Monday, January 31, 2011

[ the green hornet in 3D ]

siyes. memang dah lama aku tak tengok wayang. aku ni bukan jenis kaki wayang. lagi pun kalau cerita wayang aku nak tengok mesti cerita kartun yang comel-comel, cerita yang boleh buat aku gelak, cerita komedi romantik. will say no pada cerita seram, cerita ganas, cerita yang perlu buat aku berpikir 2 3 hari untuk memahami tapi cerita-cerita aku tak suka 2 la yang ncik M suka.

the green hornet. first time tengok cerita 3D, maklum la jarang tengok wayang. hehe. best sesangat cite ni. kelakar, menakjubkan, teruja, giler, comel. semua ada. haha. untuk aku, tak rugi tengok.

lebih-lebih lagi bila mamat sorang ni berlakon. kato ! jay chou! ensemnyeeee tengok mamat ni. bila tengok dia berlakon dalam cite ni boleh buat aku jatuh cinta, jatuh katil, jatuh motor semua la. hahaha. abis aku kalau ncik M baca. haha. sampaikan malam tadi sebelum tido aku boleh teringatkan mamat ni. ngee.

alahai. nampak gayanya pasni kerja aku melayan cerita korea jela sebab aku suka sangat-sangat tengok muka hero korea, cina sebagai terapi mata. haha. tapi apa-apa pun ncik M tetap hero cina, korea, jepun aku foreber. terapi terbaik. i lap u la ncik M. hahaha. nak jugak. :P

Sunday, January 30, 2011

[ our first honeymoon at colmar tropicale bukit tinggi and hope for next ]

wah entry kedua hari ni. hehe. hujan seharian. baju pun anginkan dalam bilik je. memang best duduk rumah seharian tapi sorang-sorang 2 yang tak best. ncik M keja, balik makan tengahari je. dia tak de ni nak ngadap blog kejap. hehe.

saja nak upload gambar honeymoon kita orang. 6hari selepas majlis. sepatutnya first honeymoon kita orang di sabah. minggu ni la tapi sengaja nak burn kan tiket sebab takut nak pergi sana sebab dikhabarkan sedang musim hujan. takut nak naik kapal terbang. aku la 2. huhu.

colmar tropicale bukit tinggi, pahang. kira ni last minute kita orang punya plan. selepas melihat gambar-gambar orang berjalan ke sana dan nampak macam best so kita orang pilih tempat ni. sempat booking 30hari sebelum check in so dapat la 25% diskaun. berbaloi-baloi. bilik best. tempat best. makanan best. sejuk. boleh datang lagi sebab tak sampai 2jam pun dari putrajaya.

ni gambar hari terakhir sebab hari lain kita orang duduk bilik je dan keluar untuk makan sahaja. hahaha. ok. ok. sila layan. :P


dan gambar terakhir kami. di depan pintu restoran ryo zan tei di perkampungan jepun. ncik M suka la. sanggup naik bukit semata-mata untuk restoran ni sebenarnya. haha. makanan sedapppp sangat. mm nanti la upload gambar makan. :P


best sangat tau. kebetulan kita orang pergi memang sejuk sangat-sangat. :P

ok. cukup la ni mengadap. nak mengosok baju keja. nasib baik 2hari je berkerja minggu depan. tapi sama je sebab nak gosok baju ncik M juga. oh bercintenyeeee nak mengosok baju. takpe-takpe malam ni dapat upah tengok tengok wayang. yeah! :P


**sedikit info. 3d2n colmar tropicale bukit tinggi just rm302 for 2 including breakfast. :)

[ my diy : bunga kendarat, wedding gift & etc ]


masih mood perantin baru ye. belum sebulan lagi kan. jadi entry pasal kawin banyak lagi. haha. bukan selalu jadi perantin. seronok mau berkongsi, kalau boleh semuanya. haha. selain mau dikenang sementara ingat. mana tahu ada yang boleh di gunapakai. tak gitu? :P

masa majlis, ada juga yang aku buat sendiri tau. ada juga air tangan pengantin. ngeee. selain bilik pengantin, tunggu la ada gambar lengkap dari OP untuk aku kongsi sebab aku lupa nak tangkap gambar. almaklum la kamera rusak kan. :(

ni sebahagian yang boleh aku kongsi.

