rasanya baca mana-mana entry belog pun semua dah turn on mood raya. disebabkan harini aku half day dan takut esok-esok sibuk nak update belog jadi harini nak minta maaf siap-siap kepada semua yang baca belog aku samada saling mengenali atau tak. minta maaf bebanyak kalau ada yang terasa dengan sebarang penulisan belog aku. tak terniat dihati kecil ni nak buat korang terguris, belog aku baik-baik je kan. hehe.
perjalanan kami berdua bermula malam ni. lepas buffet ramadhan terakhir untuk tahun ni dengan family mertua di cyberjaya dan kami berdua terus balik melaka sampai hari isnin. menikmati sepenuhnya berpuasa di melaka dan isnin baru balik ke kajang untuk beraya. samada pemandu atau sekadar penumpang semoga perjalanan kita semua berjalan lancar pergi dan balik. cukup sekadar sederhana berhari raya dan jangan lupa orang yang serba kekurangan berbanding kita.
pasti rindukan Ramadhan moga kita masih berkesempatan berjumpa tahun depan. amin.
selamat hari raya aidil fitri. :)
No comments:
Post a Comment