Monday, February 28, 2011

[ selamat tinggal februari 2011 ]


hari ni 28 haribulan, hari terakhir untuk bulan februari. disebabkan februari tahun ni tiada tarikh 31 jadi hari ni dianggap ulangbulan yang kedua. alhamdulillah. sekejap je sudah 2 bulan kami jadi suami isteri, rasa macam baru pakai baju pengantin. inai di jari pun masih ada lagi yang rasa macam taknak potong je. ngee. :P

rezeki januari jugak untuk ncik M dan rezeki pengantin baru walaupun bukan pertama kali. aku tumpang bangga, gembira.


Rewards and Recognition Winner for January 2011.


aku crop untuk tunjuk yang ni je. tahniah untuk satu-satunya suami yang aku sayang sangat-sangat, aku tahu dia memang rajin kerja. kerja syarikat swasta tak sama dengan kerajaan macam aku ni. lepas ni kena sama-sama sentiasa rajin kerja, sama-sama rela berkorban. aku tahu kadang-kadang aku suka bebankan dia tapi dia tak pernah kisah. syukur sangat-sangat dengan nikmat yang Allah pinjamkan ni. nikmat hidup mengenali dia.

bagi aku. sebelum capai bahagia kita jangan beranggapan yang kita mungkin tak kan dapat rasa kebahagian macam orang lain. mungkin kita dapat lambat sikit je daripada orang lain. percaya la apa yang berlaku semua ada hikmahnya. kita patut bersyukur, sedih perit yang pernah kita lalui sebenarnya mematangkan kita. ia menguatkan diri kita supaya tidak cepat melatah dan buat tindakan yang salah.

sentiasa berfikiran positif. jangan bandingkan diri kita dengan orang yang sentiasa nampak bertuah sebab masing-masing ada rezeki masing-masing. mungkin bukan masa dan ketika kita, mungkin masa anak-anak kita atau mungkin masa cucu cucu kita. hanya Allah swt Maha Mengetahui. semoga Allah swt sentiasa melindungi hubungan ini. amin.

agak seyes pulak petang ni. kepada fahiya, nak sedih boleh tapi jangan lama-lama. :)


3 comments:

Miss Layaleya said...

thanks su..:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

tahniah cik su.....eh salah tahniah hubby cik su :)

[s.u.r.i.a] said...

ya : :D

ross : maceh sangat-sangat. :*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...