Wednesday, June 30, 2010

[ kami & honda civic type r ]

sejuk la 2, 3 hari ni. ke aku je yang rasa macam 2. mengantuk pun ada ni. malam je xduduk rumah, bertarikh dengan ncik M lepas office hour dia. jumpa pun rasenye 10% je cerita pasal persiapan kawin. lain-lain cerita pasal ofis dia, kereta, politik, negara dan macam-macam la. 2yang macam xbergerak-gerak je progress kawin dok takat 2 je. haishh.

penah 1 wiken ni aku temankan ncik M berjalan-jalan cuci mata hilangkan penat berkerja. yela office hour ncik M sangat-sangat sibuk, 12 jam padat xboleh tinggalkan pc dan telefon. total sejam setengah sahaja samada untuk g toilet, solat & makan. kena punch in & out setiap kali. betul-betul perah sampai kering ni. lain la aku ni yang kerja gomen, ade gak masa goyang kaki & update blog. hikhikhik. ni time bos xde je ok. :P

ok. cuci mata bagi ncik M bukan tengok kasut atau baju-baju macam aku ye kengkawan tapi pergi showroom tengok kereta. dari dulu lagi ncik M memang xlekang dari mulut dia kereta 1 ni, honda civic type R.

dia suka kereta ni sebab jenis car racing, reka bentuk body yang cantik dan ia limited edition. bagi aku, aku suka kereta ni sebab kereta ni warna putih macam aku pernah inginkan dalam vision board aku. selain 2 aku suka bucket seat dia yang berwarna merah 2. rasa bersemangat je bila duduk. merah kan cantik. ngee. aku punya excited nak tengok civic type R secara dekat tapi malangnya dah xde untuk test drive@ d showroom lagi sebab civic type R xkan ada lagi dan hanya tinggal 16 buah d seluruh dunia. lepas 2 akan stop terus yang jenis type R, model civic biasa je yang akan d pasaran. kecewa gak la. tapi nak jadi cerita ni best dan kelakar xtahu la aku ni yang pandai berlakon ke atau ncik M sendiri sebab we are so lucky on that day. salesman sorang ni sanggup minta kunci kereta dari bos dia si owner civic type R semata-mata nak bagi aku tengok. terharu betul la, salesman yang ensem 2 takut aku kempunan kot. ngee.

bucket seat merah. jatuh cinta sudah. :P

rasanya fahiya pernah post entry yang nak kereta civic type R sebab faizal tahir pun kereta ni. ye kan ya? sekarang rasanya dah tinggal beberapa buah je. sebenarnya ncik M dah sedia tahu yang honda akan hentikan model civic type R ni sebab nak fokus pada kereta hybrid yang lebih mesra alam. yela civic type R ni kan kereta racing, penggunaan minyak yang xmesra alam. berita yang agak mengecewakan la. memang nampak sangat kecewa ncik M. sampai sekarang kalau jumpa xsah xsebut pasal civic type R ni. kalau dia pentingkan kereta dulu maknanya kami xkan kawin dalam masa terdekat. ofcos la aku akan say no kan. mesti la nak kawin, xkan nak tangguh sebab kereta. kan.

atleast ade juga alternatif lain, beli civic type R terus dari jepun. ncik M cakap lebih murah cuma lebih complicated. 2yang dia sungguh-sungguh sekarang. aku agak terasa sebenarnya. terus terang je aku cakap dengan dia yang kadang-kadang dia lebih nak cerita pasal kereta daripada kawin. kecik hati kan? aku suh dia tido je dengan kereta nanti. biar. biar. bagi aku samy ncik M pun baru setahun pakai. sayang lagi kat si samy. aku rasa buat masa sekarang kami hanya perlu ikut keperluan, kalau nak ikut kehendak mungkin boleh nanti-nanti. kan.

ncik M dengan honda civic type R impian yang kepunyaan orang lain. punya semangat sampai ke belakang worksyop p tengok. :P

* samy - panggilan manja savvy merah ncik M. :P


3 comments:

Miss Layaleya said...

betul la tu.. sy mmg jatuh cinta ngan type R ni.. tp kalu dpt yg biasa yg 2.0 pn dh ok.. best naik keta ni.. laju je.. x rasa pe pn.. pnah naik masa blk raya, cousin bwk 160km/j, 3 jam je dr tganu smpai KL.. dh la dlm ujan.. smooth je.. best!!!

Pak cik tu pkai civic 2.0.. tp kita dh tggl dia, rugi gak.. huhu:(

p/s : Ncik M, kita punya minat yg sama.. hehehe.. jgn marah ye su:)

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

Cik Su,
sy pun pernah melalui saat2 macam ni...lebih excited pasal kereta dan tak PK pun pasal kawen........huhuhuhu...sgt sedih sebenarnya

[k.u.y.a] said...

cian kat kita kan. hukhukhuk. abaikan keta 2. kita nak kawin dah kan. kan. kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...