Monday, June 27, 2011

[ Apa saya buat dengan duit mas kahwin saya? ]

Dulu pening memikir apa barang la nak dibeli dengan duit mas kahwin rm40. Barang yang kalau boleh tahan lama, boleh pakai selalu. Akhirnyaaa ni la barang yang aku beli.


Set corningware.

Iye barang ni bernilai lebih dari rm40 tapi kira topup la dan menjadikan duit mas kahwin sebahagian daripada harga set. Rasa macam sesuai dah kot duit mas kahwin dengan beli pinggan mangkuk ni, tahan lama dan cantekkk. Kemain meriah siap percuma set pyrex. Masing-masing 3 beradik.

Aku beli ni masa kursus di langkawi. Aku memang nak beli sebab elok sikit jamu tetamu ececece macam rajin masak je haha dan alang-alang aku dah ke langkawi. Selamba je aku membayar keluarkan duit mas kahwin yang berlipat-lipat. Cakap kat akak cashier, masukkan duit ni untuk bayar set corningware. Hihi. Duit coklat lain-lain. Haha.

Balik shopping sambil meneman akak-akak PA senior pakar dalam corningware, corelle mengurut kaki selepas sakan berjalan sempat lagi puji aku pandai pilih design baru. Bunga sakura, wahh kembang-kembang hidung orang puji. Firstime beli corningware la katakan. Hahaha. :P

Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...