Friday, February 24, 2012

[ 2D1N water chalet avillion port dickson ]

tarikh : 5-6 Januari 2012

dah sebulan lebih pergi tapi buat muka tak malu update jugak ngeee. sekali harung nanti jadi tergantung macam pergi penang. malas update.

babymoon cum first anniversary vacation. cuma 2hari 1malam sebab kalau harga 2malam baik pergi bali hehe. tempat aku yang pilih atas persetujuan ncik M. first honeymoon dulu tempat sejuk, jadi kali ni kami pilih pantai pulak.

sila layan gambar yang super banyak ni. :P





akan hanya melihat belakang ncik M sambil menarik luggage merah kesayangan hehe.



masih belakang ncik M. :P


BILIK TIDUR




ni gambar-gambar bilik pertama, lepas 2 kami minta tukar bilik sebab mengadap bilik tak menarik. lama jugak la ncik M nego sebelum dapat tukar , lagipun weekdays bukan ramai orang pun. mesti banyak bilik kosong.


ni bilik kedua kami. sekurang-kurangnya pemandangan indah sikit. ni indah mengadap bilik orang lain, tak selesa nak lepak luar.


BILIK AIR



phewitt mak buyong 5 bulan. hehe.


tengok gambar orang boleh tahu aku masuk bath tub. :P



belakang aku 2 bilik mengadap laut sepenuhnya. selang beberapa bilik je dari bilik aku. kalau weekdays kena tambah rm200 dari harga bilik kami yang separuh view laut. baru weekdays, kalau weekend rasanya beza lagi rm100++. *pengsan*

aktiviti petang berjalan-jalan sekitar chalet. banyakkan berjalan untuk ibu mengandung. 5bulan dah banyak berjalan aku ni. hehe.




first swimming pool.



ada zoo kecil hehe.


second swimming pool. tak ramai orang pun, ada la 2 3 orang mat salleh.



jauh sampai ke pantai mak buyong ni berjalan. hehe.


malam kami cuma take away makanan dari restoran ni. bertentangan je dengan avillion. jalan kaki pun boleh. memang kami jalan kaki je pun. 


saja nak tunjuk view dari shower room kami, open roof open air. hehe. mandi ditemani bulan bintang. auwww. :P 



hari kedua. pepagi buka sliding door melihat matahari terbit diiringi bunyi hempasan air laut cewahh. nyaman sangat rasa. nikmati keindahan ciptaan Allah swt selagi masih bernafas. rasa macam nak bekukan masa lama-lama hehe. malam 2 kami dinner di anjung ni la, sampai tengah malam jugak sakan borak. seronok sangat. :D


mak buyong tengah layan perasaan konon. :P



breakfast time. 


our first round. :)


minta waiter capture moment kami. :)


our second round. orang sini tak pandai buat roti canai. kemain tebal. haha.


indahnyaaa. yang belakang 2. hehe.


third swimming pool. sesuai untuk kanak-kanak. saja mak buyong posing masuk gambar. :D


ok babymoon berakhir. sila balik. :(

bagi aku seronok dapat datang sini. luang masa berdua dengan husband paling penting walaupun alahai sekejapnye la masa berlalu. tempat menarik, bilik best, makan ok. kami sengaja pilih water chalet, pantai. sekurang-kurangnya kami merasa. kami sepakat setuju kami suka tempat sejuk-sejuk macam first honeymoon kami dulu lagi dan plan nak datang sana lagi or alang-alang tempat sejuk obersea terus? ngeee. :P


p.s.: harga bilik water chalet untuk 2D1N rm488 termasuk tax inc breakfast. cuma weekdays ye, weekend pepandai la tambah harga. :D


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...