Thursday, September 29, 2011

[ our simple living room ]

sementara menunggu first audit 5S aku update kejap belog. baru dapat bernafas ok. minta-minta takde masalah dan takde apa perlu ubah balik. penat !


dah ! yang tak best tak moh cite. hahaha.

sekarang hanya nak tengok yang best-best je. pemandangan yang boleh mengembirakan hati.



home sweet home. tak sabar nak balik rumah. :)





Wednesday, September 28, 2011

[ 5S yang cukup menghantui hidup ]


Cukup berhantu.

Batuk dan selsema pun tak hilang lagi. :(



Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Saturday, September 24, 2011

[ sakit penghapus dosa ]

Hari ni melepek je kat rumah. Ni menunggu ncik M balik open house. Aku rasa tak berapa sihat sambungan selsema hari 2, rasa macam dah lama tak selsema ni. Kalau sihat mesti boleh makan banyak-banyak. *Sempat lagi 2*. 2la masa sihat makan tak beringat.

Rasa hati nak sambung cuti lagi isnin. Tapi 5S banyak benda kena buat lagi, hari 2 buat salah kena bukak balik buat baru. :(

Huwaaaaaaaaa boleh tambah sakit teruk macam ni !!


Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Friday, September 23, 2011

[ bonus atau naik gaji penjawat awam untuk bajet 2012? ]





selalunya takkan mengecewakan. semoga ada rezeki Allah walaupun sedikit. :)

kita tunggu pembentangan bajet 7 oktober ni !





Thursday, September 22, 2011

[ suka bubur manis tak? ]

sebelum kawin dulu pernah berniat nak belajar buat blueberry cheese tart sebab aku suka sangat, lebih-lebih lagi makan masa panas-panas. kalau pandai dan sedap boleh bagi orang makan. ofismate cakap senang je nak buat. dapat hadiah kawin oven lagi aku bersemangat tapi....



sampai sekarang tinggal niat je la. suatu masa nanti aku cuba! berharap. hahaha.



jadi buah tangan pergi beraya rumah sedara mampu buat bubur je. 2 pun nasib baik aku minat makan bubur kalau tak, tak rajinnya aku nak buat. suka sangat lebih-lebih lagi masuk dalam peti ais dan esok makan sejuk-sejuk. dappnyeee. gulp! 

dah tak sabar nak balik. 5S buat aku selsema. booooooooooooooo.





[ khairul fahmi penyelamat malaysia vs jepun ]


khairul fahmi atau apek jadi penyelamat semalam. 2 yang aku baca dalam utusan harini. aku tak tengok semalam sebab perlawanan sebelum ni, malaysia vs singapura sebab si apek ni terlalu tangkas menangkap bola dan berjaya menyelamatkan percubaan menjaringkan gol. terdetik rasa teror giler dia tangkap bola, macam dia sorang je yang main. hahaha. disebabkan keterujaan melihat ketangkasan dia bukan dia ye di ulang sekali lagi bukan diri dia tapi ketangkasan dia. aku telah tidak sengaja tercakap 'i love u la khairul fahmi !' terus ncik M terasa dengan kata-kata aku dan merajuk. alamakkk! -.-"

sorry adik khairul fahmi tak tengok perlawanan semalam sebab hati buah hati kesayangan sorang 2 lagi perlu di jaga. ngeee. :D

ok. itu saja selingan pagi ni. nak sambung buat 5S. boooooooo.



Wednesday, September 21, 2011

[ our very first makan-makan ]

baru je sebut-sebut eh bukan taip nak buat sikit makan-makan. tapi memang betul sikit. hehe. tak dirancang pun. hari khamis malam jumaat minggu lepas ncik M ajak FIL datang rumah makan-makan. sebenarnya aku tak paham ncik M cakap ape, aku ok je rupanya ajak datang rumah. haha. ikutkan FIL dah beberapa kali  datang rumah tapi datang beraya kena masak elok-elok sikit. tapi sekali yang datang bukan sekadar FIL. ramai. -.-"

hari jumaat 2 pepagi lepas breakfast roti canai dekat presint diplomatik terus beli barang sikit di mydin dan barang basah selebihnya kat pasar presint 8. menu utama aku untuk hari 2 ialah lontong. minta-minta sedap la. nak bagi orang makan ni. hahaha. aku duduk dapur je, ncik M tak bagi aku keluar dapur sebab dia yang akan mengemas. hehe.

