu. atau mungkin jugak aku tak sebertuah ncik M yang 6 tahun belajar dapat biasiswa kerajaan tapi alhamdulillah masih ada tuah aku dapat kerja 4 bulan selepas habis belajar. :)

ikut syarat PTPTN, pelajar perlu bayar balik pinjaman dalam tempoh 6 bulan selepas tamat belajar tapi aku degil pergi berlengah dan rasanya setahun lepas abis belajar baru mula bayar dengan potongan gaji rm 179.95 sebulan. dan dah lama sebenarnya aku dengan ncik M sepakat, kalau ada rezeki lebih kami nak langsaikan terus baki pinjaman aku dengan PTPTN. alhamdulillah rezeki bulan ni. thankyou kesayangan. :')

kronologi prosedur penyelesaian hutang pinjaman PTPTN aku. kemain siap kronologi lagi. ngee. ok. setiap angka yang aku nyatakan semata-mata untuk menyatakan fakta tepat. :)

  • 13 jun 2011, mula-mula sekali aku email kat PTPTN tanya macamane nak selesaikan baki pinjaman.
  • 16 jun 2011, baru aku terima email dari PTPTN bagitahu email telah diterima. maklumbalas akan dibuat dalam tempoh 7hari bekerja dari tarikh diterima. tunggu jela.
  • 21 jun 2011, aku terima email borang baki pinjaman individu. mereka suruh isi dan faks balik pada mereka.
  • 22 jun 2011, borang yang dah lengkap aku faks ke unit lejar pinjaman kemudian call la karang takut tak terima pulakkan. mereka bagitahu paling lama 2 minggu hari bekerja dorang akan bagi maklumbalas balik.
  • 11 julai 2011, aku ada buat follow up call dengan PTPTN almaklum la sudah lebih 2minggu. kononnya mereka sudah lamaaaaaaaa email kat aku tapi masalahnya aku memang takde terima. saja nak buat aku marah kan. dorang terpaksa la email balik. dan akhirnyaa berita gembira baki pinjaman aku sehingga 31 julai 2011 ialah rm4110.20. wuuuuu.
  • 11 julai 2011 jugak, aku sesaja semak penyata baki pinjaman aku sehingga julai 2011. jumlah tertera rm3920.26. sebab tak puas hati aku call PTPTN tanya kenapa boleh berbeza di penyata dan yang diemailkan? jawapan mereka senang sebab setiap 15hb charge interest 3% akan dikenakan.
  • 19 julai 2011, aku transfer baki pinjaman rm4110.20 melalui cimbclicks. kemudian isi borang permohonan pembatalan potongan gaji dan bersama salinan buku bank aku faks ke bahagian penguatkuasaan dan kutipan balik.

seperti dimaklumkan PTPTN, antara 2 hingga ke 3 bulan baru akan diberhentikan potongan gaji aku. huuu. duit refund selepas PTPTN selaraskan lebihan potongan dan aku layak ujrah 1% mulai 2008. ok. kat sini banyak benda pasal PTPTN ni kadang-kadang boleh buat aku marah. ingat senang ke nak buat aku marah.
  • mereka sepatutnya ada buat follow up by email atau call aku ada terima email atau tidak. kalau aku tak call mereka memang benda 2 berlalu macam 2 je agaknya. mereka ni tak nak duit ke? ke memang dorang sesaja cari chance nak charge 3% kat aku??
  • 3% interest dikenakan dari baki tertunggak iaitu rm4110.20 takkan berjumlah rm189.94 tapi sepatutnya rm117.60. takkan kos pentadbiran je rm72.34 sebulan? lemah matematik ke aku?
  • aku tak faham perkiraan interest mereka. sebab aku sempat print 3bulan penyata hampir tiap bulan berbeza. ke sekali lagi aku memang lemah matematik??
  • tiada surat menyurat atau email bagitahu tarikh terakhir potongan gaji aku dibuat. aku pernah call dulu tanya pun dorang tak boleh jawab !!

