Monday, February 28, 2011

[ selamat tinggal februari 2011 ]


hari ni 28 haribulan, hari terakhir untuk bulan februari. disebabkan februari tahun ni tiada tarikh 31 jadi hari ni dianggap ulangbulan yang kedua. alhamdulillah. sekejap je sudah 2 bulan kami jadi suami isteri, rasa macam baru pakai baju pengantin. inai di jari pun masih ada lagi yang rasa macam taknak potong je. ngee. :P

rezeki januari jugak untuk ncik M dan rezeki pengantin baru walaupun bukan pertama kali. aku tumpang bangga, gembira.


Rewards and Recognition Winner for January 2011.


aku crop untuk tunjuk yang ni je. tahniah untuk satu-satunya suami yang aku sayang sangat-sangat, aku tahu dia memang rajin kerja. kerja syarikat swasta tak sama dengan kerajaan macam aku ni. lepas ni kena sama-sama sentiasa rajin kerja, sama-sama rela berkorban. aku tahu kadang-kadang aku suka bebankan dia tapi dia tak pernah kisah. syukur sangat-sangat dengan nikmat yang Allah pinjamkan ni. nikmat hidup mengenali dia.

bagi aku. sebelum capai bahagia kita jangan beranggapan yang kita mungkin tak kan dapat rasa kebahagian macam orang lain. mungkin kita dapat lambat sikit je daripada orang lain. percaya la apa yang berlaku semua ada hikmahnya. kita patut bersyukur, sedih perit yang pernah kita lalui sebenarnya mematangkan kita. ia menguatkan diri kita supaya tidak cepat melatah dan buat tindakan yang salah.

sentiasa berfikiran positif. jangan bandingkan diri kita dengan orang yang sentiasa nampak bertuah sebab masing-masing ada rezeki masing-masing. mungkin bukan masa dan ketika kita, mungkin masa anak-anak kita atau mungkin masa cucu cucu kita. hanya Allah swt Maha Mengetahui. semoga Allah swt sentiasa melindungi hubungan ini. amin.

agak seyes pulak petang ni. kepada fahiya, nak sedih boleh tapi jangan lama-lama. :)


Friday, February 25, 2011

[ siapa mahu tarikh lahir anak 11.11.11 ]

Those who need their child's birthday on 111111 ( 11-11-2011), This is last week to participate, As 9 months remain... Hurry up!

tadi ada orang post ayat ni di facebook. aku gelak. hahaha. yeke? hahaha. tak pandai kira. adoohai. :P

Wednesday, February 23, 2011

[ ford focus tdci test drive ]


semalam aku ke sini. ford malaysia pj branch. menemani ncik M. dulu aku pernah buat entry kami dengan honda civic type R. masa 2 keinginan ncik M nak test drive civic type R tak kesampaian. kali ni dia kembali cuci mata tengok kereta. :P

malas nak bercerita panjang aku letak link entry yang dibuat ncik M di blog dia. aku letak gambar je. boleh tak? :P






say hai kat si comot merah kat luar 2. hehe. best sebab aku sebagai co pilot yang takut nak cuba memandu kereta lain rasa kereta ni selesa dan sangat-sangat laju. compom kalau bawak dari rumah ikut lebuh sentosa yang lurus 2 tak sampai 10minit ke ofis. hehehe. bab laju, turbo memang ncik M kemain suka.

kami saja je jenjalan tengok kereta. bukan beria nak beli pun, sekarang pun bukan masanya nak tukar kereta. ni nak test je. :P

ncik M ni memang giler kereta dari dulu. lagipun kereta di jepun murah tak macam di mesia. student pun boleh pakai.

Tuesday, February 22, 2011

[ bagde @ name tag untuk keluarga pengantin ]


entry kedua hari ni. sebab bos takde, aku main-main sikit. sikit je tau. kat rumah sibuk sikit la. kalau aku ada mengupdate malam 2 tandanya ncik M keja malam la 2. hahaha. :P

mm hari ni nak bagi satu idea yang menarik untuk dikongsi. sebab aku ingat satu je, so aku kongsi satu jela eh. kalau aku ingat banyak nanti aku kongsi la banyak. apa aku cakap ni. berbelit-belit. hihihi.


ok. apa yang menarik pada gambar ini ? pada senyuman comel budak ini kah ? editingnya kah ? atau watermark aku 2. hahaha. oh bukan. sebenarnya mahu berkongsi badge atau nametag yang dipakai. masa ni resepsi sebelah lelaki. tertulis 'cousin of the groom'. maksudnya budak kecik bermata sepet ni adalah sepupu pengantin lelaki. comel kan? siap ada nametag lagi. hehe.



