Friday, March 5, 2010

[ the 1st step ]

[tarikh : 4 mac 2010@ khamis]
[masa : 9.00 malam]
[tempat : rumah ncik M d subang jaya]

ncik M beria mengajak aku makam malam rumah dia. katanye mama dia teringin sangat nak jumpa aku. selepas aku mendapat green light dengan mak baru aku bersetuju dengan permintaan dia. dengan memakai baju kurung kotak warne biru merah aku ikut ncik M ke rumah dia. siap pakai baju kurung 2. nampak sweet la kononnye. haha. membawa buah tangan buah mangga atas nasihat cik tuan masittah. sentiasa ingat pesan sitah sebagai orang berpengalaman supaya pandai-pandai membawa diri ke rumah bakal mertua. ahaks. aku memang pandai membawa diri. terus ke dapur. berbual2 dengan bakal mak mertua. menolong mengangkat ape yang patut. xkan nak datang makan buta je kan. mencedok nasi tanpa d suruh. menambah lauk. menambah air. makan dengan sungguh-sungguh. mama ncik M kenalkan dengan semua ahli keluarga ncik M, cuma adik perempuan dia je xde sebab ade kelas malam. asik bergelak je dengan cerita tentang adik bongsu ncik M yang baru dapat lesen dan accident d carpark sunway pyramid. cerita accident keta sendiri yang memalukan aku ceritakan juga. abis berterabur gelak semua orang. selamba je aku memalukan diri sendiri. haha. aku adalah orang terakhir yang selesai makan. ini bukan sebab aku makan dengan lemah lembut ok tapi aku makan dengan banyaknye. haha.

dah makan 2 xkan xreti2 basuh cawan pinggan kan. makan dengan family sendiri pun selalunye aku juga yang basuh. cuma bezanye selalu cawan pinggan lebih 10orang tapi ni 6orang saja. lepas 2 ape la aku nak buatkan? fuhh. cepat la malam. haha. berada ruang tamu sambil berbual tentang cite hantu d tv, makan buah, minum teh. feberet bakal pak mertua cite hantu ni. aku pulak pantang tengok cite hantu ni jadi tertengok pulak. 'abang, kalau su mengigau malam2 telefon abang jangan la marah ye'. huhu.


terharu aku d buat dengan semua yang mama ncik M sedia kan. aku kan tetamu yang d nanti2 mama dia. sila la perasan. haha. jam1030 ncik M hantar aku pulang dengan hati girang. fuhh. lega. selesai langkah pertama.

:: hari khamis pun jadi kan ::

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...