Friday, March 5, 2010

[ the 1st step ]

[tarikh : 4 mac 2010@ khamis]
[masa : 9.00 malam]
[tempat : rumah ncik M d subang jaya]

ncik M beria mengajak aku makam malam rumah dia. katanye mama dia teringin sangat nak jumpa aku. selepas aku mendapat green light dengan mak baru aku bersetuju dengan permintaan dia. dengan memakai baju kurung kotak warne biru merah aku ikut ncik M ke rumah dia. siap pakai baju kurung 2. nampak sweet la kononnye. haha. membawa buah tangan buah mangga atas nasihat cik tuan masittah. sentiasa ingat pesan sitah sebagai orang berpengalaman supaya pandai-pandai membawa diri ke rumah bakal mertua. ahaks. aku memang pandai membawa diri. terus ke dapur. berbual2 dengan bakal mak mertua. menolong mengangkat ape yang patut. xkan nak datang makan buta je kan. mencedok nasi tanpa d suruh. menambah lauk. menambah air. makan dengan sungguh-sungguh. mama ncik M kenalkan dengan semua ahli keluarga ncik M, cuma adik perempuan dia je xde sebab ade kelas malam. asik bergelak je dengan cerita tentang adik bongsu ncik M yang baru dapat lesen dan accident d carpark sunway pyramid. cerita accident keta sendiri yang memalukan aku ceritakan juga. abis berterabur gelak semua orang. selamba je aku memalukan diri sendiri. haha. aku adalah orang terakhir yang selesai makan. ini bukan sebab aku makan dengan lemah lembut ok tapi aku makan dengan banyaknye. haha.

dah makan 2 xkan xreti2 basuh cawan pinggan kan. makan dengan family sendiri pun selalunye aku juga yang basuh. cuma bezanye selalu cawan pinggan lebih 10orang tapi ni 6orang saja. lepas 2 ape la aku nak buatkan? fuhh. cepat la malam. haha. berada ruang tamu sambil berbual tentang cite hantu d tv, makan buah, minum teh. feberet bakal pak mertua cite hantu ni. aku pulak pantang tengok cite hantu ni jadi tertengok pulak. 'abang, kalau su mengigau malam2 telefon abang jangan la marah ye'. huhu.


terharu aku d buat dengan semua yang mama ncik M sedia kan. aku kan tetamu yang d nanti2 mama dia. sila la perasan. haha. jam1030 ncik M hantar aku pulang dengan hati girang. fuhh. lega. selesai langkah pertama.

:: hari khamis pun jadi kan ::

Sunday, February 28, 2010

[ wiken ku ]

aku ni nak kata angau, rasenye x tapi xtahu la macam ane aku leh buat silap. 9pagi boleh jadi 9malam. mati2 aku ingat 9malam. aku rase aku xsilap, cuma kak rekha 2je yang silap beri maklumat. huhu. kesian aku. xpasal2 xdapat g kenduri kawin lin. dengan budak2 ni aku heret sekali. kira nasib baik la kat azza ngan ayu sebab selepas dengan susah payahnye kejar bas dapat juga pergi kedah. sori la geng. memang salah aku. huhu.

thanks 2 abang sebab sudi isi masa su yang patutnye jauh jenjalan ke kedah. 'plan' kita punya la postpone kononnye su nak g kedah. sedangkan 3ari cuti tercongok je kat umah. dahla pemanasan bumi yang lebih hangat daripada biasa ni. fuhh lepas mandi pun berpeluh balik. ni dah malam2 pun rasenye macam nak p mandi balik je.


:: masa e2 sekarang sangat berharga ::

Wednesday, February 17, 2010

[ maaf & terima kasih ]

aku minta maaf pada kawan-kawan semua kalau ada salah silap sepanjang korang mengenali blog aku. ianya sukar tapi aku terpaksa. aku terpaksa stop berblogging. makhluk Tuhan 2 masih menganggu hidup aku. sukar untuk aku terangkan kat cni. dia bukan sahaja mengganggu hidup aku tapi juga ncik M. ncik M minta aku stop berblogging untuk memastikan dia xleh hidu langsung hidup aku sekarang. mencegah lebih baik walaupun mungkin dia dah xjumpa blog aku. ia demi menjaga hubungan aku dengan ncik M. aku bersyukur walaupun hubungan kami di uji dengan hasutan buruk makhluk Tuhan tapi ncik M masih dengan aku. kepercayaan dia pada aku, aku hargai tak terhingga. sedih kalau ingat2. mungkin ia hanya sedikit dugaan dari Tuhan. kami sebagai hambaNya yang lemah jangan cepat putus asa & jangan sesekali lupakan DIA.

aku akan berblogging secara private sekadar untuk bacaan aku sahaja. mungkin 1hari nanti hati aku akan terbuka untuk berblogging secara terbuka. aku akan tetap jadi pemerhati blog korang & harap2 korang masih teruskan berblogging la ye.

doakan hubungan aku dengan ncik M berbahagia hingga ke akhir hayat. amin.