ok kita tengok lebih dekat yang tak berapa nak dekat ni. badge yang dah siap untuk diedarkan kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki termasuk uncle-uncle, auntie-auntie, cousin-cousin yang sampai umur 4tahun pun dapat. hehe.

sebenarnya aku pernah terbaca idea ni dari satu blog yang aku sendiri tak ingat pasal penggunaan nametag ni untuk pengecaman ahli keluarga pengantin. yela selalunya orang akan buat baju sedondon ke, baju satu papan ke tapi boleh juga gunapakai idea ini. comel je. terang lagi bersuluh mana satu ayah pengantin lelaki atau mama pengantin lelaki. tak nampak gak tak tahu la. haha.

sebenar-benarnya juga aku pernah teringin nak buat dulu masa majlis resepsi sebelah aku tapi macam tak sesuai pulak. tak akan aku nak tulis 'mother of the bride' atau untuk orang kampung faham 'mak pengantin perempuan' tapi rasa dibuat gelak orang je. orang kampung aku la 2. hahaha. terus lupakan idea ni. :P

tapi tuptup resepsi ncik M adik dia buat idea ni. sesuai sikit sebab resepsi di club house nampak macam kena la tema tak la nampak gonjeng. kan. sukeeenyee. cakap-cakap dalam hati je pun ada juga yang mendengar. ngee. :P



ok. sila lihat gambar kami sekeluarga dengan nametag masing-masing. tengok 2, kemain lebau aku senyum. 2 yang kawan aku aishah pantang tengok 2. hahaha.

[ uik, dah ada baby ]


tak tahu nak letak tajuk apa. hahaha. :P

dah ada gaya jadi ayah tak? hehe. semoga kita cepat-cepat dapat baby eh, boleh pegang baby sendiri. :)

putri mia elysha. anak kedua kak chik. ni kira baru first time ncik M pegang baby tau, dia tak pernah pegang. dia takut pegang baby kecik. hehe.

ni masa pergi kenduri akikah + birthday + housewarming kakak ipar kak chik wiken baru ni. 3in1 terus. hehe. tuan rumah dengan anak dia di belakang 2. nampak sikit je.

best kan dah ada rumah sendiri ? ada rezeki kita nanti, adalah. kan. :)

Friday, February 18, 2011

[ baju pengantin grey silver ]

disebabkan gambar tak banyak jadi tinggalkan sekejap cerita majlis sebelah perempuan. kecewa sedikit sebab masa kawin la kamera sendiri rosak. mm nak beli kamera baru tapi teringat kat si kamera pink. :(

k la. ni nak publish gambar baju pengantin semasa resepsi sebelah lelaki. seperti dimaklum dulu, niat mama ncik M nak beli baju sendiri. selain baju nikah, ni je la baju yang kami masih boleh simpan. kalau bila-bila berangan dan buang tebiat nak posing pakai baju pengantin boleh buka je almari dan pakai. hahaha. :P


design untuk baju lelaki dan kain perempuan sendiri bayangkan dan tailor buat. main hentam saja. heee. disebabkan baju siap aku tu besar sikit dan tak boleh nak alter sebab kena manik-manik so aku cadangkan kat akak tailor 2 buat tali reben. nampak cutting sikit. kononnyee la. lagipun baju aku belah melaka takde yang ada reben-reben ni. macam comel je. :P

simple je tapi tetap cantik di mata aku. disebabkan ni adalah belah pengantin lelaki so aku tak kacau apa-apa. ikut je mama ncik M nak apa. nak cerewet belah perempuan je, belah lelaki jangan nak gatal-gatal eh. hati mertua kena jaga dulu. :)

gambar lebih dekat. kemain penuh poket ncik M dengan angpow. -.-'


baju pengantin perempuan (jakarta) : rm ***
kain untuk baju lelaki & kain perempuan - italian silk 7meter (gulatis) : rm4**
tudung perempuan : rm 25
kerongsang, crown & veil : mama ncik M je tahu :P
selain 2 sewa saja :)

***tempahan***
kain perempuan ( kak fida - bandar seri putra) : rm25 (kalau butik lain rm250) -.-'
baju moden lelaki ( adagaya mydin usj) : rm150 (kalau butik lain rm300-400) -.-'


kain masih ada lebih 1meter lebih kot. ikutkan nak buat tudung khas tapi tak sempat sebab dapat tailor murah lagi cantik pun last minute. cun wooo tudung kak fida tu boleh buat. macam tudung ala hana tajima gitu. :(

ncik M cakap tahun ni baju raya ni jela. hahaha. mm kain lebih tu nak buat baju raya aku la. baju apa ekk? :P

