Thursday, May 26, 2011

[ entry ke tiga untuk may ]

aku ingat pada belog kesayangan ni tapi makin malas pulak nak update apa-apa sekarang. ncik M rajin update belog dia walaupun kadang-kadang cuma berkongsi video. jadi la daripada aku yang tak taip sehuruf pun. hihi.

tunggu ncik M kerja malam la. nak update belog pinjam pc dia, monitor besar sikit daripada si lappy pink aku 2.

mmmm yeke ni ??

kalau dah dasar malas tak guna disorong bantal eh bukan monitor besar sekali pun. :D

Wednesday, May 4, 2011

[ Update guna bb lagi ]

'K, nanti update lagi.'

Seminggu yang lepas. Ntah bila la nak update nye. Dulu berazam sekurang-kurangnya 10 entry sebulan, kira paling minimum la 2 kan tapi apa kan daya nak kembang-kembang 1 entry pun bercinta nak mengarang. Almaklum la isteri berkerjaya la katakan, di ofis di umah sibuk katanya. Heee. :P

Sekarang pun rasa macam tak cukup rehat lagi, pinggang terpeleot duduk berjam-jam dalam keta pun tak betul-betul lagi. Oh cuti! di mana kau.

K, la saja nak hilangkan mengantuk. Penat menguap, keluar air mata dah ni. Tak sabar nak balik umah nak jumpa katil. :)


Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Tuesday, May 3, 2011

[ Testing new gadjet ]

Testing.

Testing.

Saja nak cuba keberkesanan mengupdate blog via bb. Kalau berjaya, wooweee seronotnyee.hahaha. :P
Sent by DiGi from my BlackBerry®9780 Smartphone

Tuesday, April 26, 2011

[ holiday sudah, kursus sudah, 5 tahun sudah ]


sudah balik kursus.

kerinduan pada belog selepas tidak menjengah beberapa hari tapi masih tidak boleh mengatasi kerinduan selama 2 hari pada suami tersayang. hihi. :P


tasik dayang bunting, langkawi. ni kursus ke holiday? hihi. ambik flight awal semata-mata nak pergi island hopping. seronok ! dah pergi tasik dayang bunting dengan harapan cepat-cepat ....... . sila isi sendiri tempat kosong. hahaha. baju mengandung dah banyak dah ni aku beli, nak tunggu pakai je. :P

alhamdullillah, mungkin Tuhan belum nak bagi rezeki anak tapi Tuhan bagi rezeki lain. semalam aku ambik cuti balik melaka sebab ada sedikit urusan. semalam Tuhan permudahkan apa yang kami rancang dan usaha selama ni, akhirnya dapat. semalam jugak aku genap 5tahun berkerja. syukur dengan segala nikmat Tuhan yang tiada belah bagi. :)

mm tiba-tiba teringat penceramah kursus, puan murshidah. dia ada cakap, kalau kita rasa sedih atau down kita ambik buku kecil dan senaraikan apa sahaja rezeki kita dapat, kejayaan kita atau perkara-perkara yang mengembirakan kita. kita baca selalu. betapa banyak rezeki yang DIA dah bagi dan macamana pun keadaan kita, kita sepatutnya bersyukur.

k, nanti update lagi.

Wednesday, April 20, 2011

[ jom beli saham bank rakyat 2011 ]

bank rakyat buka jualan saham rm1 billion mulai awal april 2011.

nasib baik aku belum terlambat. myFIL bagitahu kali terakhir mereka buka saham untuk orang ramai pada 10 tahun lepas, kalau betul la aku dengar maknanya bukan selalu peluang ni datang. apa untungnya beli saham bank rakyat ni dibandingkan saham lain sebab bank rakyat memberi dividen yang tinggi dan boleh dikatakan paling tinggi dibandingkan saham-saham lain. tahun 2010 je 15% dividen mereka bagi, ASN sendiri kurang dari 8% pada tahun 2010.

mudah sahaja. cuma perlu daftar sebagai ahli dengan membuka akaun sekurangnya rm20 dan kemudian baru boleh membeli saham minimum rm500 tambah RM5 untuk yuran pendaftaran. cuma perlu isi borang SKB1 bersama-sama dengan 2salinan ic tapi peluang ni sementara saham masih ada. jadi kena cepat-cepat.