:: ....... ::

Friday, February 12, 2010

[ kampung! tunggu saya ]

perasaan aku sekarang sedang sangat excited menunggu petang ni. nak balik kampung. hip hip horey! last aku balik kampung bulan12 ari 2. selalunya tiap bulan aku balik kampung. kampung dekat la katakan. mak pun dah berbunyi 'nak balik bila?' 'kuya asik bertarikh je mak' kata aku dalam hati. hahaha. cuti 4hari akan aku hargai dengan sebaik-baiknya. dah macam2 plan dalam kepala ni. tambah plan kak chik lagi. insyaAllah, semua adik-beradik ade. xkira macamane sekali pun semua mesti ade. balik kampung petang ni pun aku berteman. bukan ncik M ok. hehe. tapi adik perempuan aku yang d terengganu 2. aku jemput dia d hentian kajang malam tadi. ncik M temankan. adik perempuan aku ni adalah orang pertama yang jumpa dia. tiba-tiba macam blur nak kenalkan ncik M pada adik, 'noni, ni abang faisal'. hahaha. kelakar betul. belum jumpa adik beradik lain lagi ni. hehe. 4hari juga la aku xkan jumpa ncik M. eleh baru 4hari. 2pun nak kecoh. hehe. dia siap pesan, 'ingat abang kat sini'. mesti dia akan rindukan aku. hahaha giler perasan. :P

sejak akhir2 ni aku rasa macam hari2 aku sibuk. jarang nak lekat rumah. sibuk sangat ke aku ni? sedangkan sibuk 'bertarikh' je pun. hehe. 2pun kejap2 aku curi juga masa nak temankan lin edar kad kawin dia. kesian dia. kadang2 tinggal sorang2 la dia lebih2 lagi osmet sorang lagi memang sibuk keluar dengan bakal tunang dia. aku ni. almaklum la, sejak dengan ncik M hidup single aku dah berubah. pernah aku katakan pada dia, 'su dulu tunggu setahun nak tunggu abang ajak su keluar tapi sekarang? hari2 ajak jumpa.' dia sekadar gelak dengan penyataan aku 2. memang hakikatnya macam 2. walaupun dia kerja, makan tengahari minta d temankan. lepas kerja minta d temankan makan malam pulak. hingga arini hampir hari2 aku jumpa dia. dasat kan?hahaha. yela 15minit je antara cyberjaya-putrajaya. alhamdulillah, syukur pada Tuhan. Dia permudahkan perjalanan kami. Dia pertemukan kami yang dekat. aku akui, dugaan pasangan kekasih berjauhan lebih besar dari yang dekat ni. cinta pertama aku dulu pun putus tengah jalan sebab kami berjauhan. ape2 pun atas diri masing2, lagi pun mungkin masa 2 aku muda lagi. asik nak memberontak je, sensitip memang xhingat la, ego tinggi menggunung. huhu. dah2 xmoh kenang dah kisah lama. lama dah tutup buku. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami seterusnya. amin.

mulai saat ni aku mengira detik nak balik kampung. sangat besh perasaan ini!. doakan aku selamat dalam perjalanan. doa pada kawan2 juga yang cuti panjang balik kampung. jaga diri semua. ^_^



:: baru dapat beg beli online. comel. ::

Tuesday, February 9, 2010

[ ape perasaan anda? ]


ape perasaan anda,
bila si dia menyatakan yang dia xpernah mengenali hati seorang perempuan?

ape perasaan anda,
bila si dia menyatakan yang dia xpernah kenal erti cinta?

ape perasaan anda,
bila si dia menyatakan yang anda adalah perempuan pertama yang dia kenal dan dia cinta sepanjang usia dia 27tahun?

ape perasaan anda,
bila si dia menyatakan yang seumur hidup dia xpernah sayang siapa2 macam dia sayang anda?

ape perasaan anda???


terus terang. ia bukan sesuatu perasaan yang mudah bagi aku. sukar untuk d luah dengan kata-kata.


:: belajar untuk mengerti. belajar untuk memahami. ::

Monday, February 8, 2010

[ jom! jangan lupe ye ]


tanpa aku tahu bila tarikhnya. aku dah cakap awal2 dengan ncik M supaya temankan aku untuk shopink baju batik d tempat biasa. dia terpaksa akur dengan temujanji e2. kejam kan aku?hehe. teringat nak gugel tadi. nasib baik xterlepas tarikh. fuhh! tiap2 tahun xpenah miss. jualan kraftangan sempena hari kraf kebangsaan mulai 24 Februari sehingga 8 Mac 2010 d kompleks kraf d jalan conlay, kuala lumpur. berdekatan klcc je. besh betul cuci2 mata tengok kain batik kat cni. yela nak aku cuci mata dekat kelantan@ terengganu bila tahun la aku nak g kan. huhu. baju2 batik aku memang beli kat cni je. kalau ofismate aku bawak dari kelantan@ terengganu jual dengan harga rm200-300. pk 2@ 3x dulu la nak beli. huhu. kalau hari kraf ni, aku dapat pilih yang cantik2 dengan harga betul2 murah. macam tahun lepas, time 2 aku g dengan kak chik. dia sedang mengandung masa 2. dia beli baju batik kain crepe dengan harga rm130. kain yang sama ofismate aku jual dengan harga rm250. benda cantik dapat murah dari selalu, seronok kan?hehe. promosi kerja kahwin pun ade pada tempat yang sama cuma bulan jun nanti. kot2 nak cuci mata ke kan. gatal ke ape ni?hehe.