Wednesday, February 16, 2011

[ ayam penyet ria, cyberjaya ]


hari ni mau bercerita tempat makan. dulu aku pernah buat entry ayam penyet@ wong solo tapi kali ni ayam penyet ria pulak. wahh kemain riang ria ye ayam penyet ni. hahaha. :P

ayam penyet ria outlets cyberjaya ni betul-betul bersebelahan pizza hut. aku tak tahu la berapa banyak outlets tapi ni first time aku dengan ncik M teringin nak masuk ayam penyet ria ni selama 1 tahun kami lepak makan di cyberjaya. 2pun kebetulan sebab nak cuci si comot merah malam selasa di car wash berdekatan ofis ncik M. tapi tutup pulak car wash nye so kami pergi makan je. hehe.

* maaf kekurangan kualiti gambar. :P



set bakso penyet makan dengan nasi putih panas. bakso ni macam versi meatballs tradisional. hahaha. sambal dia sedapp, pedas amat, terangkat ! marbeles foreber la !!



aku teringin makan sup malam 2 jadi aku order soto daging. sedapp tapi soto versi indon ori kan memang berminyak banyak jadi 2 yang tak berapa besh. aku lebih berkenan ncik M punya bakso penyet. ngeee.



nak tahu punya sedap sampai kami datang balik malam tadi hahaha. ncik M ajak cuci si comot sebenarnya. ala alasan dia je 2. hihi. kami siap duduk pun tempat sama. kali ni order ayam penyet sementara menunggu si comot merah di cuci. kami kongsi berdua. auwww romantiknya. ok. di jamin 100% sedap, pedas dan terangkat macam bakso penyet juga.

tapi nasihat awal, makanan-makanan diatas semuanya pedas amat. makan sampai boleh keluar air hidung, air mata semua. haha. kami ni lain la memang tak kisah, kami menangis bersama. :P

aku suka jalan-jalan cari makan di cyberjaya sebab di cyberjaya lebih banyak pilihan kedai makanan. mau makanan arab ada, iran ada, mamak ada, fast food ada, kedai melayu ada, tempat lepaking besh pun ada. dan sebab utama aku pilih makan di cyberjaya sebab dekat dengan rumah, dekat dengan ofis ncik M dan sebab terpaling utama la aku memang tak pernah bertembung dengan orang putrajaya yang aku kenal. kalau pi alamanda nak makan fast food 2 berapa kali kantoi dengan ofismate. hihihi. :P

ok. pasni ni boleh jadi duta makanan cyberjaya dah aku ni. hahaha.


Monday, February 14, 2011

[ dinar emas sebagai mas kahwin ]


rindu GILER kat blog. tetiba. hehe.

sibuk sangat arini. tak boleh hari-hari bermalasan. ngee. rasa nak kongsi sesuatu. entry lengkap pasal hantaran nanti la kalau rajin. sekarang nak bercerita pasal mas kawin aku bertukar menjadi hantaran. dasat je bunyi kan, boleh bertukar-tukar pulak.

untuk makluman semua, mas kawin melaka hanya rm40 sahaja. kira wajib bagi pada pengantin perempuan. hendak dijadikan cerita, pada hari aku nak fitting baju sanding ncik M maklum dia mau beli dinar emas dari dealer dinar emas di melaka. dealer dinar emas ni tak banyak di malaysia. di melaka ni, ada sorang je. 2pun hujung dunia. hehe. memang la pernah dengar pengantin beri dinar emas sebagai mas kawin. aku pun excited gak la.

ncik M bertekad nak letak dinar emas ni sebagai pengganti mas kawin rm40. aku ok je tapi apa-apa kena tanya pada tok imam dulu takut dorang tak terima. ncik M cakap takpela, dia beli juga. kira dapat tak dapat dia nak bagi juga pada aku. pada hari majlis tok imam maklum dia tak terima dinar emas ni sebagai mas kawin, dia nak rm40 ringgit juga.