bunga kendarat

credit pic : henpon sony aku yang sudah berusia 4tahun. seperti tertera, tarikh 27 disember 2010 jam 9.37 pagi. gigihkan aku? hihihi.


eh eh tengok-tengok ni tahu ke apa benda dalam gambar ni? hihihi.ni sebenarnya bunga untuk kendarat.

kendarat 2 apa pulak?
kendarat 2 sekumpulan orang yang bertugas untuk memastikan tetamu dilayan semasa majlis kenduri berlangsung. kemas pinggan cawan ke, tambah lauk ke, bagi gift@ bunga telur & etc. selalunya tuan rumah akan sediakan bunga kendarat untuk senang pengecaman kumpulan kendarat. hihi.

selalunya orang akan gubah bunga dengan duit tapi aku mengubah kerongsang dengan duit. sudah semestinya pemilihan kerongsang berwarna merah ye supaya sedondon dengan tema. ngee. aku pun lupa macamana aku boleh dapat idea ni. aku lebih suka idea ni sebab sekurang-kurangnya kerongsang 2 masih boleh digunakan. kira 2in1 la kan. :)

lagipun orang kampung aku ni, kalau tahu duit hantaran besar kemudian duit bunga kendarat cuma dapat singgit belakang mula la berbunyik. terukkan? macam tuan rumah tak bayar upah kendarat. kononnya letak kerongsang ni dengan harapan ada berbunga dalam hati. :P

kos bunga kendarat : kerongsang + duit = rm3


wedding gift

credit pic : kamera bangah.


ni la wedding gift aku, cuma untuk vip & vvip sahaja. :P

dan cuma vvip je yang dapat tas kecil cumel anna sui siap bling bling 2. hehe. vvip ialah rombongan lelaki dan family aku. aku suka sangat tas kecil ni, muat henpon aku. haha. disebabkan aku dan ncik M cukup berkenan masa jalan-jalan cari wedding gift dulu aku rempat la sikit, 75buah tas tangan yang semuanya berlainan corak. seronok giler aku belek, rambang mata dibuatnya. memang untuk kumpulan kecil je. kumpulan besar tak mampu la pulak. aku beli ni di plaza GM, chow kit. :)

then, no paper bag sebab mau jimat. ngee. aku cuma guna white kraft paper dan isi makanan dalam 2.

ni la makanannya. kuih bakar berempah tapi gambar ni aku dapat dari pakcik gugel sebab takde ambik gambar. cuma nak bagi tahu kuih bakar aku lagi gebu. satu lagi bekas wajik. 2 doorgift untuk orang kampung tapi mak suruh masukkan sekali.

memang aku nak bagi makanan je. senang. masuk kuih dalam plastik baru masuk dalam kraft paper. aku dah siap-siapkan awal-awal tampal tagging, reben kemudian orang lain tolong masukkan kuih je dan stapler.

kos wedding gift kecuali tas cumel:
kraft paper + tagging + reben + kuih

rm0.02 + rm0 (print jangan tanya di mana) + rm0 (balance buat hantaran) + rm1.50
= rm 1.52


terus terang bukan senang orang lain nak terima kelainan. terutama bila aku guna kraft paper sebab tak ikut kebiasaan dengan menggunakan paper bag. siap ada makcik 2 tegur aku, aku pun selamba je menjawab 'yang penting isi dalam bukan luar'. masa 2 aku rasa hati dah panas betul kot. haha. kebetulan dapat idea untuk guna kraft paper yang lebih menjimatkan. bukan jimat sikit tapi banyak. ncik M pun puji cantik dan kreatif. 2sen je, orang buang pun aku senang hati. :P

cuma niat nak berjimat pada benda yang boleh dijimatkan. :)




