Monday, August 1, 2011

[ dugaan sebelum puasa pertama kali sebagai suami isteri ]

misi untuk menambah koleksi kuih raya tidak berjaya. ini dinamakan kita hanya merancang Tuhan penentu segalanya.

jumaat malam family mertua ajak makan durian, durian yang sangat sedap! durian kuning-kuning sedap pekat likat kami datang dah siap kopek sejuk-sejuk keluar dari peti ais. weehuu! hihi. banyak giler aku makan. dan seperti biasa selepas 2 family gathering pergi makan-makan di wadihana islamic kitchen. dah sebut-sebut hari 2 nak cuba menu western pulak. malam 2 aku makan kambing. dah belasah durian, aku belasah kambing pulak eh daging kambing. baguskan aku? daging kambing dia memang sedap. sori la memang takde gambar tapi terpaksa rajin nak cerita supaya cerita tidak tergantung. hihi.

sabtu pulak ada kenduri sambut ramadhan di rumah pak ngah ncik M di melaka. kami balik jugak sebab 2 lagi utamakan nak dibandingkan mahu shopping baju raya yang bila-bila boleh pergi. balik melaka aku belasah durian lagi! ncik M la ajak join makan durian. ok belasah durian lagi. petang 2 jugak balik putrajaya dan ncik M cakap kalau sempat kita pergi jugak jalan TAR sebab hari sabtu je ada pasar malam. memang kami pergi walaupun jalan tersangat la sesak dengan kereta dan umat manusia.

tapiiiii

masa dijalan raya lagi lama daripada pergi tengok baju sebab aku dah mula rasa seram sejuk. ok. inilah balasan kepada orang yang lupa diri bila makan. kesian kat ncik M. ahad pun lepak rumah mertua je. sampai malam tadi masih berperasaan seram sejuk macam sengal-sengal badan pun ada tapi tak demam. lepas makan panadol terus tido. alhamdulillah pagi tadi bangun sahur badan sudah ok. kalau tak terlepas sahur pertama ramadhan sebagai suami isteri. :P

selamat menjalani ibadah puasa semua. semoga tahun ni lebih membawa keberkatan kepada kita. mari kita sama-sama kumpul pahala banyak-banyak. bulan ramadhan bulan paling senang nak dapat pahala. masak berbuka untuk suami pun boleh dapat pahala tau. :D




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...