bank buka jam 9 pagi. aku datang beratur bank rakyat cawangan putrajaya presint diplomatik jam 850 pagi dapat nombor yang ke30. bergantung kepada cawangan bank rakyat, paling banyak mereka cuma buka 100 nombor giliran. nombor aku, jam 11 baru kaunter panggil. proses tak sampai 3minit pun.

informasi tak entry aku yang ni. haha. sementara ingat dan sementara korang sempat. :P

Tuesday, April 19, 2011

[ holiday over the sea not oversea ]

comel tak kami ? ngee. :P

tak ke mana cuma cuti-cuti malaysia ke kuching, sarawak. seronokkkk tapi penat. khamis ni nak terbang lagi pergi kursus pulak. tak hilang penat lagi ni. hahaha. ok cukup sini. update sikit sebab cakap senyap 4 hari je kan. hihi.

Thursday, April 14, 2011

[ blog akan senyap untuk 4 hari akan datang ]

ada tiga perkara.

aku sedang mencari hardisk kepunyaan ncik M yang dah berusia hampir 10 tahun. kat rumah tak jumpa, kat ofis pun tak jumpa. macam-macam benda dalam 2, habis la aku kalau betul-betul hilang. 2pun sebab teringat nak tengok cerita kak limah baru sedar hilang, aku simpan dalam 2. aku sudah rindu sama itu cerita. hai la hardisk kat mana la kau. huhu.

ncik M sudah membuat teguran audit kepada blog aku sebab banyak unsur-unsur perkongsian yang pada dia adalah rahsia dan tak perlu kongsi dengan orang lain. 2la isteri dia ni semua benda nak cerita. sebab kat facebook aku dah banyak diam kat sini la dah cerita bagai. minta maaf kat ncik suami tersayang sorang 2. aku pun tak tahu dia tak suka aku kongsi perkara tertentu. taknak buat benda dia tak suka, dapat dosa je. nanti dah tersedap lagi banyak dosa aku. huhu. aku terpaksa delete dan edit entry-entry tertentu. entry-entry yang lepas-lepas akan dipinda dari masa ke semasa. ngeee.

dan akhirnya yang berkaitan dengan tajuk. hihi.

esok aku bercuti sampai isnin. nak jenjalan. bukan dengan ncik M je tapi dengan family in law sekali. seronoknyeee la rasa dapat bercuti. ni kira kali kedua aku ambik cuti lepas kawin. rasa lain pulak ambik cuti sampai 2hari, rasa kesian pulak tinggalkan bos. hihi. ok sebelum rasa seronok, balik kena kemas beg dulu. tang kemas beg memang tak seronok. :P



[ F1 2011 sepang ]


ahad lepas kami ke litar sepang. aku sebenarnya excited sangat nak tengok F1. firstime ni aku masuk litar sepang, ncik M pernah datang dulu. aku ni dah 5 tahun kerja, tiap-tiap tahun dapat free ticket tapi tak pernah teringin nak pergi pun. tahun ni je tetiba teringin. bukan apa, kalau anak tanya nanti sekurang-kurangnya aku pernah sampai. hihi verangan.

nampak tak aku dalam cermin mata ncik M? hihi.:P

pergi sana saja mau cuci mata. ni pun nasib baik cuaca redup je tak panas. sanggup p beli vaseline healthy white spf 24 dekat carrefour alamanda sebab takut kulit gelap. haha. terus terang aku rasa lepas ni tak nak pergi dah. sebab aku bukan nya minat pun. bising giler. sakit telinga aku.

kalau ada sapa-sapa nak ticket free tahun depan bagitahu la ek. :P


Monday, April 11, 2011

[ bukan setakat beli je tapi kena bela jugak ]

tiada rambut adira, tiada rambut aishah sinclair. hihi. last minute kak chik terpaksa balik kampung mertua. so, plan dengan kak chik ditunda dan ikut ncik M servis keta di proton service centre, usj.