haish segan nak upload gambar masakan sendiri. bukan pandai sangat pun. gasak la eh. hahaha. ni betul-betul lauk yang aku sediakan. selebihnya mak mertua aku yang bawak sebab aku tak tahu ramai datang. heee.

buah oren pelik dengan warna merah dia. hehe.

ayam sambal. ayam masak merah aku tak sempat dan tak pandai. haha.

serunding. jenuh buat sebelum puasa lagi. TIPU! ni dah lama mak mertua aku bagi. terus terpikir buat menu tambahan.

kuah masak lodeh atau kuah lontong. bahan yang paling lama nak sediakan tapi senang hati bila semua puji sedap. heeee. masa ni atas dapur lagi. :P

nasi impit.

meja makan. banyak menu tambahan. mee goreng, kek, roti


lepas selesai...










hadap sorang-sorang ngemas. fuhhhh. *bengkok pinggang*

penat tapi seronok sangat orang datang rumah. selalu kami berdua je, ni bila ada ramai datang borak-borak sampai nak dekat tengah malam. makan non stop. seronok! hehe. kira ok la untuk kami buat permulaan pertama, jamu family dan sedara mara dulu. cuma yang ini elok sikit daripada makan bihun bujang je sebab masa 2 betul-betul last minute. dapur pun takde ape. haha.

ni jela aku mampu masak sorang-sorang, lain la ada pembantu mungkin banyak sikit menu. eceh yeke? haha. kami kena buat post mortem dulu mana yang patut tambah, kot-kot ada yang terkurang. pinggan mangkuk pun tak cukup banyak. pisau tajam pun satu je tau. hahaha. rumah aku ni pun bukan luas mana takut nak ajak ramai-ramai. hehehe.

lainkali boleh buat lagi, chaiyok! :D






[ air asia free seats 2012 ]

travel period : 3 may 2012 - 27 october 2012


malam tadi tido awal tak sempat terjah. ada yang menarik ke? ayuh kita!


Tuesday, September 20, 2011

[ harap perasaan hari ini lebih baik dari semalam ]

lupakan kisah duka nestapa semalam. aku memang macam 2, bila emo sikit mula la nak taip pepanjang. 2 sebab aku suka belog, aku boleh taip pepanjang. haha. kalau aku baca-baca balik asyik taip benda yang sama je kan macam sebelum-sebelum ni. hahaha. kadang-kadang macam kelakar pun ada. terima kasih la pada yang sudi baca. aku suka kongsi kat belog je. :)

bila pikir-pikir bagitahu dalam belog pun bukan orang-orang tertentu ni baca pun. bila-bila nanti dorang buat lagi. hari-hari memang ada je orang yang buat aku terasa. tekanan dari sekeliling boleh buat aku yang sihat walafiat ni darah tinggi. aku elok je hidup berdua dengan ncik M, pepandai nak ajar aku macam-macam. ni hidup kami kenapa nak kena samakan dengan orang lain?. keluarga sendiri pun tak paksa itu ini. agaknya nanti bila dah ada sorang anak sibuk pulak tanya bila nak tambah, dah dapat anak jantina yang sama pun bercakap jugak. aku perati je. bagi aku la kawan-kawan rapat aku takde masalah sebab mereka rapat dengan aku, mereka paham aku. tapi orang-orang yang ntah mana datang macam ni takde hak nak adili hidup kami.

kalau ada anak tentu seronok. tentu aku takkan emo-emo. orang tak cakap bukan-bukan. aku bukan jenis cepat emo pun tapi bila bab-bab macam ni siapa boleh tahan. lebih baik aku layan anak daripada layan orang tua dah besar panjang tak matang. tak tahu nak hormat hati dan perasaan orang lain. sama je macam orang yang suka potong Q kereta orang lain kat traffic light suka hati. semua sama je spesis. kalau semua benda kita nak dengan petik jari je bahagia la hidup. agaknya orang-orang macam ni hidup dia berjalan elok je kot atau mungkin dia memang takde kerja jadi rajin nak ambik tahu pasal orang lain.

