masa mula-mula aku tahu aku mengandung sepatutnya 2minggu selepas 2 aku patut ke klinik yang sama untuk scan baby tapi disebabkan terlalu lama aku tak boleh tahan. haha. yela ikut perkiraan doktor, kandungan aku baby dah berusia 10minggu mengikut tarikh hari pertama haid terakhir aku. kalau tunggu lagi 2minggu rasa kesiannya baby mama dia tak pergi tengok dia pun. hehe.
so, aku dengan ncik M buat keputusan nak terus buat check up di klinik yang kami pilih. kami pilih klinik pakar wanita an-nur, bangi salah satu klinik pakar di hospital pakar an-nur, bangi. ikutkan salah satu panel hospital ncik M adalah hospital perubatan islam azzahrah tapi sebab check up ibu mengandung dan bersalin dia tak cover so mana-mana hospital pun sama je. kami pilih private daripada gomen atas sebab-sebab tertentu. insyaAllah kalau betul ada rezeki aku dengan baby, bersalin pun di hospital pakar an-nur jugak atas sebab-sebab tertentu. kalau aku cakap takut doktor lelaki orang cakap aku mengade-gade la pulak kang huahuahua.
kenapa aku pilih hospital pakar an-nur? sebab ramai kawan-kawan yang aku kenal bersalin di sini. tak perlu susah-susah survey, terbaik untuk orang lain insyaAllah terbaik untuk aku. lagipun dekat je dengan putrajaya. jadi setiap kali nak check up atau bersalin nanti tak la terlalu jauh.
pertama kali jugak scan baby, baby baru berusia 6minggu tak sama dengan tarikh last period. tapi mula-mula dulu aku berharap silap sebab memang nak baby besar cepat hahaha tak sabar dan teruskan next appointment dengan doktor fatimah. peningkan kes aku, walaupun tak datang period 2bulan mungkin sebulan 2 aku memang kosong. bulan kedua baru lekat baby. period tak normal macam aku ni memang memeningkan kan.
ni salah satu nombor giliran yang aku ingat nak ambik gambar. setakat ni aku akan sampai klinik lingkungan jam8 dan paling lambat jam830. paling awal dapat nombor 3 dan paling lambat nombor 8. belum pernah terlalu lama menunggu. tarikh ni masa kali kedua check up dan pertama kali tanpa ncik M. alhamdulillah setakat dah 5 kali ke klinik baru sekali aku pergi sorang. hari-hari lain kebetulan ncik M cuti atau dia ambik half day leave.
port kena hadap setiap kali check up sebelum jumpa doktor. check blood pressure, timbang berat dan check air kencing. aku pun tak pandai sangat, yang aku tahu misi kata ok atau ko je haha. dari tempat aku tangkap gambar ni la port kegemaran aku, tengah-tengah dekat dengan bilik doktor dan bilik air hihi.
ni gambar masa check up ke 4, bulan disember. 28 disember 2011. masa ni paling tak ramai orang, sekejap je. aku perasan majoriti ke sini dengan suami, paling kurang suami tunggu di luar klinik dengan anak-anak lain tak masuk pun bilik doktor tapi majoriti masuk la sama-sama sekodeng baby hehe.
mesin ultrasound atau mesin scan baby atau mesin sekodeng baby hehe. rutin wajib setiap kali check up. ni lama punya, latest aku pergi check up dah tukar baru. clear dan lebih besar. berharap la sampai-sampai bila-bila hihihi. berharap!
meh meh nak tempek gambar kami berdua pulak hihi. masa tak ramai orang boleh la beria nak bergambar posing berdua. haha. ncik M dengan spek hitam, dia baru balik kerja malam terus temankan aku. tengok muka pun tahu tak berapa nak berseri dibanding isteri dia hahaha. so sementara menunggu lelapkan mata kejap jadi pepandai la cover. mesti orang ingat macam bajet bagus je husband dia ni kan dalam klinik pun perlu spek hitam. hahaha. :P
oh meja doktor dengan gambar doktor aku takde. macam hover je nak bergambar bagai kan mak buyong ni. hahaha. hari 2 ada jumpa ekin mawi buat check up sini tapi tak sure dengan doktor mana. aku dah nak balik dah masa 2. berseri-seri comel je muka dia, kulit cantik. nak tangkap gambar malu huahuahua.
ok 2 saje nak cerita. kalau ada apa-apa aku update lain entry. :D
**info tambahan. kalau mahu bersalin sini, sekurang-kurangnya perlu check up 3 kali dengan doktor. sebelum dari 2 boleh je nak check up kat mana-mana klinik private atau gomen.
ok 2 saje nak cerita. kalau ada apa-apa aku update lain entry. :D
**info tambahan. kalau mahu bersalin sini, sekurang-kurangnya perlu check up 3 kali dengan doktor. sebelum dari 2 boleh je nak check up kat mana-mana klinik private atau gomen.