bercinta sebenarnya nak upload gambar ni tapi kena rajin nanti dah basi. gambar pun tak banyak tak clear pulak 2. hahaha. gasak je la eh. hehe.
isnin baru ni aku dan ncik M ajak kak chik dan suami berbuka puasa sama disini. patutnya hari jumaat lepas tapi terpaksa ditunda sebab PIL ajak berbuka di rumah dorang. cecepat book untuk isnin pulak, sesaja berbuka sama seronok ramai-ramai. aku dapat balik kampung pun minggu depan jadi tak sempat nak berbuka dengan dorang, dorang dah balik berbuka di kampung. huuu.
meja kami betul-betul hujung sekali. view paling cantik.
aku dan ncik M paling awal sampai. heee.
fokus pada putri mia elysha. hehe.
fokus pada putri marissa. :D
buffet ramadhan 2011
harga : rm35 dewasa, rm15 kanak-kanak
makanan hari itu : nasi campur dengan lauk (rendang ayam, sotong masak kicap, daging hitam, kerang rebus, pajeri terung, ikan asam pedas, sambal udang petai, ayam masak lemak cili api dan macam-macam lagi), lemang, pelbagai kuih lebih 20 jenis, lamb grill, nugget, french fries, laksa, mee goreng, mee sup, abc dan pelbagai jenis minuman.
komen : sedap. lamb grill dia sedap! hehe. harga berpatutan dengan pelbagai jenis makanan. aku memang makan banyak giler, rasanya semua aku try. hehe. tipu. dekat je dengan rumah. area putrajaya ni takde kot buffet murah macam ni. surau yang selesa disediakan. disebabkan aku pergi hari biasa jadi memang tak ramai orang. makanan memang tak luak. sorry takde gambar makanan, blogger yang masih malu-malu hahaha. so, fully recommended. :D
tempahan : 019.2140041 / 013.6067710
terlanjur 2 ni gambar tahun lepas. gambar masa berbuka dengan family mertua di picc.
satu je pun. kan seronok update belog kalau gambar cantik macamni. hehe. harga tahun lepas rm55 seorang dewasa. tahun ni pun masih ada. bagi aku tak berbaloi kot. makanan boleh la cuma orang ramai jadi makanan macam tak cukup. harga mahal mungkin untuk bayar sewa tempat sekali. hehe. berbuka secara buffet ni boleh la sesekali, bukan nak makan banyak pun kan. mahal-mahal tolak tepi. lain la ada orang nak belanja. tak payah keluar duit, nganga mulut je. :D