ok. cukup kronologi dan ketidakpuasanhatiku takat 2je. sebenarnya banyak lagi tapi cukup la. ntah berapa bulan pulak agaknya dorang ambik masa nak keluarkan surat pelepasan hutang dan pulangkan duit aku. aku nak tengok. nanti bila aku dah dapat aku kasi update lagi. bukan apa, aku nak tengok PTPTN ni betul-betul buat kerja ke tak. kos untuk dorang buat kerja bukan sikit-sikit, tiap-tiap bulan dorang ketuk. grrr.


email ptptn : webmaster@ptptn.gov.my
PTPTN hotline : 0320804455
no. faks unit lejar pinjaman : 0320934623
no. faks bahagian penguatkuasaan dan kutipan balik : 0320961072






Tuesday, July 26, 2011

[ kuih raya ikea murah murah ]

harini aku cuti. cuti sebab ganti balik dating time wiken lepas yang terlepas. paham tak? haha. macam biasa cuti semata-mata sebab mahu menemani ncik M jenjalan. cuma kali ni aku baik sikit sebab apply cuti dulu, yang bulan lepas ni aku el. :P

sebenarnya kami mahu beli baju raya. kemain awal, puasa pun idak lagi. hehe. saja. bulan puasa nak duduk diam-diam dalam rumah. azam tahun ni tiap hari masak untuk berbuka. ecececeh. kita tengok azam ke azamkemano.

tapi malangnya membawa diri hingga ke kl kami pergi tapi baju pujaan aku tak dapat. ncik M juga pantas dan tuntas. takpe, sabtu ni teruskan usaha lagi. pasti dapat yang cun! :D

dan sebenar-benarnya bukan semata-mata nak bagitahu aku cuti tapi nak share sesuatu yang murah. aku ni, bila benda murah kan aku suka. ngee. masa jalan-jalan di ikea siang tadi aku ternampak staf ikea ni baru nak pasang banner hari raya dan gigih menyusun kuih raya. ikea ni memang makbapak jela dorang tak jual. aku sesaje je belek. kot-kot ada menarik. yup ada yang menarik aku sebab kuih raya ikea murah! cuma rm10 SAHAJA untuk satu kotak. setiap kotak ada 30-35 keping. errkk baru aku tahu. tak nyempat-nyempat dorang susun aku dah rempat. hihi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


almond london, sugi (feberet aku), tart nenas (feberet aku jugak) & snow almond. aku dan ncik M dah rasa. sedapp! rupa kuih menarik, kemas, packaging pun cantik dan untuk harga rm10 sekotak sangat-sangat la berbaloi. selalu tiap tahun aku beli kat akak ofis. harga standard rm22-rm35 sekotak. rasa lebih kurang je atau aku ni memang tak pandai merasa. hihi. lagipun tahun ni untuk rumah kena ada kuih raya. jadi asal tak kosong meja kopi sudah. kan. yang penting meja makan. hehe.

sabtu ni ada hati nak pergi beli lagi. harap-harap kuih sugi masih ada. :P


Saturday, July 23, 2011

[ desktop pc dengan harga murah ]




cuma rm160. desktop rm80 dan cpu rm80. harga hasil bidaan ncik M semalam di lelongan ofis. banyak pulak desktop pc kat rumah ni. haha. benda murah, apa salahnya rembat satu. tak pakai nanti kita jual balik. :P

Friday, July 22, 2011

[ bahasa gediksesajatambahimbuhan ]


klik gambar untuk lebih jelas.

tengok! pepagi dah bosan. hahaha. merepek kat wall kawan. dah lama tak cakap bahasa gediksesajatambahimbuhan ni, bahasa zaman bebudak 80an kot. dulu zaman sekolah suka guna bahasa ni borak-borak dengan kak chik lepas 2 gelak kuat-kuat. mak pulak pelik. hahaha.

dalam-dalam bosan, walaupun template belog sudah bertukar aku tetap sayasayangsangatbelogsaya. tetap rajin buka blogger lebih-lebih lagi pepagi tengok buffered earnings pertama aku makin bertambah!