haish ikut niat hati tadi tak nak taip pepanjang, tak nak taip emo-emo. sekali lagi tak boleh nak kawal. haha. dahla kat ofis pening kepala dengan 5S lagi buat aku tekanan. 

cukup! lepas ni nak update cerita yang best-best je.  :D



Monday, September 19, 2011

[ monday blues hurt me ]

monday blues.

penat cari mood kerja lepas raya ni hilang balik. lebih-lebih lagi pepagi dah ada orang buat aku sedih. seorang perempuan yang baru dapat baby pertama pada umur hampir 40 tahun. disini bukan nak persoalan dia lewat dapat baby atau betapa bertuahnya dia dapat jadi ibu cuma aku pelik. pelik, takkan la dia tak paham perasaan perempuan macam aku. perasaan asyik ditanya soalan yang sama, soalan pasal anak. perasaan asyik kena perli yang selamba dia buat pada aku. sungguh tak paham ada orang macam ni. 

aku bersyukur sangat dengan apa aku ada. 

ada hikmah Allah SWT bagi kami duduk berdua lama-lama. bagi aku ruang serasi dengan kerja ncik M yang tak sama waktu kerja dengan aku. bagi masa betul-betul berkualiti berdua. selesa kemana-mana berdua. bak kata mak mertua aku, 'mama ambil masa 30 tahun untuk kembali ke mana-mana berdua dengan ayah'. hikmah ada anak lain. jadi kami akan hargai setiap saat masa kami masih berdua sebelum kami bertiga, berempat dan seterusnya.. insyaAllah. itu je positif untuk aku. takkan nak menangis teriak kot. 

2 semua rezeki Allah SWT. rezeki disini bukan semata-mata rezeki anak. kalau DIA nak bagi, DIA akan bagi. dan bila-bila masa DIA rasa nak ambik balik rezeki 2 DIA akan ambik je sekelip mata. sesungguhnya ujian dan nikmat dari Allah itu, tiada siapa boleh menduga. hanya Allah yang menjadikan, memberi rezeki, ujian dan kepada DIA juga kita akan kembali. kita manusia ciptaan DIA takkan tahu aturan DIA. 

kadang-kadang rasa benda macam ni tak patut tulis dalam belog. takut sakiti orang lain je sebab niat aku cuma nak bagi tahu perasaan aku. takpelah. yang penting berbalik pada niat kita kan. lagipun itu guna belog bagi aku, bukan aku bagi semua orang baca belog ni pun. 

satu je berita mengembirakan aku setakat jam ni selain ncik M dengan baik hati bawak service kereta aku. alhamdulillah, pagi tadi aku dapat anak buah ke9. kak long pernah cakap, baby bunting pelamin aku. maksudnya... harap korang paham. akhirnya selepas dia mencuba untuk beberapa bulan nak dapatkan anak ke5. rezeki Allah bukan untuk aku tapi untuk kak long aku. :)



Thursday, September 15, 2011

[ hadiah dari kesayangan untuk umur ke 26 tahun ]



tajuk kena tulis terang-terang senang cari. haha.

ini la dia kamera digital pengganti yang lama. hadiah dari kesayangan. kami sama-sama beli di lowyat hari aku EL hari 2. tak rugi aku EL kan? hahaha. 

Canon IXUS 220. kenapa kali ni pilih canon? based on cadangan adik ncik M dan kebetulan ada canon gila-gila sales sampai end of september. sekurang-kurangnya dapat murah sikit dari sony, beli kamera sony mahal-mahal dan bayar lebih sebab jenama je. terasa i. hehe. lagipun kualiti canon pun bagus. ncik M pun siap dah buat research kat internet. baca review pembeli dan profesional. kalau aku ni ikut suka je asal cantik dan sepadan isi kocek. hehe.  

aku pilih model ni sebab ada warna merah dan antara model baru jugak la. mula-mula takut gak ncik M tak bagi sebab macam mahal je. heeee. dia cakap asal aku suka dan aku pakai jadi dia ok je. mesti la pakai nak update belog dan nak tangkap gambar baby. erkk. hahaha. 