mm kecewa ncik M kat situ. sebelum rombongan lelaki bergerak, family ncik M terpaksa tukar dulang mas kawin kepada duit rm40 dan letak dinar emas sebagai dulang hantaran. bertukar-tukar pun kira aku dapat gak la cuma baru berangan-berangan masa serah mas kawin aku nak posing dengan bekas dinar emas, kira unik sikit la. ada emas-emas gitu. poyo je kan. hahaha. posing dengan duit kertas pun jadi la. :P

dinar emas boleh dijadikan salah satu pelaburan dan simpanan masa depan. :)


btw, apa patut aku beli dengan mas kawin rm40 ? aku igat nak beli barang so aku ingat la 2 duit mas kawin. barang apa ye yang tahan lama bernilai rm40 ? :)

Friday, February 11, 2011

[ ini status blog bukan facebook ]


kemengantukkan yang teramat. 2 la orang dah pesan, jangan tido tengahari nanti malas nak bangun sebab rasa macam tak cukup tido. buat kerja pun memain err bukan hari-hari ke memain.

malam ni balik melaka. rumah sedara tak habis melawat lagi. fuhhh. penat ok tapi nak buat macamane, begitu la pengantin baru. ni pun kira dah lambat, mesti ada yang kecik hati. urmmm.

aku perlukan cuti lagi. mau ber'honeymoon' dengan ncik M. mau berdua dengan dia je. mau bawak dia lari dari keja.

bercuti panjang sikit, sikit pun jadi la. cuti ada lagi 34 hari kalau tidak 35 sebab tak dapat mc ari 2 terpaksa el. lepas ni taknak pergi klinik gomen. huh! sayang cuti wooo.


mmm cepat la kul5. mau jumpa drebar kesayangan yang datang menjemput. bosan dah ni !

Thursday, February 10, 2011

[ bila suami susah nak paham isteri ]

ada sesuatu yang aku jumpa dalam blog seorang isteri sementara aku ingat ni. seronok nak berkongsi di sini. kelakar tapi ada betulnya. :)



> > ----------------------------------------------------------------
Laki talipon,Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab, Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik, Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab, Memangla orang kata takmau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini aku ni... Yang mana satu nih?
> > -----------------------------------------------------------------
Laki talipon bini,Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab, Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak. Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben... Tiba-tiba...

Bini jerit panggil suh makan! Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam, Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben! Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
> > ----------------------------------------------------------------
Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii.... Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa... Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
> > ----------------------------------------------------------------
Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?

Abang keja lah yang....

Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang, Pastu abang balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik kampung, Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL. Baru sampai Taiping, talipon berbunyi...

Bini dia talipon. Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
> > ----------------------------------------------------------------
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?

KENAPA? KENAPA? KENAPAAAA??
> > ---------------------------------------------------------------
Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....

Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...pakaikan jerlah baju mana-mana pon... bukan ada org nk tengok ponnn...
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...
> > ----------------------------------------------------------



aku baca memang senyum sorang-sorang. yela walaupun aku baru je kawin tapi ada jugak part-part yang terasa dan ada betulnya. hahaha. bab-bab anak 2 aku tak pasti la sebab aku belum ada anak. :P

hakikatnya, lelaki dan perempuan macam 2 la. lelaki dalam percakapan atau perbuatan memang lurus je takdenya nak bengkang bengkong, cakap kias-kias ala-ala malu kucing macam perempuan. kita ni mungkin tak sedar kadang-kadang ada perbuatan atau percakapan halus kita yang dengan niat nak suruh lelaki paham tapi hakikatnya memang diaorang takan paham-paham. then diaorang buat dek je sebab dorang lebih suka pikir pasal ekonomi ke, rumah ke, kereta ke daripada susah payah nak paham hati kita yang berbelit-belit ni.

moralnya, nak apa-apa cakap terus je. tak suka cakap tak suka, suka cakap suka, nak barang tu cakap je nak barang 2. nak handbag mahal cakap je. senang. haha. hakikat yang memang tak boleh nak ubah. kan. :)

Wednesday, February 9, 2011

[ outdoor photoshoot : taman seribu bunga, melaka ]

dalam kepala macam-macam nak kongsi. bilik pengantin, hantaran, official photographer (OP), majlis bertandang. macam-macam la. tapi tetiba rasa macam malas nak mengarang. haha. penat sangat kot. ok. nak letak satu gambar outdoor di taman seribu bunga, melaka. tak boleh banyak-banyak. :P



suweettt kan kami ? hahaha. aku memang tak ada banyak gambar. album ofkos la belum siapkan. cuma cd dari dua-dua OP kami tak dapat lagi. malas nak minta. malas nak follow up. semua malaskan. haha. :P



ok la. bai.