:D






Thursday, July 21, 2011

[ selepas sekian lama, template akhirnya bertukar ]


lunch hour tak pergi makan.


kemudian.


gatal tangan pergi mengedik eh bukan mengedit di template designer.


lupa buat copy template lama.


belog bertukar.


template yang lama hilang.


sedih. T_T (tetiba boleh buat icon macamni sebab font dulu tak boleh buat)


huwaaaaaaaaaaaaaaa.


mesti rindu template lama.


T_T



masih comel ke belog aku??




Wednesday, July 20, 2011

[ pre wedding video yang sangat comel ]


mari-mari! siapa-siapa yang mahu kawin mesti tengok ini ! comel kan?
kenapa dulu tak sempat buat ekk? -.-'
err tapi kalau buat pun nak buat cerita cinta macamane ek?
friendster love story? haha. :P
credit to my adik ipar for this video.

siapa-siapa yang belum kahwin 2 belum terlambat lagi ni.
kalau berminat mahu buat video macam ni sila ajukan pertanyaan di email aku ye. :D

sayasayangsangatbelogsaya@yahoo.com

Tuesday, July 19, 2011

[ rezeki dari Tuhan turun pelbagai bentuk ]


alhamdulillah.

double congratulations to my dear husband for the promotion and recognition award 2011 from DHL head of global sd. i'm so proud of you sayang. :')

just now, my wish. my hope.

just wanna wish you triple congratulations soon.

amin.


"whatever is to make us better and happy, Allah has placed either openly before us or close to us. "

Monday, July 18, 2011

[ my first buffered earnings ]

aku tak ingat bila sebenarnya aku register nuffnang ni. rasanya beberapa bulan selepas buat belog. jangan tanya aku banyak-banyak pasal nuffnang sebab aku tahu register je huuu. pada aku, kita akan dapat duit kalau ada orang selalu jengah blog kita atau ada klik-klik pada iklan nuffnang 2. setakat 2 je. :P

terus terang, beria register nuffnang tapi ada la masyuk sikitt je. ngee. mm pikir logik memang la sebab masa 2 follower setakat kawan-kawan yang tak sampai 10 orang. lepas 2 siap disable google search agar orang-orang tak kan jumpa belog aku. malu-malu kucing kalau orang aku kenal baca belog aku. ngee. mulai bulan mac 2011 selepas kawin baru la ubah settings belog, kononnya aku sudah bersedia mahu berkongsi belog satu dunia. cehh poyo je. tapiii.

ada tapinya, sebab aku tengok takat 2 jugak duit dalam earnings nuffnang aku. pelik jugak la. sebulan ada 2000-3000 views dan 1000-2000 uniques. siap jeles dengan ncik M sebab dia dapat jugak duit, aku habuk pun tarak. huuu. caya atau tak, aku siap hantar email ke helpdesk nuffnang bagitahu sejak kali terakhir aku tukar url aku tak dapat apa-apa dan email mereka jawab sama macam aku baca di laman web.

akhirnya selepas aku dapat duit menjawab survey dari nuffnang mereka masukkan atas nama belog lama. terus aku terpikir untuk delete yang lama-lama. patut la tak dapat apa-apa mungkin sebab bertindih id ke apa. huuu. sejak 2 terus baru la bergerak earnings. happy sangat. dan harini lagi-lagi happy sebab baru ada BE yang pertama atau buffered earnings. selama ni baca je orang tulis. maafla ye saya budak baru belajar eh bukan baru dapat sangat teruja. :P



aku suka berblogging. aku berblogging bukan semata-mata sebab duit tapi kalau sambil taip merepek-merepek, tunjuk idea, tunjuk gambar dalam belog ni tiba-tiba aku dapat duit. aku suka la. ngeee. melihat pada belog aku yang sekadar ada 40 followers aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya ada orang sudi membaca walaupun selepas 5 ke 6 kali jugak tukar url, tukar nama belog bagai la. hihi.

