Thursday, July 22, 2010

[ 2nd week of julai ]

hari ini hari khamis. ini cerita wiken lepas. lama giler baru nak update. walaupun dah hampir basi, aku nak cerita gak. masa begitu cepat berlalu la. ngeee. untuk makluman, hari ini bos xde. weee. :P

sabtu

ok. aku mulakan dengan hari sabtu. sebelum jam7 aku dah bangun. kalah hari kerja. :P siap sedia untuk mengerakkan plan hari ni. bangun awal sebab dah plan nak masak breakfast nasi putih, sambal sardin & telur dadar. rajin kan aku?? ngee. ncik M kerja malam, jadi lepas habis kerja dia jam8 dia terus jemput aku. aku rase mesti dia suka kalau aku masak nasi panas-panas untuk dia. kan.

*sila abaikan gambar kepala teleng aku 2. aku memang suka buat macam 2. :P

macam biasa, salah satu port makan kami d belakang Lanai, presint10. selalu kalau aku masak untuk pagi ke, tengahari ke sini la kami pergi. dekat dengan rumah. aku suka jambatan kat sini. sebelah tasik. mungkin boleh masuk senarai tempat untuk outdoor kawin nanti. mood berangan. mm suka. suka. :D

ok. misi utama hari ni ialah pencarian kain untuk baju bertandang d jalan tar. hari ini ncik M jadi co pilot sebab dia tido 2jam je, xmoh cari pasal minta dia jadi driver. lagipun aku lagi pakar jalan kl dari dia. kuikuikui. :P
park kereta d sogo. kami bergerak g gul*tis. siyes, aku xpenah terpk nak masuk gul*tis sebelum-sebelum ni. takut mahal. tapi akak ofis penah sebut yang kain gul*tis lagi murah dan berkualiti.

*sila abaikan ncik M yang berkepak tangan macam nak terbang. dia call mama dia. :P

d gul*tis. promoter cantik, baik. tanye kain shantong. dia tunjuk tapi xde kaler kelabu. dia cadang italian silk. tunjuk 2, 3 jenis terus berkenan yang satu 2. ncik M pun berkenan. warne macam mix kelabu silver. cantik. harga masih dalam kawalan tapi ncik M nak sedapkan hati. minta kami jenjalan dulu. takut ade lebih murah, lebih cantik. promoter 2 siap cakap gedung kain yang mana mungkin ada. baik kan?. kami pergi jak*l. dulu beli kain baju nikah ncik M pun beli sana je dulu, xsinggah tempat lain pun.

d jak*l. kami pernah reject promoter yang layan kami dulu. kami memang ingat sampai sekarang. beli kain putih untuk baju melayu. melihat kami yang masih berkira-kira nak beli dia boleh tegur 'rm20 je, murah la 2' dengan muka belagak. ayat 2 sampai bila-bila kami ingat. ncik M cakap kalau dia guna perkataan 'je' 2 dia xkerja sini sebagai promoter. dia memang cukup bengang. ok. ok. ke cerita asal. masa kami d jak*l. sorang promoter lelaki layan kami. kami tanyakan kain shantong. dia tunjuk xcantik. tunjuk kain shantong d level lain pun xcantik. aku minta dia tunjukkan italian silk. xde yang sama dengan d gul*tis. xde yang secantik dan semurah d gul*tis. ok. aku cakap elok-elok dengan promoter 2 yang kami nak jalan-jalan tempat lain dulu. dia boleh cakap 'kenapa perlu jalan-jalan tempat lain? kain ni dah cantik, murah' dengan muka xpuas hati. ade patut dia cakap dengan pelanggan macam 2. aku betah balik. 'salah ke kami nak survey-survey nak banding harga, kualiti?' eeeeeeee terus kami reject jak*l. noktah. geram !!

kami balik ke gul*tis. masa nak bayar sedang promotion free keahlian dan automatik dapat 10% diskaun lagi. kain cantik, harga ok. puas hati sangat-sangat. :D

kami balik ke sogo. kami target nak cari cadar kawin. brand akemi semua mahal-mahal dan xde yang berkenan. kami saja-saja ke tingkat atas sekali sebab ade warehouse sale. xsia-sia sebab akhirnya kami jumpa cadar windsir warna putih yang cantik dan paling penting 100% cotton dan masih murah. suka lagi. :D


ahad
sambung cerita wiken aku. ahad pulak, plan kawin tolak tepi. ncik M ade janji dengan kawan dia untuk hadir talk tentang
supplements dari jepun d pearl international hotel, jalan klang lama. ncik M minta teman. kawan dia ni melayu, berkawin dengan perempuan jepun dan menetap terus d sini. masa berkenalan ingatkan pandai cakap jepun je tapi masa nak balik baru tahu dia tahu berbahasa melayu. anak dia sangat shumeeel. sebut betul-betul. shumeeeel. hehehe.

comel kan? paling kecik 2 masa jauh bukan main suka main mata, gelak-gelak dengan kakak dia tapi masa pegang dia jadi pelik. kelakar betul. dahla xpandai cakap melayu, cakap jepun je. comel betul.

malam baru sampai umah kepenatan kegilaan melanda hujung minggu ku sampai lepas mandi aku terus tertido. kul430pagi baru tersedar, kena bangun sebab teringat baju basuh tadi xsidai lagi. kalau x reput pulak baju aku. :P

yeah! hampir separuh perancangan bulan ni berjalan. hepi. :D


:: panjang pulak entry ni, jarang update la katakan. ::


2 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

panjangnya citer......


nanti kRina dtg balik.

sibuk sket ni..

♡ m.a.w.a.r_ b.e.r.d.u.r.| ♡ said...

dah tau dah...Cik Su memang suke wat kpale teleng2 manje2 tu ..hihihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...