bila aku buat entry ni secara automatik mengingatkan aku dan ape salahnye kongsi dengan kawan2 yang mungkin berminat. ayuh menghabiskan duit. ngeh2. :P

*tertakluk kepada perubahan ye. ^_^



:: sedang pk nak cari kaler ape plak. mm. ::

Saturday, February 6, 2010

[ suka kotak off ]


apekenda nye ni? berkotak2. hitam. kelabu. putih. ape maksudnye? adakah ade kena mengena dengan keja baru aku ke? nampak macam memeningkan je. sebenarnye ni jadual shif ncik M. hehe. dia bagi. pasni xde aku nak tengok kalendar ari2 semata2 nak tengok waktu cuti dia. :P


:: aku takut duk sorang2. macam ekk nanti. huhu. ::

Tuesday, February 2, 2010

[ beli - duit = perlu jimat ]


salah satu parcel yang aku tunggu2 akhirnya sampai arini. sebut pasal parcel teringat plak staf jepun dhl cyberjaya, ahaks. ade patut sama kan sayang sorang 2 dengan parcel. ngeh2. beria menunggu sedangkan baju je pun. perempuan ni. huhu. sejak akhir2 ni aku kerap beli baju secara online. semua main online je sekarang. nak kata aku xkeluar ke mane untuk bershopink, xjugak tapi aku berkenan dengan baju2 kat dalam blog dan dengan pantasnye terus beli. sesekali je kalau aku betul2 berkenan. jangan jadi habit sudah. aku kira bertuah nak beli baju online tanpa perlu cuba pakai sebab kelebihan aku kalau setakat free size memang aku akan muat. bertuah ke?hehe. kalau x pilih je saiz S. bila dapat je alhamdulillah sedang2 elok je pakai. ^_^

asik nak abiskan duit je kan. sekarang aku ada azam baru. nak mula berjimat & menyimpan. nak kawin la katakan. hahaha. sapa xnak kawin. kalau xkawin pun kena menyimpan gak kan. huhu. aku kena belajar menguruskan kewangan secara teratur. nak belajar dengan ncik M. lelaki ni pandai ckit menguruskan kewangan. selalunya aku menyimpan kalau setakat ada je. paling kurang aku penuhkan tabung syiling aku. aku xpernah berdisplin dalam menyimpan. aku betul2 tekad ni dengan azam aku. sila beri sokongan semua. go go chaiyok!


:: tabung syiling aku hampir penuh. malas plak nak p kira. ::

Monday, February 1, 2010

[ february 1st is holiday ]

perasaan indah tak terkata bila ari isnin masih ari cuti. alangkah bestnye isnin 2 masih wiken. tapi hakikatnye tidak. huhu. aku xnak duk rumah. aku nak ikut marissa jenjalan kat ikea. dah lame rasenya aku xcuci mata kat ikea. cuci mata jela marissa oii. nak beli pun mak uteh bukannye ade rumah sendiri pun. atleast, it's law of attraction. cuci mata tengok perabot merah. manyak ong maa! hehe. :P


aku ni gatal nak ikut jenjalan sedangkan aku rasa mengantuk tahap dewa. malam tadi tido lambat. ape la aku ni. semangat isnin cuti lagi la katakan. huhu. sambil2 2 aku servey set bilik tido untuk ncik M. dia nak set putih untuk bilik d rumah baru keluarga dia. dia berkenan dengan tema putih. bagi aku kat ikea ni mahal sangat. benda simple2 ok la@ barang2 yang ikea offer harga murah. kalau untuk perabot, borong untuk satu rumah rasenye baru berbaloi la asalkan ada duit. banyak kedai perabot lain yang lebih kurang sama kualitinye tapi boleh menjimatkan duit. kalau la aku banyak duit memang aku main tunjuk je barang kat ikea ni tandanya nak. boleh x?? huhu.

psstt : mimie, akhirnye kak chik su beli jugak lampu macam awk. berbaloi-baloi. hehe.