terima kasih wahai pembaca, terima kasih nuffnang. walaupun sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :D


Saturday, July 16, 2011

[ penang - part 2 : berjaya penang hotel, penang ]

part 1, 10 hari yang lepas.

harini baru rajin datang mahu upload gambar. dah lama rasanya tak upload gambar banyak-banyak ni. almaklum la sejak takde kamera ni. haha. upload dengan wifi unifi ni memang laju giler. seronok pulak. hehe.

ok. honeymoon pertama kami dulu di colmar tropicale bukit tinggi, pahang ni salah sebuah hotel dibawah berjaya hotel & resorts. sejak 2 pihak berjaya ni selalu la email ncik M bagitahu ada buat promo ke atau senarai hotel dan resorts bawah mereka dan salah satunya ialah berjaya penang hotel, penang.

kriteria hotel yang aku cari. hot spot area samada georgetown atau batu feringgi, selesa paling kurang hotel 3 bintang dan paling paling penting sekali murah. selepas survey punya survey kami sepakat memilih berjaya penang hotel. sebabnya murahh! sama masa honeymoon pertama dulu kami hanya perlu booking secara online 30 hari sebelum check in dan akan dapat 15% diskaun. benda yang sama juga aku buat. aku kan dah dapat tarikh ncik M cuti jadi boleh la booking sebelum 30 hari kan.

harga selepas diskaun termasuk tax untuk 3hari 2 malam cuma rm276.08. tak sampai rm140 pun satu malam. kira ok la harga untuk hotel 4 bintang, hotel lain dekat penang tak dapat. cuma nak bagitahu harga ni tak termasuk breakfast tak sama macam di colmar dulu. tak kisah la nama mahu jalan-jalan cari makan penang kan. ngee.

kedudukan memang strategik sebab dekat dengan bandar. bawah bangunan pulak ada shopping complex kalau mahu cuci-cuci mata. rasanya sebahagian daripada berjaya hotel punya bangunan kot.

ok sila layan gambar hotel je. seronok pulak rasa tetiba. :P


28 tingkat ok patut la aku tengok tinggi je. bilik kami tingkat 25. weehuuu!


nampak tak sling beg ala-ala mulberry alexa 2, aku sukakkkannya. walaupun ala-ala je. :P


walaupun macam kecik je biliknya tapi selesa sangat untuk kami berdua. bukan ada budak kecik pun kan nak berlari-lari. :P


dan ini permandangan dari bilik kami. bandaraya georgetown, penang. boleh nampak bangunan komtar kat hujung 2. jalan terus je tapi ada belok-belok. hihi.

dan tidak lupa juga. puan si penangkap gambar.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

aku memang suka bilik hotel ada cermin besar macam ni. boleh tangkap gambar syok sendiri dengan sendirinya. hahaha. :P

Wednesday, July 13, 2011

[ team building at trolak felda residence, perak ]


Jeles aku menengok orang yang rajin update belog ni, kesian belog aku dapat tuan macam aku ni. Hihi.

Semalam dah habis siapkan entry teambuilding sekali aku terdelete terus malas. Hehe. Apa-apa pun walaupun dalam keterpaksaan pergi tapi aku tetap enjoy dengan semua aktiviti. Yang penting happy kan.

Paling aku takkan lupa night walk, tengah malam masuk hutan tebal gelap sorang-sorang. Aku orang terakhir pulak 2. Korang ada? Haha. Tak tutup mata pulak 2, boleh nampak hutan gelap. Huu. Tak percaya aku lepas. Haha.

Dan paling-paling aku tak lupa ialah firsttime join water rafting. Best giler. Seronok. Teringat zaman belajar dulu kemain aktif join aktiviti lasak ni tapi setakat camping jela. Aktif sangat 2 yang boleh dapat asrama sampai habis semester. Hihi. Tak pasal-pasal heret puan ross sekali. Best kan ross? :P

Sila layan satu gambar ni. Dimana aku?? Hihi. Semalam nak upload banyak dah sebab terdelete kan terus malas. Haha.


