Monday, July 18, 2011

[ my first buffered earnings ]

aku tak ingat bila sebenarnya aku register nuffnang ni. rasanya beberapa bulan selepas buat belog. jangan tanya aku banyak-banyak pasal nuffnang sebab aku tahu register je huuu. pada aku, kita akan dapat duit kalau ada orang selalu jengah blog kita atau ada klik-klik pada iklan nuffnang 2. setakat 2 je. :P

terus terang, beria register nuffnang tapi ada la masyuk sikitt je. ngee. mm pikir logik memang la sebab masa 2 follower setakat kawan-kawan yang tak sampai 10 orang. lepas 2 siap disable google search agar orang-orang tak kan jumpa belog aku. malu-malu kucing kalau orang aku kenal baca belog aku. ngee. mulai bulan mac 2011 selepas kawin baru la ubah settings belog, kononnya aku sudah bersedia mahu berkongsi belog satu dunia. cehh poyo je. tapiii.

ada tapinya, sebab aku tengok takat 2 jugak duit dalam earnings nuffnang aku. pelik jugak la. sebulan ada 2000-3000 views dan 1000-2000 uniques. siap jeles dengan ncik M sebab dia dapat jugak duit, aku habuk pun tarak. huuu. caya atau tak, aku siap hantar email ke helpdesk nuffnang bagitahu sejak kali terakhir aku tukar url aku tak dapat apa-apa dan email mereka jawab sama macam aku baca di laman web.

akhirnya selepas aku dapat duit menjawab survey dari nuffnang mereka masukkan atas nama belog lama. terus aku terpikir untuk delete yang lama-lama. patut la tak dapat apa-apa mungkin sebab bertindih id ke apa. huuu. sejak 2 terus baru la bergerak earnings. happy sangat. dan harini lagi-lagi happy sebab baru ada BE yang pertama atau buffered earnings. selama ni baca je orang tulis. maafla ye saya budak baru belajar eh bukan baru dapat sangat teruja. :P



aku suka berblogging. aku berblogging bukan semata-mata sebab duit tapi kalau sambil taip merepek-merepek, tunjuk idea, tunjuk gambar dalam belog ni tiba-tiba aku dapat duit. aku suka la. ngeee. melihat pada belog aku yang sekadar ada 40 followers aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya ada orang sudi membaca walaupun selepas 5 ke 6 kali jugak tukar url, tukar nama belog bagai la. hihi.

terima kasih wahai pembaca, terima kasih nuffnang. walaupun sikit-sikit lama-lama jadi bukit. :D


5 comments:

haya said...

nape i xreti guna nuffnang ni.. =___='

[k.u.y.a] said...

belog kamu comel, tulisan best-best tapi kena tambah kawan lagi atau tajuk-tajuk yang menarik orang ke belog kamu. kalau viewer kurang, nuffnang tengok kita takde potensi untuk mereka letak iklan. apa-apa pun, chaiyok chaiyok!

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Zyash follower yang ke45...hehe...jom berblogging sampai bila-bila..sok leh tunjuk kat anak cucu n cicit...

[k.u.y.a] said...

thankyou thankyou zyash yang comel.

Ken Wooi said...

cool.. keep it up :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...