amaran. entry ini aku agak serius.
tak tahu la nak cakap sedih ke apa. mungkin jugak sedih, serba salah dan kecewa dengan diri sendiri. susah nak cerita kisah sebenarnya yang berlaku tapi sampai sekarang hati rasa tak senang hati. -.-"
cuba bayangkan satu situasi berlaku. lebih kurang macam aku sedang buat satu bisnes barang. ikutkan target untung aku 2% sahaja tapi sekali ekonomi dunia memang bermasalah dan demand pada barang aku melonjak. disebabkan aku takut rugi besar jadi buat keputusan untuk jualkan je barang 2 kesemuanya. ncik suami dah pesan jual separuh je dulu dan tengok ekonomi dunia balik tapi aku degil takut tiba-tiba ekonomi dunia pulih dan rugi besar jadi tekad jual kesemuanya. jual je asal masih dapat untung.
tiba-tiba lepas 2 ke 3 hari je harga barang 2 naik mendadak. boleh untung 3 kali ganda. sedihnyaaa. rasa serba salah sangat dengan ncik suami. walaupun takde rugi pun, memang dah untung lebih dari 2% tapi disebabkan aku degil dan bulat dengan keputusan sampai rasanya terlepas sesuatu yang sangat besar. huuu. ncik suami dah pesan banyak kali jual separuh je tapi aku degil! walaupun dia tak marah, perkara lepas biarkan lepas dan jadi pengajaran tapi hati tetap tak senang. mm tak boleh tengok muka ncik suami. rasa teramat bersalah. sedih. :'(
aku akui kelemahan aku. mungkin aku jenis orang tak pandai buat bisnes, tak berani tanggung risiko, lemah matematik. mungkin aku pandai buat sales je, jumpa orang, cakap-cakap. sebab 2la aku pilih bidang kerja aku sekarang sebab ikut syarat tak perlu kredit matematik. huuu.
moralnya, sila dengar cakap suami. mungkin perempuan suka buat keputusan ikut hati bukannya ikut otak. cukup la bab rumah je kita uruskan. mm mungkin jugak bukan semua perempuan tapi memang untuk aku.
No comments:
Post a Comment