aku pulak yang rasa nak nangis bila ncik M tunjuk bil. huhu. aku yang pakai kereta lebih lama dari ncik M tak pernah kena pulak servis kereta sampai tuttt ni. kalah harga renew roadtax dah ni. setiap kali servis paling banyak pun rm300 je abis sejak 3tahun yang lepas. aku akui la, aku ni tak macam ncik M setiap kali servis mesti di service centre. aku ni pergi kedai cina centre kat seri kembangan 2 je. seingat-ingat aku 2kali je kot aku servis kereta di perodua service centre, lepas-lepas 2 dah haram terus. konon nak jimat duit. menci tau abis duit kat kereta. -.-'

alasan proton service centre, bila dah lebih 60 000km kena buat major service. kena tukar macam-macam yang major la. alahai. aku ni tahu buat servis yang minor je. major-major ni tak tahu la pulak.

aku ni memang tak pandai jaga kereta la ekk?

yang aku tahu. tukar minyak hitam, tukar oil filter, tukar air filter, tukar spark plug, pernah sekali tukar minyak gear auto. ada minyak ape lagi tah aku lupa. dah. rasanya 2je benda yang aku pernah tukar. benda-benda lain tak pernah. aku pun dah tak pernah buka buku servis perodua.

abis la kereta aku ni tuan dia tak pandai jaga. hehehe.

mm kalau macam ni la kan. taknak pakai kereta boleh tak? bukan sebab tak pandai jaga tapi sebab taknak keluar duit banyak untuk kereta. :P

Friday, April 8, 2011

[ rambut adira af8 vs rambut aishah sinclair ]

selamat datang kepada kakak ofismate yang menjumpai blog aku ni. blog aku ni takde apa pun, kadang-kadang sesetengah orang tak paham kenapa la nak buat blog. bagi aku la, cuma blog ni je medium yang aku seronok nak berkongsi dengan orang lain dan juga sebaliknya. jadi, selamat membaca. :P

k. kembali ke tajuk asal.

esok kak chik aku ajak teman dia pergi gunting rambut di taman au keramat. tempat lama dia. kebetulan aku memang nak ambik barang di wangsa maju. sebenarnya sejak kawin aku teringin sangat nak potong rambut, kasi pendek. orang dah kawin ni macam susah la rambut panjang. :P

walaupun teringin potong pendek tapi hakikatnya aku tak pernah potong rambut pendek. aku rasa rambut aku tak sesuai. kalau rambut halus lurus rasanya apa fesyen rambut pun boleh. contoh macam adira af8 ni.

aku suka tengok rambut adira yang baru ni. di potong pendek tapi tak terlalu pendek. nampak makin comel je tengok dia.

tapi siyes aku lagi giler tengok rambut giler-giler pendek aishah sinclair ni. memang hot mama betul. aku rasa dia lagi cun sekarang. ngee. aku lebih teringin nak potong rambut macam dia, senang sikit kot nak jaga. cuma kalau potong pendek macam ni kalau pakai tudung mesti nampak bolat je kepala aku sebab dah takde sanggul. hahaha. dah sampai ke situ aku pikir. :P

kalau betul la aku potong rambut macam dia ni. kira betul-betul berani la aku. tak boleh bayangkan muka aku macamana. hihi. aku ada jugak tanya pendapat ncik M, dia cakap aku ni di kategorikan perempuan yang comel (dia sesekali takkan cakap aku cantik sebab comel nampak lebih awet muda hahaha) jadi dia setuju aku potong pendek. kononnya kalau rambut pendek memang tambah comel. mm boleh pegang tak kata-kata ncik M ni? kag takut aku dah potong dia suh aku pakai anak serkup je memanjang. hihihi.

apa-apa pun untuk dia jugak. kan. :)


[ majllis kahwin dalam taman tema purple putih ]

cite pasal majlis sendiri pun tak habis lagi nak cite pasal pengantin lain. ngee. sekadar mahu berkongsi gambar. b2b boleh dapat idea baru. :)

kredit tangkapan gambar serta edit oleh adik ipar ku.

pelamin. :)


meja pengantin besebelahan je dengan pelamin.

idea yang sama masa majlis aku dulu cuma kali ni guna craft paper warna coklat. :)

15 khemah ok. puas aku menapak. hihi.


and last but not least. pengantinnya. baju pengantin perempuan gojes giler kena dengan tema majlis dalam taman. siyes aku rasa nak sanding lagi. haha. kredit baju butik pengantin melaka (owner sedara ncik M juga, dah tanya tapi lupa huhu) & gambar OP mereka. cantik kan? :)