:: kalau tidak wiken aku d pulau krabi, thai tapi terpaksa cancel. ::

Sunday, January 31, 2010

[ zul & kt ]

tahniah buat zul & kt. akhirnya mereka bersatu jua.
majlis perkahwinan yang sangat cantik. ^_^


:: teringin nak posting macam mereka. kumpul duit bebanyak. ::


[ langsai sudah kepinginnya ]

akhirnya. dapat juga lunaskan keinginan melampau terhadap kek chocolate indulgence original made by secret recipe. kena tunggu ari betul2 bertenang baru boleh menikmati dengan sepenuh jiwa. hehe. terima kasih tak terhingga buat ncik M tersayang kerana sudi memenuhi 'kepingin' aku ni. kek ulang tahun ke ni sayang? hehe. sanggup ambik cuti sehari semata2 nak temankan makan. terharu d watnye. huhu. almaklum la, aku cuti 3ari. ari2 2 juga dia keja.

makan comot. :P

kali ni memang aku terer menangkap pic. ngam2 masuk frame la. hehe. tangkap pic candid dia. xmoh kacau dia makan. berselera sungguh la katanya. dia je makan sebab dia sedang diet. hahaha. aku nak makan kek je. 2 tujuan utama. sedangkan aku selamba je suruh dia suap. pandai betul dia menyuap sampai jatuh2 la sudu. hahaha. xpe2. waiter kat c2 sangat peka kalau sudu jatuh, dengan pantas terus datang gantikan sudu baru. hehe. :P

aku dengan muka girang kononnye sebab baru dapat makan kek. berbual sakan sampai waiter datang bawak kan bil. haha. niat halau dengan cara terhormat 2. rupa2nya kami adalah pelanggan terakhir. kedai mau tutup la. hehe. ncik M cakap boleh datang cni lagi. ^_^

:: ncik M sedang gigih kumpul pamphlet rumah. ::

Friday, January 29, 2010

[ serupa ke? ]

tasbih cinta. sinetron yang sedang rancak d mainkan d tv3. aku xpenah tengok pun cite ni. yela main pun waktu kerja bila masanye aku nak lari p tengok kan. sebenarnye sorang kawan aku ni cikgu. dia memang ada masa untuk tengok cite ni. dia cukup beria2 bagi tahu aku yang heroin cite ni serupa dengan aku. dia cakap cuma pelakon ni xde tahi lalat je. setiap kali cite 2 main kat tv, time2 juga dia msg aku. macam aku boleh tengok je. dah bape orang cakap rupa aku macam pelakon indon. pelakon indon xpe. xmoh maid indon. hahaha. sungguh perasan. :P


serupa ke? hahaha.
tang mane pun aku xtahu.

dah xde keja ke aku ni?! :P



:: mak mesti tengok. rindu dia. ::

Thursday, January 28, 2010

[ marissa & facebook ]

kak chik dah bape kali asik tanya bila nak jumpa marissa. aku tahu dia rindu nak bergosip dengan aku. aku pula memang rindu kat marissa. lebih2 lagi bila kak chik cakap marissa dah pandai merangkak. cepatnye dia besar.

kalau dah lepak umah kak chik. aku sedia tahu. memang dia akan minta lappy nak berfacebooking. aku jangan mimp
i la nak dapat pegang lappy. keja aku layan marissa. kata dia, 'aku dah hari2 buka facebook.' baik. mama leka kejap, laju je tangan marissa. abis d pukul2nye lappy mak uteh dengan tangan dia yang mulus 2. marissa pun nak berfacebooking ye. semakin pandai buat ekspresi muka. budak2 sekarang memang cepat bijak. eeee geram mak uteh dengan marissa tau. nasib baik comel macam mak uteh. ngeh2.


**gambar kurang kualiti. henpon cap ayam
.

:: setiap kali dengan ncik M mesti kak chik cal. kebetulan. ::

Wednesday, January 27, 2010

[ kad ulang tahun si comot ]

kad ulang tahun si comot merah yang ke2 tahun. bayar online semalam. arini dapat. kad ni mahal aku belikan untuk dia bila dah plus insuran la. harganya yang boleh beli handbag dengan kasut branded untuk aku. huhu. nak xnak memang kena rela. kalau xbeli nanti xpasal2 aku xleh bawak si comot jenjalan lagi. so, si comot merah. dengar la kata hati tuan mu ini.

jangan banyak ragam. ok!
jaga diri mu dan tuan mu ini elok2. ok!
jangan la nakal2. ngeh2. :P

sayang kamu si comot merah.
muuuaahh !


:: si comot standard je sampai sekarang. ok leh 2. ::

Tuesday, January 26, 2010

[ my bam bam ]


ini adalah abg yang bam bam. kalau mulut penuh dengan makanan pipinye sangat tembam.

hahaha. :P

i really miss him, my bam bam.



*gambar kurang kualiti. henpon cap ayam.

:: masih kempunan kek cekret resepi. huhu. ::

Monday, January 25, 2010

[ y i think about u? ]

dari tadi dok menatap gambar kek chocolate indulgence yang sangat sedap ni. always b my feberet cake made by secret recipe. kecur weeii air liur. dah macam kempunan sangat ni. rasa macam dah lame benar plak xmakan. huhu. makan sorang2 xbesh plak. perlu ajak teman. sape la ekk. mm..