Tuesday, February 8, 2011

[ ryo zan tei japanese restaurant, bukit tinggi, pahang ]


sejak open blog pada google search memang penuh je traffic feed. semua search baju pengantin melaka, pelamin moden melaka. hehe. lepas kawin baru rasa terbuka nak jadikan blog ni sebagai sumber kewangan secara tidak semulajadi. yela lepas bayar duit berukband pun ok la. ni pun ncik M yang suruh sebab hampir hari-hari kami dok belek blog masing-masing. dulu setakat gatal-gatal je letak nuffnang. sekarang mau blogging, klik-klik dan hujung tahun harap tabung nuffnang penuh. mm kena tambah kawan lagi. ngee. :P

ok. sebelum ni aku ada update pasal honeymoon kami di colmar tropicale bukit tinggi dan mahu berkongsi satu restoran jepun di atas bukit. best tempat 2 sebab sejukkkk je dan makanan pun sedap. :)


ryo zan tei japanese restaurant. :)

california roll. sedap tapi still tak leh lawan california roll teppanyaki. :P

tori teriyaki set. sup sedappp.

unagi set. ncik M punya. unagi 2 belut. euwww. tak makan.

hot green tea. feberet sekarang. less sugar. sekarang bancuh teh biasa pun tawar je. haha.

dan last sekali. dessert. rasa macam aiskrim kacang. memang nikmat.


duduk luar pun besh. leh tengok pemandangan hutan dan menikmati udara sejuk. eleh nak tunjuk sangat la luar 2, nak tunjuk wajah kesayangan hamba sebenarnya. :P :P

tempat ni besh. kalau datang colmar bukit tinggi boleh singgah sini tapi kena daki bukit 15 minit dulu ye err ke lebih. :P


** gambar honeymoon pinjam kamera adik ipar. kesian kan. :(

Friday, February 4, 2011

[ cuti tahun baru cina, ikea & tudung ala hana tajima ]

cuti tahun baru cina yang seronok plus bosan. haha. seronok sebab parking kereta bawah rumah ni lengang, jalan lengang, dapat lepak lama dengan ncik M. bosan sebab semalam je aku keluar jenjalan. hari ni ncik M kena kerja jadi aku kena duduk rumah diam-diam. 2pun nasib baik setengah hari je. sedang menunggu ncik M balik kerja la ni.:P

semalam kami ke ikea. sebab mau beli set sofa. selama aku duduk 9bulan sorang-sorang memang rumah aku takde sofa. ruang tamu aku cuma ada kabinet tv, set home teater dan ofcos la tv kan. meja makan pun cuma untuk berdua. jadi kehadiran ncik M dalam hidup aku cecewah err dalam rumah ni adalah untuk memenuhkan perabot rumah aku yang takde. lagipun sebelum kawin aku tak pandai nak pilih perabot, nak susun atur semua. aku tak berapa kreatif. setakat bagi sikit idea boleh la. err hakikat sebenarnya sebelum kawin aku takde duit. ngee. :P

sebelum ni ada juga cari perabot sekitar putrajaya, bangi, serdang tapi ncik M berkenan yang sofa ikea juga. berapa kali pergi ikea semata-mata nak cuci mata je. lepas kerja pun jadi. haha. meja makan kami beli di serdang.

perjalanan ke ikea memang jalan lengang giler, macam tak percaya. masuk parking pun banyak giler kosong. ingatkan memang tak ramai orang tapi jangkaan kami meleset sama sekali. lepas je jam1 ramai giler umat. nyesal tak makan dulu. terpaksa beratur panjang nak makan meatballs. -.-
'



phewitt ! masa ni kami duduk atas sofa merah. tak nampak sofa pun nampak kita orang je. hihihi. tapi bukan merah yang kami pilih. ikutkan aku memang nak merah, dalam vision board aku pun letak sofa merah tapi sebab kalau aku pilih merah nanti lari tema. jadi lupakan la dulu. atleast kami boleh beli fabrik merah je nanti. tukar je bila-bila suka.

giler pucat muka. comot pulak 2. alangkah best kalau hari-hari muka aku macam pengantin, berseri sikit. huhu. pertama kali aku keluar pakai tudung ala hana tajima. best sebab mudah dan boleh pakai apa-apa shawl yang ada. tak perlu beli baru. aku bukan rajin sangat beli tudung baru ni. ncik M cakap aku comel tapi tak sesuai sebab tak macam mak budak pun. dia cakap aku dah kawin jadi kena kelihatan seperti orang dah kawin. err baik. dia cakap je tu tapi bila aku minta pakai dia bagi je. pasni boleh baiki lagi cara pemakaian. ngee.