Tuesday, April 5, 2011

[ pelamin dalam taman ]



bila. pengantin lama tumpang pelamin pengantin baru. :P


Tuesday, March 29, 2011

[ sunglasses by G ]


terima kasih ncik M, suami tersayang untuk hadiah ini. sukeee sangat !

hadiah sempena R&R ncik M, walaupun duit rewardnya belum dapat lagi tapi puan isteri ni dah tak sabar-sabar nak meng'pow' ncik suami kesayangan.

alasan? sebab kejelesan melihat ncik M dapat yang baru & mau yang baru jugak untuk cuti-cuti malaysia. boleh tak? :P

Friday, March 25, 2011

[ hantaran tema merah putih ]

malas. sibuk. 2je alasan tak update apa-apa.

selalu tengahari jumaat aku balik rumah lunch sama dengan ncik M. tapi harini malas. biar dia balik sorang. petang kag nak jumpa lagi, biar rindu ni lama-lama sikit. ngadee. :P

harini langsaikan hutang pasal hantaran. ni pun otak dah blur. sebab dah lama sangat. hahaha. dulu masa majlis tunang aku dah guna kayu putih yang aku suka 2. masih simpan elok dalam bilik di rumah mertua. agak-agak kalau sewa ada orang nak tak? :P

untuk majlis kawin pulak tema merah putih. sekali lagi hasil tangan abang ipar aku. :)



ni salah satu hantaran aku pada ncik M. malas nak tepek banyak-banyak. ni nak bagi contoh je. aku bagi ncik M 9 dulang. set pakaian, wangian, kasut, briefcase, sejadah&kain pelikat, sirih junjung, buah-buahan, kek fondant & pulut kuning. memang kali ni betul-betul simple. simple asal kena tema dan paling penting murahhhh. malas aku nak abis duit kat deko hantaran lagi. semua guna bahan palsu takde fresh flower. sekejap je siap. setakat lilit pinggan dengan manik, gubah-gubah bunga letak dalam pinggan, letak barang hantaran & siapp!!

anda tidak silap baca. memang aku guna pinggan buat tapak hantaran. kasut ncik M muat-muat pinggan. penat cari pinggan besar warna putih tau. heee. :P

pandangan lebih jelas untuk melihat kebesaran pinggan. alas kertas minyak dibawah pulut kuning ni. nasib baik muat pinggan pulut kuning aku tempah. heee.

semua bahan deko aku beli di nilai 3 je termasuk pinggan. pinggan ni harga dia rm5 je siap satu. kedai aku lupa tapi kedai jual pinggan mangkuk jela. ni pinggan melamine kot. ada aku jumpa pinggan sebesar ni tapi tanah liat so berat la. pinggan ni lebih ringgan dan murahhh. jimat duit aku. masih boleh guna polisterin untuk jimat tapi kalau nak lain sikit boleh guna benda lain jugak. terpulang. :)



psst : jangan risau, kalau datang rumah aku. aku tak la guna balik pinggan-pinggan ni buat makan. :P

Monday, March 21, 2011

[ teringin dengan hantu kak limah ]

sekarang tengah malas. lepas balik kursus dah naik lemak. heee.

aku perasan ramai follower blog aku ni b2b. terima kasih la sudi nak follow blog ni. disebabkan aku sedang malas. nanti aku cuba rajin-rajinkan diri update pasal kawin yang nak masuk 3bulan dah pun. kasi abis la. sebenarnya aku lebih nak share pada benda yang boleh dijimatkan. tapi 2 la. malas kan nak buat macamane la ni. hihihi.

sebelum 2 aku ada satu rahsia. aku dah tengok cite hantu kak limah balik rumah. rahsia la sangat kan. hehehe. disebabkan orang cakap cite 2 best giler, kelakar & tidak menakutkan buat aku betul-betul teringin nak tengok cerita 2. sampaikan hampir-hampir terbeli cdnye masa jalan-jalan jusco equine. konon cakap pada ncik M sebab teringin sangat nak tengok. teringin kalah orang mengandung aku ni. ncik M call tanya adik dia dulu boleh donload tak cite 2, then dia cakap boleh. so esoknye terus kita orang dapat tengok wayang hantu kat rumah. :)