:: tengahari tadi pun xsempat makan. ::

Wednesday, January 20, 2010

[ seronok menari ]

ni la feberet show yang berakhir semalam. orang yang mula2 mempengaruhi aku sehingga setiap hari selasa dari jam 8-11malam aku terpaku depan tv ialah kak chik. sebab aku kerap lepak rumah dia jadi secara langsung aku mula terjebak dengan aktiviti feberet mereka. hampir setiap hari selasa juga la aku akan tido umah dia sampai berjangkit ke hari khamis. dia akan pastikan aku datang umah dia. alasannya, lebih meriah kalau ramai2. ok2 aku terima alasan dia. bak kata abg rafiq pada marissa, 'mama nak bergosip dengan mak uteh'. hehehe. kadang2 2 kerana dah terlanjur mencintai eh eh silap terlanjur g umah dia. aku perangkut sekali bakul baju dengan niat suci nya nak suruh mesin basuh dia je yang basuh. bagus betul adik sorang ni kan? nampak dek marissa buat malu je. hehe. sekurang2nya aku boleh mengurangkan baju pada ampaian umah sewa. xde la berebut2. huhu.

tv show ni pun berakhir dengan pemenang yang sudah aku jangka. melihat mereka ni menari rasa macam patung berputar je. cantik sungguh. memang penari sehati berdansa yang dapat markah 100% pun jauh ketinggalan la. hehe. minggu depan akan mula season baru. patutkah aku meneruskan sokongan? sudah semestinya. hehehe. :P

:: lebih kerap ngadap lappy dari tv. ::

[ just u & i ]

akhirnye ade juga gambar kami b2. hehe. nak minta gambar b2 pun ketaq seluruh badan dulu tau. hahaha. gambar pun xbape center sebab tangan yang biasanye terer bab2 menangkap gambar ni boleh jadi pengkau time2 2 pulak. gambar belah aku lebih. terpaksa crop gambar ni agar dua2 nampak macam xmuat. hehehe. ncik M dengan rambut baru dia. nampak makin tembam. kuikuikui. :P

:: Allah permudahkan la perjalanan kami, amin. ::

Tuesday, January 19, 2010

[ a date with a dentist ]

arini aku cuti. sempena mengenangkan gigi yang sakit. sakit tau. gigi geraham bongsu yang terakhir tumbuh. harap2 la yang terakhir. huhu. sejak semalam lagi. berlapar xmakan nasi sebab nak buka mulut pun xboleh. datang kerja semalam aku gigihkan juga buat kerja. aku tekad mohon cuti sebab kononnye nak berehat kat rumah. datang ofis pun rasa macam nak berguling2 je kat atas lantai. bos pun sampai naik kesian menengok. huhu. semalaman aku mengadu dengan ncik M. kejap elok kejap sakit. dia ajak g jumpa dentist aku xmoh sebab dulu aku pernah jumpa dentist. dia cuma bagi ubat dah pesan gosok gigi sambil tolak gusi 2. kononnye senang ckit gigi 2 nak keluar. xde la sakit2. aku cuma bergurau yang aku nak jumpa doktor kesayangan aku je (ncik M le). kira merangkap dentist la. mesti cepat baik. hehehe.

d hari selasa yang membosankan bagi mereka yang kena bangun pagi sebab nak g kerja. aku pulak rase macam masih d hujung minggu pulak. dah la hujan pagi2. syok woo leh sambung tido. ngeh2. gigi pun menunjukkan berkembangan positif, elok pulak dia duduk diam. compom la leh g bertarikh ni.


ncik M dah lama nak tengok cite avatar. nak abis tayangan dah pun. kebetulan shif kerja nya asik jatuh pada hujung minggu & akhir2 ni dia pun sibuk nak mengecat rumah baru keluarga dia. tayangan 230ptg, sempat makan dulu. aku makan bubur mcD je. orang sakit gigi la katakan. huhu. 2pun makan nasi nye sahaja tau. ayam xboleh nak kunyah. last2 ncik M juga yang tolong abiskan.

cerita ni memang best. science fiction. kira respek la pembuat cerita ni sebab boleh reka satu cerita yang penuh dengan imaginasi yang indah. nama pun fiction kan, banyak benda xboleh d terima akal. tapi selepas d kupas oleh pengkritik tetap iaitu ncik M baru aku boleh nampak apa yang nak d sampai kan d sebalik cerita ni. nak taip ape yang dia cerita 2 pun boleh panjang sampai dua muka nanti. hehe. aku ni jarang tengok cerita berat2 ni. feberet aku cerita cintan cintun yang tangkap leleh & cerita katun yang karakter comel2. sekadar cerita yang boleh ringan2kan kepala.

seronok rasa arini. lupa sekejap yang aku sedang sakit gigi. hehe. aku rasa aku xpernah la cuti d hari bekerja kecuali balik kampung & jenjalan d shopping complex siap boleh tengok wayang lagi. ni kira first time la. aku bukan apa. aku cuma nak rasa macamane perasaan ncik M jenjalan d shopping complex time orang lain sibuk bekerja. seronok sangat. ^_^


::esok kerja. adeh! ::

Sunday, January 17, 2010

[ lahirnya dia sebagai rahmat Tuhan ]

aku, baby comel & kak cda

Justify Full kak cda, my best ofismate ever. dia la orang pertama yang menegur aku bila aku mula2 kerja dulu. orang yang paling rapat, orang yang paling aku percaya. banyak benda aku kongsi dengan dia sejak hampir 4 tahun aku mengenali dia. apa2 pun dia memang la ofismate, kakak, cikgu & sahabat yang paling best. banyak benda aku belajar dari dia.

