Tuesday, June 14, 2011

[ sudah habis ganti puasa belum? ]

Minggu ni minggu ke dua aku berpuasa. Aku masih belum habis ganti puasa. Huuu. Dah masuk rejab orang mengejar pahala puasa rejab tapi aku baru terkial menganti. Huuu. Dulu lepas raya ada gak rajin puasa lepas 2 stop terus liat nak puasa balik.

Setiap kali sahur ncik M yang akan kejutkan aku tapi aku yang liat nak bangun. Macamane la puasa ramadhan nanti. Dulu sorang-sorang senang je nak bangun tapi ni dah ada orang kejut pun kemain liat. Mengada betul! Hahaha.

Pagi tadi, dia yang bangun lagi awal. Dia tak puasa pun. Kejutkan aku. Panaskan kuih apam balik p9 semalam dalam microwave, panaskan roti bom frozen dalam toaster oven. Aku cuma buat air milo sebab dia tak pandai buat. Hihihi. Oh dengan mee goreng sedap sebab aku kuat makan rasa macam tak cukup untuk perut. Haha. Sama-sama makan teman aku bersahur. :)

Aku pernah cakap pada ncik M mungkin 2 hikmah aku tak mengandung lagi, aku sempat bayar hutang puasa ni dulu. Takla bertangguh lama kan. Aku kena sentiasa fikir positif. Hanya pada ncik M selalu mengadu. Kadang-kadang pada mak, kakak-kakak aku, kawan-kawan rapat yang sudi nak dengar. Sekurang-kurang aku tahu mereka ada untuk aku. Sayang sangat kat korang. Huuu.

Percaya dengan qada & qadar Tuhan. Apa yang Dia aturkan sentiasa dalam lingkungan kemampuan kita. Masih ada orang lain yang kurang bernasib baik berbanding kita. Syukur dengan segala nikmat, rezeki & kebahagian yang tak pernah putus-putus Dia bagi pada hambaNya. Alhamdulillah.

Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

2 comments:

shitaro said...

sabar awak tau..insyaallah sampai waktu nye nnti..biar marissa ngan mia puas manje2 ngan mokteh diorg nih dulu laaa, lg pun adif kan anak mama sue jugak ! ;)

[s.u.r.i.a] said...

macam sedap je bunyi mama sue kan. mesti comel orangnyee. ngee. :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...