percubaan berani mengengok cite hantu ni. hahaha. mentang-mentang tengok dengan ncik M kalau tak kirim salam sayang jela. tapi kan comel je hantu kak limah 2 sambil nyanyi lagu enjit-enjit semut. hahaha. comel la sangatkan tengok disebalik bantal 2. ngee. :P

mm nak minta donload cite apa pulak ekk?. :P

Tuesday, March 15, 2011

[ kena pergi tak boleh tak pergi ]


update pantas pepagi ni. aku bakal kursus 3hari. malas tapi kena pergiiiii ! target tahun ni 7hari capai sebelum setengah tahun. chaiyok-chaiyok ! 2pun 3hari ni minta yang dekat je so takyah outstation. hihihi. dan pasti aku akan rindukan blogger. takdan update ape la, sibuk dengan urusan surirumah tangga. chewahh. :P


k, bai.

:)

Friday, March 11, 2011

[ tsunami hits japan ]


terkejut petang jumaat membaca berita jepun dilanda tsunami dan gempa bumi. buka-buka blogger je ada sorang blogger yang tinggal sana post entry dalam blog dia. nasib baik kawasan dia tak terlibat. baca-baca di internet pun di khabarkan paling teruk pernah melanda jepun. seriau membaca. tetiba takut nak balik rumah. -.-'

sejak akhir-akhir ni aku dengan ncik M kerap bercerita pasal jepun. jepun memang tak pernah lekang dari dari mulut ncik M. berborak pasal perancangan sambung belajar master di jepun. aku je lebih sebenarnya sebab boleh cuti tanpa gaji. huuu. dasat kan aku berangan. err tapi lupakan jela kot. takut pulak. -.-'

tapi kan. hari ini hari jumaat. adakah itu sebahagian petunjuk dan peringatan dari Allah swt kepada umatnya? mm sama-sama la kita muhasabah diri. semoga kita semua dijauhkan dari dugaan sebegitu hebat dari DIA. amin.

Thursday, March 10, 2011

[ mesin pemudah kerja untuk isteri berkerjaya ]

sebenarnyee. aku masih ada wish list hadiah kawin yang masih belum aku dapat. hish-hish tak cukup-cukup lagi ke hadiah ari 2. bukan ape.. sebab benda ni aku dah senarai sebagai wishlist hadiah kawin. jadi wishlist tetap wishlist. wishlist yang terpaksa ncik M tunaikan. heee.

nak tahu tak ape?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


standing steam iron by philips !

hahahaha. walapun aku dapat juga iron biasa baru sebagai hadiah kawin tapi tetap nak yang ini juga. bukan tak tahu bersyukur eh, nama pun wishlist kan.. :P


adakah aku cepat terpedaya dengan iklan ?


atau pun terpesona dengan perempuan seksi ni eh eh silap terpesona melihat keseronokan mengosok baju seperti dalam gambar ni? mesti relax je duduk goyang kaki sambil tengok cerekarama dan mengosok baju bukan untuk seminggu tapi se'almari' terus. dan mungkin 2 almari sebab almari ncik M sekali. hihihi berangan je tahu !

lepas ni bukan rasa bercinta untuk mengosok baju tapi rasa jatuh cinta untuk mengosok baju. hahaha. kalau ada mesin lipat baju mesti jatuh cinta siap guling-guling lagi. :P

mm ncik M sayang. buleh kan? plissss. :P


info : standing steam iron philips rm 3++. -.-'

Tuesday, March 8, 2011

[ walkway & meja pengantin ]


harap maklum. gambar sebelah kanan ni aku dah tukar. kemain besau lagi. hahaha. hati suka, suka hati la kan. :P

sejak menjak ni dalam kepala otak duk pikirkan satu hal ni je. hari-hari, tiap masa. paling ketara ncik M la. tapi mungkin bukan rezeki kami lagi untuk dapatkan. dulu terlepas sekali sebab kami lambat sangat. kali ni pulak dah siap tengok tapi kami terpaksa lepaskan. bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat. aku percaya pada ncik M, percaya dengan setiap keputusan dia. ada rezeki kami nanti mesti dapat yang lebih baik. bila peluang 2 datang lagi dan saat 2 kami dapat, baru seronok aku nak kongsi. buat masa ni biarla rahsia dulu. rahsia la sangat. kan. hahaha.