dia telah selamat melahirkan baby lelaki yang sangat comel khamis lepas. geram aku d buatnya. rambut lebat, hidung mancung, mata sangat galak. ensem kalau besar ni. hehe. ikutkan ini adalah anak ke2 dia tapi Tuhan lebih sayang kan yang sulong. meninggal dalam perut masa usia 5 bulan. dugaan besar la buat kak cda n keluarga. baby ni sangat2 d nantikan kan tau sebab ni kira cucu sulong la buat kedua2 belah keluarga.

aku percaya. walau besar macamane pun dugaan yang Tuhan uji pada kita. ade hikmah d sebalik semua 2. jangan anggap Tuhan 2 xadil sebab kita sebagai hamba nya yang lemah kena redha, berdoa & berusaha untuk baiki kesilapan. aku doakan kak cda & newborn baby nye sihat je. seronoknye dapat pegang & bau baby. ^_^

:: suka anak sulong adalah lelaki. ::

Saturday, January 16, 2010

[ breakfast 4 two ]


pagi sabtu yang indah. dua pinggan nasi lemak. dua cawan milo suam. bual kosong buat peneman. ^_^

:: menu diet ke cik abang oii? ::

Friday, January 15, 2010

[ aku seorang polis ]

tarikh : 14 januari

via : ym

suria (11:33 PM): abg..

malek faisal (11:35 PM): ye syg

malek faisal (11:35 PM): ada ape nak bgth ke tu

suria (11:35 PM): abg betul ke nak jaga su?

malek faisal (11:36 PM): betul la

malek faisal (11:36 PM): abg nak jaga su

malek faisal (11:36 PM): bole?

suria (11:37 PM): xmoh talian hayat ke?

suria (11:37 PM): mm sebab ape abg nak jaga su?

malek faisal (11:39 PM): mm takyah talian hayat

malek faisal (11:40 PM): su rasa

suria (11:41 PM): su rasa?

malek faisal (11:42 PM): su rasa sbb ape

suria (11:42 PM): mane la su tahu

suria (11:42 PM): su bukan nye boleh bace hati abg

malek faisal (11:47 PM): sbb abg sayang su

suria (11:47 PM): orang lain abg xsayang?

malek faisal (11:49 PM): mm tak sama

malek faisal (11:49 PM): bila sayang su

malek faisal (11:49 PM): hidup abg tak sama mcm dulu

suria (11:51 PM): knape xsama?

malek faisal (11:51 PM): su ni

malek faisal (11:51 PM): tanya mcm polis pula


tu dia.. xpasal2 d panggilnya kita polis. sukasuki dia je kan. sejak dia suarakan pada aku samada aku sudi ke tak kononnya langsung tahun ni juga, aku memang senyap jela. baru aku nak memberanikan diri tanya soal2 hati ni. dia dah panggil aku polis. hish2. cik abang oii, cik polis ni juga yang awak sayang tau. huhu. aku perasan lelaki memang macam 2 la. kita punya la luahkan rasa hati, perasaan kita sepanjang-panjangnya. gubah ayat baik punya. rasa macam isi hati ni semua la nak bagi tahu kat dia. tapi dia? tanya 10 patah jawab 1 patah. xde nak kembang2kan isi. markah pun xdapat penuh tau. huhu. niat kita cuma nak paham dia je. kita ni takut perasan sendiri je. nama pun perempuan kan.


:: dia minta cari hari untuk jumpa k.chik & husben jugak marissa. ^_^ ::

Thursday, January 14, 2010

[ sup?? ]

*C : su, ape nama jawatan baru awak?
aku : setiausaha pejabat.
*C : jadi memang jadi setiausaha untuk semua hal la ni ye?
aku : ntahla *C.
*C : kalau yang xde diploma panggil ape?
aku : pembantu setiausaha pejabat.
*C : ooo. ape singkatan jawatan awak? SP? SUP? hahahaha.
aku : hehehe.

aku gelak tapi dalam hati? Tuhan je tahu ape aku rasa. aku xtahu la kalau orang lain terasa ke x kalau berada d tempat aku. aku memang jenis cepat terasa tapi kalau bila ayat ni keluar dari orang yang selalu perli aku. aku memang cukup terasa. aku pun xtahu kenapa. mungkin sebab dia lebih tua dari aku kot dan dia pernah jadi penyelia aku masa aku jadi PA pool dulu. aku sedang belajar untuk pujuk hati dan bersabar. aku terlalu cepat terasa. huhu. :(

:: memang susah nak puaskan hati semua orang. ::