Friday, January 28, 2011

[ tulis nama atas batu eh silap ]

baru perasan aku ada simpan gambar ni. sebelum ni ada entry sambut birthday ncik M, mmm asik cite ncik M je kan? hehe. sementara ada dia sorang ni kita cite pasal dia jela kan. nanti dah ada anak cite pasal anak je pulak. :P

ni je hadiah yang aku bagi masa birthday ncik M yang ke 28 tahun. hari 2. hadiah biasa-biasa je. setakat bagi hadiah dan belanja ncik M makan apa tah lupa. teppayanki kot. feberet kita orang berdua. hehe. masa 2 kan sebelum kawin jadi harus la berjimat cermat, tak dapat la nak special sangat. asal ingat ok la 2. :P

pen parker tertulis nama ncik M. sukeeeeee. suke sangat. :D

Thursday, January 27, 2011

[ pelamin moden merah hitam putih dari melaka ]


wow tajuk entry ! bajet pasni ada orang melaka akan gugel terus jumpa la. haha. untuk makluman, penulis tidak sihat. tiada pembawakan budak ye. pembawakan makanan ada. :P

ok. dari entry lepas aku, aku pilih salima. memang aku tidak memilih pakej kawin lengkap dari butik pengantin yang aku booking. ala butik pengantin yang sama untuk majlis tunang aku. nak jadi kes aku ni makin merugikan dan last minute secara tidak sengaja terberkenan dengan baju lain, butik pengantin lain pulak 2. di ulang sekali lagi TIDAK SENGAJA TERBERKENAN. haha. macam-macam betul aku ni. di sebabkan aku tak nak rugi deposit yang aku dah bayar, aku teruskan juga walaupun deposit seratus je pun. duit gak 2. :P


aku akui, butik pengantin ni pelamin dia memang cantik sebab anak tokei butik ni memang kreatif. susah nak jumpa butik di melaka dengan pelamin design moden. sangat-sangat susah untuk aku. tunjuk gambar je dia boleh realisasikan tapi lingkungan kemampuan la. bukan mahal melampau ke walaupun pelamin paling besar dalam sejarah dalam family aku. haha.


kalau nak kira, ni sahaja pelamin aku sebab belah lelaki takde pelamin dan sebolehnya yang sangat sangat puas hati. bukan pelamin gah sangat pun. bukan pakai bunga segar, kerusi besar ke apa. biasa-biasa sudah asal cantik pada mata. kan.

ni hasil nya. :)


tema merah. hitam. putih. 2la warna yang aku nak. yang penting latar belakang nak warna putih sebab baju aku kan warna merah so haruslah nampak aku. ;P

ni dari sudut gambar dari OP, gambalawa.com.


menariknya. kebetulan frame cermin warna hitam yang dorang letak pada pelamin sama dengan hiasan dinding bilik pengantin aku. frame dari ikea. bilik pengantin air tangan pengantin tau, cewahh. kasi credit la kan. kebetulan pulak 2. mungkin orang tak berapa perasan pun. :P


ok. satu lagi gambar dari OP. cantik sebab kami ada. ngee. :P



credit pelamin : artistic house(bertentangan dengan masjid bukit katil)

Monday, January 24, 2011

[ walaupun tarikh dah luput tapi nak juga sambut ]

minggu yang agak memenatkan. ambik cuti jumaat pun rasa macam tak cukup. balik melaka, balik putrajaya. balik kajang, balik putrajaya. kemas itu. kemas ini. huwaaa mana cuti tak cukup. malasss betul nak keja esok. -.-'

ok. nak cerita yang best-best je buat ubat malam nak tido. best sebab ada kek coklat. nyum. nyum.


kek sempena menyambut birthday boy kesayangan yang ke 28 tahun. dah lepas dah disember tahun lepas tapi sebab tak sempat nak celebrate, sibuk nak majlis kawin jadi tunda hingga semalam. kek di bahagi dua sebab angah adik ncik M ari 2 celebrate tanpa kek. comel je kek. kebetulan dua-dua birthday boy duduk menghadap. hehe.