buat mengisi kekosongan selepas beberapa hari tak mengupdate belog kesayangan ni. aku cuma nak letak gambar walkway with red carpet & meja pengantin masa resepsi sebelah lelaki. tanpa pelamin pun aku tetap bahagia. cewahh! malas nak taip banyak-banyak. sekadar mahu berkongsi. :)





dah 2 bulan. agak-agak nak cerita pasal kawin lagi korang bosan tak? :P

Friday, March 4, 2011

[ tempat makan sedap di bagan lalang, sepang ]


tarikh : 27 sebruari 2011

lokasi : restoran terapung HM sri bagan, pantai bagan lalang, sepang

pemakan : 2 orang

menu : ikan siakap masak tiga rasa, ketam masak cili, sotong goreng tepung, kailan ikan masin & telur dadar (feberet ncik M hihihihi)

harga : lupa. tapi lebih murah.

komen : rupa restoran agak klasik sikit sebab siap ada jeti kayu besar (nama betul ke tak pun aku tak tahu). layanan cepat dan pantas. menyediakan air suam dan sepinggan kerepek buat mengunyah sementara makan siap di masak. semua makanan laut segar-segar. pilih, timbang dan cakap je mau masak apa. bila dimasak pun sedap, kena gaya masak. makan sampai habis licin semua. aku la yang makan kasi habis. :P

kesan : boleh datang lagi tapi muka aku naik sensitif sebab makan makanan laut banyak sangat. bayangkan ketam sekor aku makan sorang. huwaaa sedapp tapi tak boleh makan selalu. kena pantang makan. 2 pun nasib baik tak order udang dengan kerang. udang lagi kena pantang !! sedap tu udang. sob.

masa ni la aku melihat kejadian depan mata sorang baby tak sengaja kena air panas. melecur teruk. kesian baby 2, mak dia pun. oh tak boleh lupa sampai sekarang.

Tuesday, March 1, 2011

[ tiada alasan untuk tidak ke dapur ]

hihihi. dah macam motto kementerian belia dan sukan pun ada. so, lepas ni aku tak boleh bagi alasan untuk tidak ke dapur walaupun untuk membuat air milo kegemaran ncik M dengan kehadiran 'mereka-mereka' ni yang sudi datang menemani dan memeriahkan dapur aku. :P

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.











rajinkan aku gugel setiap satu model. model yang sama ok. hahaha. saja kot-kot la ada yang hilang kat dapur aku boleh tengok-tengok balik kat sini. ngee. :P

alhamdulillah, hampir semua wishlist hadiah kawin aku dapat, terutama barang letrik untuk dapur. memang aku sengaja taknak beli sebab nak tunggu orang bagi. ngee. ni belum masuk barangan tupperware yang telah berjaya memenuhi kabinet dapur. sukeeee sangat. barangan basic-basic tak boleh la masuk wishlist, kena beli sendiri. hahaha. btw, couple tea set dari cikk ross pun cantik sangat, kotak bentuk hati lagi. aku suka sangat dapur aku. sangat-sangat suka. terima kasih kepada semua pemberi. semoga Allah swt murahkan rezeki mereka. :)

ok. pasni kena rajin-rajin gugel resepi pulak ye.



pstt : puan tuan masittah tengok-tengokkan kan la barang letrik yang takda lagi ni. bila-bila balik mesia boleh la bagi. hahaha. :P

Monday, February 28, 2011

[ selamat tinggal februari 2011 ]


hari ni 28 haribulan, hari terakhir untuk bulan februari. disebabkan februari tahun ni tiada tarikh 31 jadi hari ni dianggap ulangbulan yang kedua. alhamdulillah. sekejap je sudah 2 bulan kami jadi suami isteri, rasa macam baru pakai baju pengantin. inai di jari pun masih ada lagi yang rasa macam taknak potong je. ngee. :P

rezeki januari jugak untuk ncik M dan rezeki pengantin baru walaupun bukan pertama kali. aku tumpang bangga, gembira.