[ berat-makan=kurus? ]

pepagi lagi ncik M dah menimbang berat. mengadu yang berat dia makin bertambah. xkan makin senang hati kot bila dengan aku?. huhu. sungguh perasan. dia sungguh-sungguh nak diet. nak kurangkan makan katanya. cukup ke kurang makan boleh kurangkan berat badan?. aku pun xtahu sebab aku xpernah diet. al maklum la, badan ni makan banyak mane pun macam 2 je. lagi pun aku gastrik, jadi xmoh la sengaja cari bala. paling berat pernah aku capai 50kg. xdapek la nak nolong cik abg oii. tolong beri sokongan boleh la. huhu. berat dia naik mendadak selepas dia balik jepun. 7bulan dia menganggur duk rumah je. kerjanya makan tido. kerja paling seronok 2, mane xnaik berat. xmoh kerja sebab xmoh pakai tie g kerja. iii macam 2 pun ade ke?. nasib pulak sekarang mau kerja. hehe. tetiba teringat dulu pernah dia bagi tahu, takut sampin nak nikah nanti xmuat. hehe. ok2. salah satu perkara yang boleh memotivasikan diri untuk kurus. ape2pun abg tetap comel dalam hati su, cehwaahhh. chaiyok2 ncik M. ^_^


:: sakit belakang datang balik, arghh!!. ::

Wednesday, January 13, 2010

[ angin bawa la daku pergi ]

rasenya macam baru je keluar pekeliling untuk upgrade jawatan N27. borang opsyen pun belum sign lagi tapi bahang nya dah mula terasa. aku rasa macam ramai staf kat bahagian aku ni xtahu pasal naik gred aku ni. malah dengan bos pun aku xcakap ape, aku rase mestila dia dah tahu. dia memang teror bab2 IT ni.

arini. mesyuarat bahagian. mesyuarat bahagian aku ni setiap bulan tapi hanya gred N22 ke atas sahaja yang akan masuk mesyuarat ni. aku telah d kehendaki masuk oleh *O aku. aku ade gak bersuara, yela lum declare secara official nye aku ni bergred N27 jadi malas la nak masuk mesyuarat. aku bukan ape. malas nak tinggalkan meja lelama. bukan nya ade orang akan ganti pun. nanti aku gak susah. orang luar telefon la, orang nak hantar surat la. leceh. mm nak xnak kena gak masuk. sebelum mesyuarat mula lagi *O aku yang selaku setiausaha mesyuarat telah menghebah2kan pada pegawai2 yang ada, aku akan menjadi setiausaha baru. 1je terlintas kat kepala aku ni. dia cakap macam 2 lepas la 1 bala dari tangan dia. aku xkisah. kalau memang dah dalam senarai tugas baru N27 tertulis 'mengambil minit mesyuarat@ menguruskan perjalanan sesebuah mesyuarat' tapi ape kuasa dia untuk menentukan tugas baru aku?. mungkin aku yang salah paham. aku ni kan cepat sangat terasa. cuma aku pikir belum ade ape2 taklimat khas lagi pasal tugas2 baru ni, xperlu la nak beria2 nak bagi aku kerja mengalahkan bos aku sendiri.

tetiba. mula la aku rasa macam nak bercuti lama ckit. jenjalan makan angin. g pantai ke@ air terjun ke@ pulau ke. nak tenang kan hati. bawa diri jauh2. kalau ade peluang aku rase macam nak tukar angin g ofis lain. kadang2 berada d golongan pegawai2 M&N ni membuat semua nya terlalu protokol.

aku rasa penat sangat arini. rasenye bukan sebab penat fizikal tapi penat mental. aku perlukan rehat.


:: selain blog, hanya pada ncik M aku mengadu. ::

Tuesday, January 12, 2010

[ trengkas o trengkas ]

via : sms
lin 2 me
'PA xguna trengkas kena stop 1.4.2010.
setiap 3tahun kena amik exam.
PA ganti akan di bayar elaun jugak.
cuti sakit boleh di tolak elaun PA'

damn!! 85hinggit 2. xpasal2 naik gred tapi gaji statik 2 juga, dah kalau elaun trengkas kena tarik. balik ni kena cari buku nak studi trengkas balik la. rase2nye nota dulu macam duk kat stor umah d kampung. ntah2 dah lunyai nota trengkas 2 kena gigit dengan lipas. huhu. :(

cian kat mokling, tetiba bos dia uji trengkas dia. gabra la awek 2. cacing kerawit yang xcukup umur kuar. nak translate balik pun tunggang langgang. start dari aku keja xde sape minta aku wat trengkas ke, paling koman bos sebut aku terus taip dalam komputer. macamane aku nak polish balik tulisan cacing yang dah 4tahun aku tinggalkan 2. aku akui bos lin memang teruk. lebih2 lagi kalau bahagian dia yang tentukan kelayakan elaun2 seluruh kakitangan awam yang ade kat mesia ni. tetiba teringat kat bos kat dalam bilik 2. 'bos, terima la PA mu ini seadanya, jangan la luluskan penarikan balik elaun trengkas ku itu. kasihani la PA mu yang comel sorang ni. huhu'.

kawan2 ku kalau terbaca entri ku ni sila rahsiakan penyataan d atas dari pengetahuan rakan2 PA yang lain. ia adalah masih rahsia besar terperingkat, fail merah berpalang. huhu.