ini kira aktiviti wajib keluarga. lambat atau cepat belakang kira tapi mesti buat. sebab kena ada sesi bagi hadiah.

macaroni & cheese SR. nama penuh aku lupa. ini menu bukan aku punya tapi mak mertua aku punya. sebab apa aku publish sebab mak mertua aku bagi rasa dan rasa macam tak nak bagi balik je. sedappppp sangat. rasa macam masa 2 gak aku nak tukar menu. 2la suka sangat order makanan yang sama sebab takut yang lain tak sedap. pasni boleh order yang ini. di jamin sedap.

ok. masa untuk buka hadiah dari family. weee.

ncik M hampir-hampir beli sunglass baru sebab yang lama patah. nasib baik tak beli sebab dapat hadiah birthday. drive balik rumah senyum tak henti-henti dengan sunglass baru. :P



*pic credit 2 bangah. kamera aku masih rusak. :(

Saturday, January 22, 2011

[ percubaan menjadi mr mama ]

senyum. sengih. gelak. bila ketika mengingat dia.


mengingat dia terkial-kial gigih mengvacum karpet. sungguh-sungguh hingga ke celah pintu.

mengingat dia terkial-kial gigih mengangkat baju di ampaian. di angin ke bilik sebab hujan.

mengingat dia terkial-kial gigih menolong melipat baju. melipat pakaian yang segi empat sahaja. kain batik. hahaha.

mengingat dia terkial-kial gigih memaku dinding buat mengantung jam di setiap sudut rumah. sungguh-sungguh sampai 5kali bawak turun naik jam.

mengingat dia terkial-kial gigih mengangkat almari berat sampai terkopek kulit tangan.


alahai. semua benda aku nak igat. aku rindukan ncik M. malam ni, malam pertama tanpa dia selepas kami kawin. tetiba rasa takut walaupun sebelum ni 9bulan duduk sorang-sorang. hanya melalui ym dia meneman. oh cepat la 8pagi esok, aku dah rindukan dia.

ok. bai nak tido. nak cecepat esok. :P

Wednesday, January 19, 2011

[ aku pilih salima ]

dulu aku penah post bagitahu aku nekad mahu memilih salima makeup artist untuk makeup aku. memang aku tekad.

di sebabkan keputusan 2 kiranya aku tidak memilih pakej kawin lengkap dari mak andam yang aku booking. dah nampak aku rugi di situ. dan sebenar-benarnya aku juga tak memilih baju berinai dan bersanding dari mak andam tersebut. abis 2 aku booking mak andam 2 untuk apa pulak? hahaha. benda-benda ni la yang buat aku serabut. 2 yang sampai tak ada bunga tangan 2. 2la sendiri cari pasal kan. adohai ! haha. ada masa aku cerita. :P

kembali ke cerita asal. aku pilih salima untuk 3kali make up. majlis nikah, berinai malam dan juga bersanding. berbaloi-baloi. haha. berbaloi la lepas kau kikis duit laki kau. :P

ni hasil make up pertama dari kak salima.
suke tak? suke tak?
sukeeeee. :P

ni dari gambar OP, gambalawa.com.

kelihatan begitu gebu dan mulus ye kulit aku. sukee. rasa berbaloi sangat pilih kak salima. bukan selalukan dapat cantik-cantik macam ni walaupun aku bukan cantik mana pun. haha. :P

cuma rasa macam mata besar sebelah. kenapa ye? ke perasaan aku je. haha.

