Friday, June 25, 2010

[ sila simpan tarikh ini ]

amboi. jumaat je rajin betul mengapdet blog ye. ade keja ke xde keja ni? lalalala. :P hari jumaat banyak betul main-main. ni tadi pun sempat pergi jualan sempena sehari selepas gaji. berhabis duit lagi untuk batik crepe. bila la cik su ni nak belajar menyimpan ni. xkan nak harapkan duit syiling je nak buat kawin. isk isk. dapat jengah blog kira salah satu menangani stress. kerja kalau hari-hari stress memang xkan surut kerja. hari-hari bersusun je surat atas meja ni. bukan niat nak merungut pun. nak bagitahu je. ngeee. :P

sebenarnya teringat entry sebelum-sebelum ni bercerita pasal make up artist la, lagi nak 6bulan untuk majlis tapi aku xpernah maklum lagi bila sebenarnya tarikh majlis bakal penuh bermakna 2. ok. insyaAllah, majlis nikah berlangsung d rumah tercinta d melaka pada 31 disember 2010. majlis bersanding juga d rumah d melaka pada 1 januari 2011 dan majlis bertandang belah lelaki d bandar bukit mahkota, kajang pada 2 januari 2011. berturut je, hari keempat pengantin pengsan. bak kata cik mimie. sebab kami sama berturut tarikh xkan selang minggu. mama ncik M yang minta xselang minggu. senang sekali sedara mara balik, sekali harung penat. :)

tarikh-tarikh ni aku sendiri yang tentukan mengikut ciri-ciri yang d minta belah ncik M. dari dulu aku ingat xkan pilih hari cuti sekolah untuk majlis aku sebab takut bertembung dengan banyak majlis tapi aku terpaksa pilih juga. ikutkan majlis lebih awal dari bulan disember. bukan xsabar ye kengkawan. lebih cepat lebih baik kan. kan. kan. ini d sebabkan adik perempuan ncik M yang berkemungkinan melanjutkan pelajaran ke uk mulai bulan september 2010 jadi pemilihan tarikh 2 mestila satu-satunya adik perempuan dia 2 ada. ncik M memberi tarikh minggu krismas, minggu tahun baru dan minggu kedua bulan januari sebab minggu-minggu 2 sahaja berkemungkinan adik perempuan dia akan bercuti semester. yela, majlis pertama bagi belah ncik M selaku anak sulong semestinya d hadiri semua ahli keluarga kan.

d kampung aku ni, apa-apa majlis kalau boleh jangan bertembung sama hari. nanti susah kendarat atau kurang orang masa rewang. jadi selepas majlis merisik hari 2, aku minta adik lelaki aku semak dengan orang surau samada d antara 3minggu 2 mana yang masih kosong. tinggal 2minggu je yang tinggal. minggu krismas dah ada orang chop! sekarang ni semua kena cecepat booking kalau x melepas. kan. akhirnya, aku tekad aku memilih 1 januari 2011 sebagai majlis kenduri kami nanti. selepas pilih baru aku perasan yang tarikh 2 cantik. xterniat d hati ni pun nak pilih tarikh cecantik, takut ramai pilih. tapi xpela. insyaAllah, kalau ada rezeki kita ada la orang akan datang. xperlu kita kira samada cuti sekolah ke, lepas gaji ke. kan.

ok. 2je kot. kengkawan save le tarikh dekat appointment henpon memasing ye. tarikh kawin aku 2. insyaAllah. ngee. :P


5 comments:

Miss Layaleya said...

cantik 01.01.11.. akan masuk diari 2011.. congratz sue.. I'm hepy 4u:)

[k.u.y.a] said...

ya, memang nak akhirkan 2010 dengan benda paling besh ni. mulakan 2011 dengan lagi lagi besh. ngee. thanks ya. :D

Mimie Famee said...

yeyeeaaaa..
tlg gembira utk org lain.. ;)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dah simpan dah tarikh...huhuhu

[k.u.y.a] said...

mimie : hoyeh nak kawin! gulp! *macam2 pk*.

ross : sila maklum tarikh anda plak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...