Thursday, January 26, 2012

[ makan-makan besar CNY ]

tarikh : 22 disember 2012
tempat : home sweet home

makan besar tapi takde yee sang. makan besar la sangat kan. haha. sebelum ni buat makan-makan kecil-kecilan jadi ada yang auntie-auntie dan uncle-uncle ncik M yang tak berpeluang datang rumah. so kali ni buat sikit lagi makan-makan tapi versi potluck pulak, mungkin mereka kesian dengan mak buyong ni kot 2yang 'takpela takyah susah-susah auntie-auntie bawak makanan'.

sekarang aku tahu kenapa ncik M balik mesia terus naik berat badan mendadak sebab dikelilingi orang yang suka memasak dan suka buat makan-makan. tiap bulan mesti ada. datang bawak perut je. untuk makan besar ni aku cuma sediakan ayam goreng, sayur campur, nasi putih, buah-buahan, air minuman dan rumah hehe. tugas aku cuma memasak di dapur dan bab mengemas mengvacum mengemop satu rumah ncik M hihi. 



sekodeng kekemasan ncik M kemas rumah hihi. karpet bulus-bulus terpaksa disimpan. karpet bulus harap cantik tapi penambah habuk.


asam pedas ikan pari kaw, sambal belacan, ikan masin sepat, ulam oleh MIL.


menu wajib orang jawa. yang nampak warna warni 2. sambal goreng. ni salah sorang auntie ncik M yang bawak. sedap! aku kena belajar buat sambal goreng ni.

menu tambahan lain yang menambahkan berat badan mak buyong ni.


bread pudding with chocolate. ni SIL yang buat. sedap sangat. aku makan banyak.


ini namanya keesh apa tah, aku tak sure spelling. ni auntie bongsu ncik M yang bawak. sedap giler. makan benda ni hari-hari pun aku sanggup.


cupcake and creampuff. tengok pun tahu sedap!! kenyang-kenyang pun tangan laju je capai masuk mulut. dari SIL lagi. MIL cakap sampai lewat pagi dia siapkan. 


ni satu lagi nama aku lupa. biras aku yang bawak. creamy nyum nyum dan cantik jugak hehe. 

ada uncle ncik M lambat sikit sampai, bawak mee kari. aku makan jugak. takde makanan yang aku tak makan. siap bertambah lagi ada la. semua orang offer nak masak untuk aku, sebut je nak makan apa. wahhh susah hati la mak buyong ni kalau berat naik walaupun bab makan memang syok. hahaha


dari jam12 tengahari tetamu datang dan jam930 malam baru aku dapat duduk balik betul-betul luruskan kaki. sakit pinggang mak buyong ni bangun duduk bangun duduk siap kena marah dengan ncik M sebab tak reti duduk diam haha. malam mengadu sakit pinggang, sakit belakang la tapi alhamdulillah bangun esok hilang dah semua. :)

esoknya, firtsday CNY MIL ajak datang rumah dia masak menu western pulak. makan banyak lagi. ok. jadi logik la aku naik berat sampai 2kilo kan? hahahaha. :P

2 comments:

MRS. K said...

wah meriah.. syiok buat makan2 camni even penat tapi besttt

[s.u.r.i.a] said...

seronok memang seronok kak tapi tak boleh buat selalu. tak pandai masak hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...