esok nak balik kampung. mm esok baru kami dapat balik kampung. 2pun selepas lori ikea sampai. yeah! tak sabarnya tunggu esok. dapat sofa baru, balik kampung. :D

Wednesday, February 2, 2011

[ baju pengantin melaka : ungu belacan dan merah cili ]


hari ni 2 februari. maknanya dah lebih sebulan aku kawin. fuhhh sekejapan je kan. siyes, siapa yang baca ni kalau belum kawin cecepat la kawin. best. hahaha. dah. dah. hari ni nak update gambar baju malam berinai dan majlis persandingan. baju dari butik mak andam kedua. sebenar-benarnya kedua-dua baju ni la yang aku secara tidak sengaja terberkenan. hihihi.

menyelit sekejap. makeup kedua dari kak salima untuk malam berinai. kulit aku bukan licin mulus pun harap make up je. aku suka make up malam rasa macam taknak cuci muka. haha. :P

selalunya di melaka kalau malam berinai pengantin akan pilih baju songket. songket kuning la paling glamer. yela, bak kata orang bukan selalu dapat pakai songket. takde maknanya hari lain saja-saja nak pakai songket. tapi aku degil. tetap bulat dengan keputusan tak nak pakai songket walaupun mak dah suruh. sebabnyaaa aku berkenan kat baju ni. aku suka warna dan design dia. warna ungu belacan dengan design moden. dan sekurang-kurangnya serasi dengan pelamin. alasaann. haha. memang melaka lupa diri betul aku ni. biar la. ncik M pun suka. aku lagi lagiii la suka. ngee. :P

sori la aku takde gambar berdiri. ni pun gambar dari kawan-kawan.

tang kain paling aku suka. bab kain meleret-leret memang aku kemain suka. hampir semua baju aku ada ekor kain yang meleret. weeee.

ok. sila beri laluan untuk gambar kami posing di singgahsana kami. hehe.


kemudian baju sanding pulak. weee.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ini la baju sanding aku. merah cili !! tak nak merah bata ke, merah pulasan ke, merah hati ke. penat tau cari baju kebaya merah cili. susah sangat. seingat aku sebulan sebelum majlis baru jumpa. kira memang rezeki aku la. kalau tidak hampir-hampir pakai baju sanding warna PUTIH tau. hahaha.

menurut daripada mak andam butik pengantin 2, aku adalah orang kedua yang pakai baju merah ni. tapi baju ni bukan baju baru. dia beria-beria tunjuk baju merah hitam la, merah putih la. aku cakap akak keluarkan la baju yang SEMUA MERAH. haha. giler betul aku ni. masa kak salima solek pun dia pesan pakai tudung putih je la buat kontra tapi aku guling-guling taknak. hahaha. tipu kat situ. aku cakap memang aku nak pakai semua merah. taknak warna lain. memang dorang pening kepala dengan aku. ada juga orang giler merah macam ni. :P

sebab kak salima takde upload gambar makeup sanding. ni je gambar yang nampak sikit muka aku. melihat pada gambar ni, aku rasa macam muka aku kena cucuk botox pun ada. haha. pelik dengan muka sendiri. :P

kalau dari kamera biasa nampak baju aku bling bling. kalau real memang bling bling pun. bagi aku, tak kisah la simple je pun. design kebaya je pun. yang penting MERAH ! hahaha.

sila layan 2 keping gambar ni.

baju ncik M pun merah cili. aku sukeeeeeeee. rasa mcam nak gigit-gigit je baju ni tau sebab merah betul. ngeee.


sekeping dari OP, gambalawa.com.

walaupun kes aku ni sudah melibatkan 3 pihak yang berlainan. yela, makeup orang lain. pelamin orang lain, baju orang lain dan harga lebih dari harga pakej tapi aku sangat-sangat puas hati. kadang-kadang orang cakap berpegang pada prinsip 'just follow the flow' mungkin tak mendatangkan kebaikan dan lebih banyak keburukan. tidak mengikut pada benda yang di rancang sebetulnya.

mungkin kes aku ni, kira bernasib baik. apa-apa pun yang penting ikut kata hati bukan kata orang lain. siyes, walau kita tanya pendapat ramai kita boleh imbal balik jela tapi bukan keputusan. keputusan tetap hati kita.


credit baju berinai & sanding : butik sayang creation, melaka (sama blok bangunan dengan king's hotel)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...