Thursday, July 8, 2010

[ bila julai ]

hari ini 8 julai. dah 8 hari masuk bulan julai. cepat betul masa berjalan kan. tup tup tinggal angka 5. banyak benda xbuat lagi ni. haissh. ok. hari ni baru ade sedikit masa nak melari-larikan jari jemari ku untuk mengupdate blog. cewaah. hari-hari rasenya aku sibuk tapi xtahu la aku buat apa. mungkin sebab sibuk layan family yang datang dari melaka, berkursus, dah berapa malam sibuk kat rumah kak chik jadi xde masa betul-betul berharga.

ok. untuk bulan julai ni ncik M dah pesan banyak benda dah kena berjalan. xboleh tangguh-tangguh lagi. mmm. aku banyak bertangguh sebab nak tunggu dia bercuti. dekat-dekat pun waktu cuti xsama, dapat makan bersama pun dah cukup baik tapi nak berjalan-jalan susah sikit. bulan julai ni, target kami. aku tulis untuk ingatan aku juga. :)

kad kahwin
rata-rata kawan termasuk family yang rapat cadang tempah dekat LH creative je. cepat, mudah & murah. aku pun x terlalu cerewet bab ni cuma kalau boleh nak yang sangat-sangat simple. 1warne plain sahaja, mungkin putih atau cream. aku dah beri gambaran kad pada ncik M. dia cakap adik dia pun boleh tolong design kan. aku suka tapi takut bila tempah untuk print je harga lebih mahal daripada ikut pakej kedai. bab ni aku masih survey& buat follow up. masih dalam proses membandingkan harga tempah terus d kedai dan ikut design sedia ada atau pilih design adik ncik M dan sekadar hantar untuk print. aku akan pilih yang lebih menjimatkan. :)

baju nikah
untuk baju nikah aku dah ade tempat cuma xde masa free. dzullclassique kajang yang sitah kawan baik ku cadangkan. dia kata ok buat baju kat situ. dia ade cadangkan satu kedai lagi tapi aku xigat kat mana. seperti selalu baju nikah orang akan buat kurung moden. mungkin aku akan pilih design 2. aku akan bandingkan mana yang lebih baik.

baju bertandang
memenuhi keinginan mama ncik M yang nak kan baju bertandang d buat atau d beli sendiri. jadi untuk baju aku, aku dah pergi rumah ncik M untuk fitting baju yang mama ncik M beli d jakarta. aku suka sangat design dan warna dia. mama ncik M betul-betul pandai pilih cuma bila dah pakai korset rase macam besar sikit. mungkin aku akan alter d kedai aku tempah untuk baju nikah. veil, mama ncik M ada belikan sekali tapi kalau aku ada berkenan yang lain e2 terpulang pada aku la. selain 2, aku kena cari tudung ala-ala ariani yang sedondon.

baju tertandang ncik M pulak, dia minat jenis baju melayu kain shantung macam gambar kat bawah ni. design yang simple je. jadi kami kena cari dan beli kain yang seakan warna dengan baju aku sebelum tempah d butik yang sama. kalau ok, kain shantung yang sama akan aku gunakan untuk kain aku sebab aku ade baju je kan. untuk kain mungkin aku cuba cari d jalan tar.

mesti ensem ncik M pakai baju macam ni tapi dia kena kurus sikit la. hahaha. dia dah turun beberapa kg ok. :D

bilik pengantin
aku agak serabut untuk hiasan bilik pengantin. memang kalau boleh nak yang simple je la kan. aku dah dapat sedikit gambaran cuma belum lukis betul-betul. cadar, dah banyak kali aku pergi sogo dan tempat-tempat lain tapi susah betul nak cari warna cream plain. kak chik pesan cari yang akemi sebab 100% cotton. susah-susah aku pakai dia punya je. muahahaha. :P wiken ni dah terlanjur balik melaka, aku nak ukur keluasan bilik, tingkap untuk buat langsir. lagi awal tempah lagi baik kan. ok. bab langsir kak chik dah janji nak tolong aku cari dan tempah. cuma aku kena siapkan design bilik dulu. chaiyok2!!

bilik yang sama masa kenduri kahwin kak chik. aku rase bilik aku xkan semeriah ini. lebih simple. kena buat slow-slow. step by step. apa-apa akan aku update lagi nanti. :D

hantarans
masa tunang hari 2 dah 5-7, mungkin untuk kahwin 7-9 tapi aku dengan ncik M belum senaraikan betul-betul barang. kami pun xsurvey apa-apa lagi. bukan keutamaan untuk bulan ni. mungkin terlanjur kami jalan-jalan kami akan survey sekali. laman web, shoppingNsales adalah laman web yang paling rajin aku jengah. sebab nak xnak miss apa-apa sales. sedangkan banyak dah miss sebab xsempat nak pergi. hahaha. :P

ok. rasenye 2 je perancangan yang kami nak buat untuk bulan julai ni. aku kena duduk berdua dengan ncik M dan tentukan tarikh mana kami sama-sama free untuk jalankan apa kami plan untuk bulan julai. bukan hari-hari ke kami duduk bertarikh berdua? :P

ini plan aku. kalau dapat gerak lebih dari ni pun lagi bagus. kan. :)

1 comment:

Mimie Famee said...

sue.. nnti leh tak sms sy kat tepon alamat tmpt buat baju nikah tu
minggu depan baru nak pg beli kain
tq sue ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...