Tuesday, January 18, 2011

[ dia terima nikahnya ]


31 DISEMBER 2010.

di hari pernikahan aku.

pagi sangat sibuk. sibuk dari bilik pengantin sebab aku dah tak boleh keluar mana. pagi tu la nak minta orang ambik kek hantaran, beli buah hantaran. dengan kelam kabut sebab bunga tangan aku tak ada lagi. padan muka aku. patutnya minta je spare bunga tangan plastik dari mak andam. memang tak sempat cari, order. nasib aku memang baik sebab aishah kawan ku sempat mendapatkan bunga tangan cantik. sayang dia lebih la. hehe.

make up artist datang tepat masa. photographer pun sama. sukeeee. seronok. cuma aku sampai lewat sikit di masjid, lewat 10minit daripada perjanjian iaitu pukul 5. sedang elok dah tu semua orang menunggu pengantin perempuan. kan. :P

aku agak relaks. tak la rasa debar sangat walaupun memang berdebar giler. haha. aku yakin tok imam kawasan aku ni memang tak kan cerewet. dia akan mudahkan semuanya. tak kan tanya soalan pelik-pelik. yakin je kan. haha. yang aku risaukan nak kena baca taklik seorang anak depan semua orang. alahai. kompom aku menangis. nasib baik ahli keluarga je. menangis terisak-isak pun tak la malu sangat. yeke?? :P

terima kasih pada kawan baik aku juga, aishah. sebab sentiasa di sisi aku sebelum aku start make up lagi. cukup memberi kata-kata memberangsangkan. hahaha. tak habis-habis suruh aku jangan senyum besar sangat, kononnye nampak sangat macam seronok kawin. masalahnye aku ni pantang nampak kamera. secara semulajadi senyum kemain lebau. ngee. :P



alhamdulillah. kami sah dengan sekali lafaz. :)

Friday, January 14, 2011

[ 2 weeks after ]

hari ini genap 2 minggu kami sah sebagai suami isteri. sekejapan je kan. isnin minggu ni baru mula masuk ofis selepas 2 minggu bercuti.

ncik M pun sudah berpindah ke rumah tumpangan yang sudah 9bulan aku duduki. walaupun rumah tumpangan tapi permulaan yang sangat-sangat baik buat kami berdua. yela kalau nak di bandingkan orang lain. susah-susah dahulu, harapan senang-senang la kemudian. kan. kan. hehe. lepas ni, duduk rumah lelama pun tak kisah asalkan dia ada. 2 dia ayat pengantin baru. haha. :P

kadang-kadang ada buka blog, baca post kawan-kawan. aku nak update blog pun tak tahu nak mula mana. lagipun masuk kerja je sibuk menyesuaikan diri di tempat baru, bos baru. melayan bos kat rumah lagi. di sebabkan ncik M sengaja tinggalkan lappy dia di rumah mertua, lappy pink aku yang kecik molek 2 la dia guna. 2 pun siap ada bunyi kononnye screen lappy kecik sangat, xpuas melihat. haha. yang aku ni tak dapek la pegang lappy lelama, pegang kuali jela kat dapur. :P

tempat ofis lama dan baru pun tak habis mengemas lagi. itu belum nak menghadap yang kat rumah pulak. macam-macam nak mengemas kan. bukan nak merungut pun, nak bagitahu je. ngee. penat-penat pun tapi hati senang. semua perkara yang memberatkan kepala dah selesai. kita teruskan yang seterusnya pulak.

seronok. gembira. syukur. dengan kehidupan baru. berkelapangan akan update lagi. ntah bila la aku rajin lagi ni, harap-harap tak tinggalkan blog ni berbulan-bulan. :P


Wednesday, January 12, 2011

[ dia indahkan segalanya ]


hari terakhir 2010 aku tamatkan dengan saat-saat paling manis dalam hidup aku. alhamdulillah syukur atas rahmat Tuhan yang membenarkan segalanya berjalan seperti dirancang. tahun 2010 terlalu indah untuk aku kenang dan harapan untuk 2011 perjalanan yang lebih baik, lebih bererti terutama bila di sisi orang kita sayang.

tiada yang indah untuk seorang isteri melainkan sentiasa berada di sisi suami. semoga aku tergolong dalam golongan yang tidak ingkar perintah Allah swt, perintah suami kerana di situ syurga ku.

semoga Allah swt sentiasa memberkati hubungan kami, mempermudahkan perjalanan kami seterusnya dan mendengar suara kecil kami hamba yang lemah lagi hina.

amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...