kamera ni lebih kecik dari yang lama, lebih kecik dari blackberry aku. mula-mula nak tangkap gambar 2 dah berapa kali nak terlepas. hehe. senang kecik-kecik, ncik M cakap macam la kalau dia belikan kamera dslr aku akan angkut dalam handbag. alololo kesayangan memang sungguh memahami. :P

aku suka sangat. lebih-lebih suka sebab dari ncik M. asyik minta macam-macam je. jenuh dia melayan aku. siap pergi turun tingkat bawah cari atm nak pergi ambik duit cash. bayar guna cc kena charge. bila aku dapat atas tangan je terus cakap terima kasih kat dia dan dia cuma senyum je. 

alahai terus jatuh cinta lagi kat ncik M. :D




[ hatimu milikku - nera AF9 ]



suka sangat lagu ni. takde maksud apa-apa cuma lagu dia sedap. haha. video klip dia pun best. kalau tengah memandu dengar lagu ni mesti nyanyi kuat-kuat dan cuba nyanyi lelaju gak. lepas 2 tah hape-hape lirik keluar.  haha.

aku tengah bosan ni. heeee. :D




Wednesday, September 14, 2011

[ benda yang aku asyik dok teringat ]

akhirnya. apakah benda yang aku asyik dok teringat 2? hint untuk ncik M belikan sebagai hadiah. hehe.

sebenarnya bukan teringat yang baru tapi teringat yang lama. teringat pada kamera pink kesayangan aku yang rosak sebab terendam dalam air. macamane la boleh terendam? adik bongsu aku yang rendam. huhu. dia autisme jadi memang tak tahu apa, silap aku la letak sepah-sepah.

dia ambik dari handbag sebenarnya. T_T

kami dah pergi sony centre tapi mereka cakap rm400-rm800 kos untuk baiki. jadi lebih baik beli baru kan. ikutkan sayang sangat sebab kamera ni tersangat la cantik lagi. pakai 2 tahun je. takde kesan calar pun tau. gambar-gambar dalam belog pun guna kamera ni dan beli hasil simpanan duit gaji tapi simpan je la buat kenangan. beria tampal dalam vision board nak kamera sony. dulu tak kira gambar cantik ke tak tapi yang penting cap sony. tahape-hape je aku ni. hehe. 


T77. kamera pink yang sangat sedondon dengan lappy pink aku. sampai orang ingat aku suka pink. hehe. sebenarnya model ni takde merah, yang merah mahal sikit. ni je aku mampu buat masa 2. ngeee.

ncik M punyala belikan aku blackberry, kononnya 2in1. sebab handphone lama rosak dan ada kamera jugak. dia pesan takyah beli kamera digital baru dah.

baekk.

tapi 4bulan je, kebetulan 30haribulan jugak 2. hehe.

tuptup untuk hadiah hari jadi ke 26, aku beri hint asyik teringat kamera lama tapi sebenarnya sebab nak kan kamera baru. aku lebih seronok guna kamera digital ni daripada kamera handphone. alasannn! ncik M geleng kepala dulu tapi dia belikan juga sebagai hadiah. siap tolong survey kan untuk aku. yeahhhh sayang dia! :P

dah dapat ke kameranya? jawapannya dah tapi update lain la. :D





[ studio wanita hari ini ]


macam studio wanita hari ini tak? aku la pengacaranya. hihi. sebenarnye ni dekat lobi ofis je pun. hehe. meriah kan? sakan kami posing sebelum pergi majlis aidilfitri terbuka ofis. aku makan punya banyak sampai kakak ofis cakap perut aku besar banyak ruang. haha. aku sorang je boleh makan lemang dengan rendang daging, kepok lekor, nasi beriani kambing, nasi bukhari kambing panggang, laksa johor dan sirap bandung air kelapa yang sangat sedap. semua habis ok. jam 3 lapar balik. memang tak rugi bawak pergi makan kan? hahaha.

geram tengok kerusi merah 2. rasa nak bawak balik! :D




Monday, September 12, 2011

[ aku bakal full time housewife ]

pepagi tadi. memang macam biasa liat bangun pagi. lebih-lebih lagi semalam cuti dan hari ni hari isnin. masuk ofis pun hari ni cuba kuatkan semangat untuk gigih bekerja. cuba pikir minggu ni cuma 4hari je bekerja. aku rasa sampai jam10 je semangat 2, lepas 2 ada mesyuarat. lepas mesyuarat aku rasa macam malassss sangat. lebih-lebih lagi dorang cakap nak buat gotong royong kemas ofis. dok teringat bilik bos. huuuu.