Rewards and Recognition Winner for January 2011.


aku crop untuk tunjuk yang ni je. tahniah untuk satu-satunya suami yang aku sayang sangat-sangat, aku tahu dia memang rajin kerja. kerja syarikat swasta tak sama dengan kerajaan macam aku ni. lepas ni kena sama-sama sentiasa rajin kerja, sama-sama rela berkorban. aku tahu kadang-kadang aku suka bebankan dia tapi dia tak pernah kisah. syukur sangat-sangat dengan nikmat yang Allah pinjamkan ni. nikmat hidup mengenali dia.

bagi aku. sebelum capai bahagia kita jangan beranggapan yang kita mungkin tak kan dapat rasa kebahagian macam orang lain. mungkin kita dapat lambat sikit je daripada orang lain. percaya la apa yang berlaku semua ada hikmahnya. kita patut bersyukur, sedih perit yang pernah kita lalui sebenarnya mematangkan kita. ia menguatkan diri kita supaya tidak cepat melatah dan buat tindakan yang salah.

sentiasa berfikiran positif. jangan bandingkan diri kita dengan orang yang sentiasa nampak bertuah sebab masing-masing ada rezeki masing-masing. mungkin bukan masa dan ketika kita, mungkin masa anak-anak kita atau mungkin masa cucu cucu kita. hanya Allah swt Maha Mengetahui. semoga Allah swt sentiasa melindungi hubungan ini. amin.

agak seyes pulak petang ni. kepada fahiya, nak sedih boleh tapi jangan lama-lama. :)


Friday, February 25, 2011

[ siapa mahu tarikh lahir anak 11.11.11 ]

Those who need their child's birthday on 111111 ( 11-11-2011), This is last week to participate, As 9 months remain... Hurry up!

tadi ada orang post ayat ni di facebook. aku gelak. hahaha. yeke? hahaha. tak pandai kira. adoohai. :P

Wednesday, February 23, 2011

[ ford focus tdci test drive ]


semalam aku ke sini. ford malaysia pj branch. menemani ncik M. dulu aku pernah buat entry kami dengan honda civic type R. masa 2 keinginan ncik M nak test drive civic type R tak kesampaian. kali ni dia kembali cuci mata tengok kereta. :P

malas nak bercerita panjang aku letak link entry yang dibuat ncik M di blog dia. aku letak gambar je. boleh tak? :P






say hai kat si comot merah kat luar 2. hehe. best sebab aku sebagai co pilot yang takut nak cuba memandu kereta lain rasa kereta ni selesa dan sangat-sangat laju. compom kalau bawak dari rumah ikut lebuh sentosa yang lurus 2 tak sampai 10minit ke ofis. hehehe. bab laju, turbo memang ncik M kemain suka.

kami saja je jenjalan tengok kereta. bukan beria nak beli pun, sekarang pun bukan masanya nak tukar kereta. ni nak test je. :P

ncik M ni memang giler kereta dari dulu. lagipun kereta di jepun murah tak macam di mesia. student pun boleh pakai.

Tuesday, February 22, 2011

[ bagde @ name tag untuk keluarga pengantin ]


entry kedua hari ni. sebab bos takde, aku main-main sikit. sikit je tau. kat rumah sibuk sikit la. kalau aku ada mengupdate malam 2 tandanya ncik M keja malam la 2. hahaha. :P

mm hari ni nak bagi satu idea yang menarik untuk dikongsi. sebab aku ingat satu je, so aku kongsi satu jela eh. kalau aku ingat banyak nanti aku kongsi la banyak. apa aku cakap ni. berbelit-belit. hihihi.


ok. apa yang menarik pada gambar ini ? pada senyuman comel budak ini kah ? editingnya kah ? atau watermark aku 2. hahaha. oh bukan. sebenarnya mahu berkongsi badge atau nametag yang dipakai. masa ni resepsi sebelah lelaki. tertulis 'cousin of the groom'. maksudnya budak kecik bermata sepet ni adalah sepupu pengantin lelaki. comel kan? siap ada nametag lagi. hehe.



ok kita tengok lebih dekat yang tak berapa nak dekat ni. badge yang dah siap untuk diedarkan kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki termasuk uncle-uncle, auntie-auntie, cousin-cousin yang sampai umur 4tahun pun dapat. hehe.

