Wednesday, August 24, 2011

[ duit raya vs sampul duit raya ]

semalam baru sempat tukar duit raya, orang lain dah berzaman dah tukar hehe. sebenarnya kesedaran 2 ada lama dah tapi disebabkan aku minta tolong ncik M tukarkan sebab bank depan ofis dia je. orang bank 2 cakap isnin tapi tak cakap masa. ncik M datang lunch hour kaunter tukar duit sudah tutup. nak taknak aku kena la pergi sebab takut lama sangat.

kat notis tulis jam10-12 tapi aku sampai sebelum jam10 lagi dah panjang ni beratur, kalau aku tahu aku keluar ofis awal sikit. sebab tak tahu la kena beratur. nasib baik duit ada lagi. hehe. ini kira kali pertama aku sendiri pergi tukar duit, selalu kirim orang je. rasakan sendiri beratur. haha.

tahun ni sampul raya ofis tak buat kot tapi dari agensi je yang bagi, kaler hitam 2. sampul dari bank dan tahun lepas pun ada lagi. jadi la buat tambahan. si biru cantik 2 sampul raya ofis ncik M, besar macam suruh letak duit besar-besar. hehe. selalu malam raya baru gigih isi duit raya dalam sampul, baru rasa seronok. seronok nak susun duit jela, seronok nak kumpul duit raya dah takde. tunggu ada baby je ni. :P






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...