Ya Allah, ni takde anak lagi dah ingat rumah je. punya malas 2 dari malam tadi dah terasa eh dari siang. sebelum terlelap siap borak dengan ncik M.


aku : abang, su malas la nak pergi kerja. kalau nak jadi full time housewife boleh tak? ataupun fullhouse. hihi. abang agak-agak boleh tanggung su tak?

ncik M : boleh je tapi nanti kita kena keluar kuarters. nanti kena sewa rumah jauh. tak pun 2 ke 3 tahun kena duduk bukit mahkota dulu. (PIL)

aku : owh! taknak la. rumah sekarang lagi best. huuuu.


punah la verangan aku 2. ku pendam saja la sebuah luka. hehe. kalau dah rasa pemalaspunyabecinta nak pergi kerja, benda merepek-merepek dah aku pikir. benda merepek-merepek dah aku tanya. hahaha.

30 tahun lagi. gud luck untuk aku. :P





[ jemputlah datang beraya ]

sabtu lepas ikut plan mahu berjalan raya rumah sedara dengan family abg aku dari melaka dan family kak chik. ingatkan nak terus pergi berjalan tapi sekali pepagi cakap nak singgah rumah dulu. alamatnya masak apa yang ada je la, aku buat bihun goreng bujang je. tapi sedapp tau! hehe.

so jemput la beraya rumah ye. ikutkan nak buat makan-makan sikit tapi baru dalam perancangan, ncik M dah sibuk kerja shift balik. sesiapa yang nak datang beraya bagitu la awal-awal. ataupun korang tak kisah makan biskut raya je. biskut raya memang ada je atas meja. hehe. kalau tak alamat sekali lagi memang kami la tukang habiskan. :D





Friday, September 9, 2011

[ anting-anting cantik dari uncle wahchan ]

hadiah pertama-tama yang aku dapat ialah dari my PIL. raya kedua ikut dorang beraya di melaka dan raya ketiga sebab dah tak tahu nak berjalan raya mana my PIL ajak beraya kat midvalley pulak. hehe.

sebenarnya sebab bapak mertua ku mahu tukar baju di kamdar ada rosak sikit. makan-makan, jalan-jalan lepas 2 singgah Wah Chan kejap sebab bapak mertua ku ada urusan sikit. sambil-sambil 2 mak mertua usha cincin walaupun baru dapat sebelum raya. aku pun tumpang usha jugak. hehe.

kemudian dah nak balik tersangkut lagi sebab adik ipar berkenan dengan anting-anting dekat situ. mak mertua suruh aku pun pilih untuk hadiah hari lahir sebab tak tahu nak belikan apa untuk aku. haish segan la pulak. sah-sah banyak pulak bapak mertua kena bayar. asyik kena pow je hehe. last-last mak mertua aku sendiri yang pilih. haish. :P


ni anting-anting nye. balik-balik terus tunjuk pada ncik M. dah lama anting-anting tak bertukar. seronok jugak dapat pengganti baru. :D

hadiah dari ncik M apa pulak? alaaa hadiah yang aku asyik dok teringat 2. :P

[ 26 years old me. husband. hilton pj ]

harini rasa cergas lebih biasa la. sebab dah hari jumaat. :D

ok. hari ini masih belum terlambat untuk ucap selamat ulangtahun hari lahir aku ke 26 tahun 11 hari. alhamdulillah. antara ulangtahun paling bermakna dalam hidup aku sebab aku dapat suami yang semakin hari semakin memahami aku. eceh. sayang sangat kat dia. haish rindu dah ni. hahaha.

dan juga kebetulan raya pertama kami suami isteri jatuh pada tarikh yang sama. disebabkan petang raya adalah acara bebas jadi ncik M cakap petang boleh keluar jenjalan, dia suruh pakai je baju raya sedondon kami. hehe. dia cakap mungkin celebrate birthday aku kat hotel yang dekat-dekat, samada Marriot Putrajaya atau Shangri La Putrajaya je. sebelum 2 kami jenjalan area damansara dulu sebab nak survey hadiah untuk aku. ncik M tak tanya pun nak hadiah apa tapi aku yang cakap. hahaha. sebenarnya bukan cakap apa pun cuma masih otw 2 aku cakap aku nak kan sesuatu. asyik dok teringat je. saja beri hint kan. hehe. ncik M selalu cakap 2 la ayat standard aku 'asyik dok teringat je'. kalau dia ajuk cakap macam 2 comel sangat dia. gerammm hahaha.