sebenarnya aku pernah terbaca idea ni dari satu blog yang aku sendiri tak ingat pasal penggunaan nametag ni untuk pengecaman ahli keluarga pengantin. yela selalunya orang akan buat baju sedondon ke, baju satu papan ke tapi boleh juga gunapakai idea ini. comel je. terang lagi bersuluh mana satu ayah pengantin lelaki atau mama pengantin lelaki. tak nampak gak tak tahu la. haha.

sebenar-benarnya juga aku pernah teringin nak buat dulu masa majlis resepsi sebelah aku tapi macam tak sesuai pulak. tak akan aku nak tulis 'mother of the bride' atau untuk orang kampung faham 'mak pengantin perempuan' tapi rasa dibuat gelak orang je. orang kampung aku la 2. hahaha. terus lupakan idea ni. :P

tapi tuptup resepsi ncik M adik dia buat idea ni. sesuai sikit sebab resepsi di club house nampak macam kena la tema tak la nampak gonjeng. kan. sukeeenyee. cakap-cakap dalam hati je pun ada juga yang mendengar. ngee. :P



ok. sila lihat gambar kami sekeluarga dengan nametag masing-masing. tengok 2, kemain lebau aku senyum. 2 yang kawan aku aishah pantang tengok 2. hahaha.

[ uik, dah ada baby ]


tak tahu nak letak tajuk apa. hahaha. :P

dah ada gaya jadi ayah tak? hehe. semoga kita cepat-cepat dapat baby eh, boleh pegang baby sendiri. :)

putri mia elysha. anak kedua kak chik. ni kira baru first time ncik M pegang baby tau, dia tak pernah pegang. dia takut pegang baby kecik. hehe.

ni masa pergi kenduri akikah + birthday + housewarming kakak ipar kak chik wiken baru ni. 3in1 terus. hehe. tuan rumah dengan anak dia di belakang 2. nampak sikit je.

best kan dah ada rumah sendiri ? ada rezeki kita nanti, adalah. kan. :)

Friday, February 18, 2011

[ baju pengantin grey silver ]

disebabkan gambar tak banyak jadi tinggalkan sekejap cerita majlis sebelah perempuan. kecewa sedikit sebab masa kawin la kamera sendiri rosak. mm nak beli kamera baru tapi teringat kat si kamera pink. :(

k la. ni nak publish gambar baju pengantin semasa resepsi sebelah lelaki. seperti dimaklum dulu, niat mama ncik M nak beli baju sendiri. selain baju nikah, ni je la baju yang kami masih boleh simpan. kalau bila-bila berangan dan buang tebiat nak posing pakai baju pengantin boleh buka je almari dan pakai. hahaha. :P


design untuk baju lelaki dan kain perempuan sendiri bayangkan dan tailor buat. main hentam saja. heee. disebabkan baju siap aku tu besar sikit dan tak boleh nak alter sebab kena manik-manik so aku cadangkan kat akak tailor 2 buat tali reben. nampak cutting sikit. kononnyee la. lagipun baju aku belah melaka takde yang ada reben-reben ni. macam comel je. :P

simple je tapi tetap cantik di mata aku. disebabkan ni adalah belah pengantin lelaki so aku tak kacau apa-apa. ikut je mama ncik M nak apa. nak cerewet belah perempuan je, belah lelaki jangan nak gatal-gatal eh. hati mertua kena jaga dulu. :)

gambar lebih dekat. kemain penuh poket ncik M dengan angpow. -.-'


baju pengantin perempuan (jakarta) : rm ***
kain untuk baju lelaki & kain perempuan - italian silk 7meter (gulatis) : rm4**
tudung perempuan : rm 25
kerongsang, crown & veil : mama ncik M je tahu :P
selain 2 sewa saja :)

***tempahan***
kain perempuan ( kak fida - bandar seri putra) : rm25 (kalau butik lain rm250) -.-'
baju moden lelaki ( adagaya mydin usj) : rm150 (kalau butik lain rm300-400) -.-'


kain masih ada lebih 1meter lebih kot. ikutkan nak buat tudung khas tapi tak sempat sebab dapat tailor murah lagi cantik pun last minute. cun wooo tudung kak fida tu boleh buat. macam tudung ala hana tajima gitu. :(

ncik M cakap tahun ni baju raya ni jela. hahaha. mm kain lebih tu nak buat baju raya aku la. baju apa ekk? :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...