rasenye macam hari-hari buka blogger tapi siyes xsempat nak update ape-ape. sedangkan macam-macam rasenya nak bercerita. rase je tapi xbuat-buat pun. ok. plan untuk julai dah berjalan hampir suku untuk minggu pertama. minggu lepas balik melaka pun sebab kenduri rumah kak long dan kenduri kawan sekolah. kawan-kawan sebaya bujang makin pupus. hehehe.
sebab masa cukup mencemburui aku yang nak kahwin ni aku hanya sempat singgah rumah vendor kanopi. rm17++ untuk pakej lengkap bagi 3khemah besar termasuk khemah pengantin, alas dan hiasan, kerusi meja, pinggan mangkuk, periuk belanga & etc. kakak 2 dah janji bulan10 ade warna merah cili jadi rasenya masa 2 akan datang balik tengok contoh dan baru bayar deposit. buat masa ni booking tarikh je. abang aku dah tolong booking kan untuk dj rm4++. biasala rumah dekat kampung ni xsah kalau xde dj. xmeriah katanya. abang yang pilih, dia cakap dj ni lain dari lain. sebab aku bertegas cakap mahal dia akan bayar separuh untuk dj. pelik kenapa abang aku cukup beria dengan dj sorang ni. ikutkan je la. malas nak pk but no karaoke please. 2benda 2 je nak dekat rm2+++. sekarang ni semua benda pakai duit banyak kan? ni kan untuk majlis kahwin. *sigh.
untuk bilik pengantin. aku dah buat ukuran. sambil-sambil adik aku mengukur. mak, abang dengan kak chik tolong beri idea. warna langsir la. design la. lampu la. abang aku paling beria sebenarnya, dia memang serba tahu. bab-bab deko rumah semua bagi dekat dia. kedai-kedai perabot, lampu yang murah-murah semua dia tahu. tapi dekat melaka je la. ok. kena deal balik dengan kak chik tarikh cari langsir. :D
ok. baru nak suku. atleast perancangan berjalan. sambung wiken ni pulak. :D
terlanjur 2. nasib baik aku xterlepas tarikh. kepada kengkawan yang nak kahwin. jom kita cuci mata g promosi kerja kahwin d jalan conlay, kuala lumpur mulai 24hb julai ni. aku baru perasan. nampak gayanye jadual bulan julai ni kena ubah sikit untuk beri laluan untuk g jalan conlay. rasenya 24hb aku dah p terjah. muahahaha. xnyempat-nyempat. aku nak cuci mata cari idea untuk gift, hiasan dan kalau boleh kad jemputan sekali. asyik gugel je, feel kureng. teringatkan dulang dan alas dulang hantaran. kalau sewa lagi murah mungkin aku sewa je. aku nak jimat pada benda-benda yang boleh jimat. untuk bertunang hari 2 aku dah berhabis untuk deko hantaran sebab nak memenuhi keinginan. mungkin aku hanya akan habiskan duit pada benda yang aku xkan dapat rase lagi lepas ni. kononnye la. :D
kalau bertembung jangan lupa tegur. cewahh. :P
No comments:
Post a Comment