ok cukup! tapi hadiahnya tak beli lagi cuma survey je dulu. dan otw balik, ncik M tanya samada aku dah decide nak hotel mana? aku cakap Hilton, PJ sebab dah dekat hahaha. sebenarnya kami pernah pergi sana cuma tak masuk restaurant dia. beria cakap pada ncik M tempat dia cantik. ncik M on je, birthday girl la katakan. so layan gambar. :D



masa ni memang tak ramai orang. ada orang pun bukan melayu, kami je melayu tak pergi beraya. :P

opera cake. sedapp! ni ncik M yang pilih. kek ni aku habiskan sorang, ncik M makan sesudu je.


french bagutte. ni menu ncik M.

lamb chop. ni menu aku. sejak dah kawin baru aku pandai makan daging kambing, ncik M yang ajar. sekarang tak payah tunggu ajar dah. hehe.


my kesayangan. dunia akhirat. insyaAllah. :D



dan birthday girl. isteri orang yang sudah berumur 26tahun. sekejapan je, kalau angka 25 macam muda lagi hehehe. doakan dia jadi isteri solehah, comel-comel selalu, kurangkan perangai degil, tak malas-malas kerja dan cecepat dapat baby. amin. :D
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ok senyuman ni tak lebauuu. :P




Thursday, September 8, 2011

[ orang lepas kawin suka EL?]

haha tajuk tak ingat. 2 ayat puan tuan masittah. :P

harini aku EL lagi. tadi pepagi rasa macam tak sihat tapi sekarang rasa cergas la pulak. mentang-mentang banyak cuti, bos pun baik. ngee. sejak akhir-akhir ni pun pergi kerja pun macam malassss betul buat kerja, mungkin mood cuti tak habis lagi kot. memang hari-hari malas. pelik betul haha.

k,la update sikit je. kesian kat belog sebab seminggu lepas tak berupdate ape. update sikit pun jadi la kan. ni nak keluar jenjalan dengan ncik M. kantoi ncik M pun cuti. :P

k, bai.

Wednesday, September 7, 2011

[ i follow ]

dah macam trademark salleh yaakob pulak. heee. sedikit update untuk info khidmat masyarakat.

kawan-kawan follow la twitter aku : SuriaMF

walapun dah lama create tapi baru terhegeh nak mengaktifkan diri. heee. takut nak pegang banyak social network account ni takut leka. bank account takpe. haha. siapa-siapa saja jangan segan silu ye. thankyou so much!

sekian. :D

Tuesday, September 6, 2011

[ our very first raya picture together ]


tetiba rasa blur nak tulis apa selepas seminggu belog tak berupdate. ok selamat hari raya dan selamat kembali bekerja! hehe.

dari kami pasangan sedondon berbaju purple. hihi. sedondon tak? macam baju sekayu kan? ke nampak senyuman lebar aku? haha. fakta, baju raya aku dibeli di butik zaida warta bangi sejak tahun lepas yang sepatutnya di jadikan baju tunang. dok teringat puan tuan masittah pening kepala menolong aku memilih. hehe.

sebab last minute tukar baju tunang jadi baju ni aku simpan je. dan tahun ni disebabkan ncik M taknak beli baju melayu lagi jadi gigih jugak kami cari baju raya untuk aku dengan membawa baju melayu ncik M yang sedia ada sebagai sample. tapi memang hampa la memang takde jumpa yang berkenan! aku memang cerewet haha. last-last jumpa baju melayu jual kat jakel yang sangat sewarna dengan baju ku dengan harga rm65 sahaja. yeah! kami dapat baju sedondon kami. giler excited kan? haha. almaklum la tahun pertama cuba tengok tahun depan pulak. :P

raya yang sangat seronok dan dalam sejarah aku tak sempat tengok tv menonton filem-filem hantu disebabkan sibuk berjalan. mm tahape-hape je hari raya penuh mulia ni asik tayang cerita hantu kan. dan dengan penuh jayanya aku naik 3kg lepas raya. memang la kerjanya makan. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...