Entry penang trip sila rajin ye nanti dah basi. :P


Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Friday, July 8, 2011

[ mood tak best ]

entry penang nampak gayanya akan tertangguh. sedih.

kejap lagi mahu gerak pergi trolak felda residence, perak. aku WAJIB attend team building. semua WAJIB pergi termasuk la bos. ikutkan hati malassss sangat tahu tak, sampai ahad pulak 2. isnin kerja! hukhukhuk. mood holiday pun tak habis lagi.

lagi sedih wiken ni jugak ncik M cuti. huwaaaaaaaa wiken minggu depan dia kerja. dulu macam best je nak join program-program macamni tapi mungkin orang dah kawin ni lain kot. rasa tak best dah nak tinggalkan rumah lama-lama.

dah la.

sila sedut aura positif, sila enjoy kan diri anda. jumpa ahad nanti kesayangan. ngee. :D

Wednesday, July 6, 2011

[ penang - part 1 : sesi hilangkan blur ]

tajuk terpaksa letak sedemikian rupa sebab blur nak letak tajuk apa.

betul orang cakap, kalau kita cuti lama-lama masuk kerja mesti tiba-tiba jadi blur. haish.

rasanya semua benda jadi blur termasuk bila buka blogger. hahaha.

cuti-cuti jalan penang yang sangat best! superb! awesome bak kata puan mimie. hihi.

jalan-jalan. pusing semua tempat sampai rasanya naik hafal nama jalan dekat georgetown. :P

makan-makan. selama umur 26 tahun baru pertama kali makan pasembor. belum makanan lain yang baru pertama kali dengar. :P

dan tiada yang lebih menyeronokkan bila kami betul-betul hargai masa berdua kami sepenuhnya. tiada tidur-tidur dalam perjalanan pergi balik, tiada layan henpon dalam sesi jelajah err kecuali untuk tangkap gambar. setia menemani ncik M. :P

yup. kami sangattt seronok. :)



psstt: rasanya macam panjang nak cerita sebab kali ni gambar banyakkk. tunggu blur hilang dan rajin datang. :D

Friday, July 1, 2011

[ happy anniversary to dear belog and me too ]

fuhhh. berpeluh ada. cemas ada. ni dari tadi bekejar macam-macam sebab nak kasi clear meja cecepat. hihi. tipu la sejuk-sejuk dalam aircon pun boleh berpeluh ke? :P

tinggal sikit kerja, lepas entry ni aku sudahkan. aku kena cecepat siapkan kerja nak cuti panjang minggu depan errr tak la panjang sangat. 2 hari je pun. hihi. tapi panjang bagi bos aku, hari-hari tanya aku cuti minggu depan kan? minggu depan cuti 1 hari je kan? 2hari la bos. mahu honeymoon lagi. huuuu.

insyaAllah esok pepagi aku dengan ncik M gerak ke penang, mengisi wiken kami di sana. dah lamaaaaaaaa sangat plan nak ke sana sebab aku dah lama tak ke penang. last tahun 2006 kot masa kak chik masih belajar kat sana. lepas bulat punya bulat tarikh cuti ncik M dekat kalendar kuda, akhirnya dapat jumpa tarikh ncik M cuti wiken. yeahhh! kira honeymoon aniberseri ke 6bulan la. hehehe. saje mau jalan-jalan, cari makannnn. doakan kami selamat pergi dan balik. :)

sebut pasal aniberseri. happy 3rd anniversary buat belog kesayangan ni. aniberseri sebelum ni tak pernah nak wish pun. hihi. sekejap je dah 3 tahun. sejak 3tahun lepas sampai sekarang masih jadi hobi aku walaupun sekejap tukar url, sekejap private, sekejap rajin, sekejap malas errr macam lama je malas. hihi.

sayasayangsangatbelogsaya. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...