:: nak cari benda2 yang boleh wat diri UP balik ::

[ kena potong ]

'mm time kasih ye teman abg td..'

malam tadi temankan ncik M potong rambut dia yang dah panjang ala2 hero korea 2, 2 ayat kawan dia yang ajuk. kami g potong kat mamak presint diplomatik. ikutkan aku, aku suka je rambut dia tapi dia cakap dah serabut. potong pun potong la. rambut baru dah macam hero jepun plak. hehe. dia xbagi tangkap gambar rambut baru tapi dia dah janji wiken ni. nak kasi smart lagi. weee. ^_^


:: asik cite pasal kisah kami b2 je kan? ::

Monday, January 11, 2010

[ majlis pertunangan adik ipar ]

tajuk macam pertunangan adik ipar sendiri je. hehe. sebenarnye majlis pertunangan adik ipar lelaki kak chik aku sabtu lepas. aku kena kerah untuk hadir oleh mak ngan kak chik. sorang2 driving g wangsa maju. gigih gak la, nama pun single kan. ahaks. adik ipar kak chik yang sebaya dengan aku. dorang ikat 6bulan jadi lebih kurang bulan6 majlis kawin nye. sori la xde gambar dorang, xberkesempatan. huhu. gambar tukang angkat dulang dengan putri marissa yang sangat comel dah kire cukup la 2. ngeh2.

5 dari 7 hantaran pihak lelaki yang d gubah indah oleh husben kak chik. dia sorang je buat ni. memang bakat terpendam betul. aku mula dah nampak2 sape yang bakal gubah hantaran aku nanti. gatal ke ape ni??. abg rafiq dah bagi green light, bila2 dia on je. siap tanya bila 'ehem2' nye nak datang umah. huhu.

malam 2, osmet aku sorang ni balik2 dating je tetiba tunjuk baju untuk bertunang. dia baru beli. uik, nak bertunang dah?? huhu. lin kawin bulan2, budak sorang ni bertunang gak bulan2. mungkin majlis kawin bulan12. perbualan hanya berkisar mengenai hantaran, tema. bertukar2 pendapat mengenai majlis. mula aku terasa terpencil. huhu. aku nak bawak diri kat mane ni? arrghh!! persekitaran membuat aku terasa sedikit tekanan. xpe2. cool.. relax cik su jangan menyerabutkan minda anda. ^_^ (senyum dalam keterpaksaan)

:: baju putih lagi, xmoh aku. ::

Sunday, January 10, 2010

[ hujan sebagai saksi ]


setiap kali aku jumpa ncik M. masa tu juga mesti sedang hujan. aku harap hujan 2 beri rahmat pada hubungan kami. amin.

semalam. aku merajuk sebab kecik hati dengan dia. dia terlalu sibuk. dia pujuk aku, aku plak xmakan saman. dah kena bebel panjang baru la beralah. 2la perangai teruk aku yang payah nak berubah. kuat merajuk! huhu. sedangkan benda kecik je. aku sedang kuatkan azam nak berubah ni. chaiyok2!! tetiba rase sedih buat dia macam 2. bila aku minta maaf, dia kata xde ape2 la. mm xde perasaan ke mamat sorang ni@ xkisah aku buat macam 2? kag aku buat lagi kag. huhu.

:: aku mimpi dia lagi wat kali ke3. ::

Friday, January 8, 2010

[ aku mimpi lagi ]

malam tadi aku mimpikan ncik M lagi tapi aku xbape ingat. aku cuma ingat ncik M bawak aku jenjalan. xingat ke mana. kali ni sah2 aku mimpikan dia sebab aku terlalu rindukan dia. huhu. xpernah ade lelaki lain yang berjaya masuk dalam mimpi aku. sebelum tido aku cuma solat isyak dan mohon agar Tuhan permudahkan hubungan aku dengan ncik M kalau betul jodoh aku dengan dia. bukan aku buat solat istikharah pun. ade kah ia memberi ape2 tanda? mmm. mainan tido je kot.

:: lelaki dalam gambar ni terlalu ensem la. ::

Thursday, January 7, 2010

[ hati ku sedia kecil ]

ketidakpuashatian mengenai pengupgredan jawatan PA d dalam surat khabar aku cerita kan pada ncik M. dia memang pendengar yang setia & pemberi respon yang baik. minta aku paste kan link pada dia. cuba curi ruang sekejap untuk membaca walaupun sesibuk mane pun dia. memberi pendapat, fakta sepanjang2nya menyokong tindakan pengupgredan. aku xpenah gundah sorang2 sebab aku tahu dia ade. bukankah ianye perasaan yang bahagia untuk aku? ingin aku katakan yang aku memang sangat bahagia. bahagia dia ade d cc aku. aku x sorang2.

cuma kadang2 je dia terlalu sibuk dengan kerja, bisnes dia. aku sangat2 rindu kan dia sebenarnye. agak2 mase aku rindu dia, dia ade mase x nak igat aku?? mmm. ntah2 boleh lupa. memang patut aku terasa. huhu.

:: aku nak tido awal. :( ::

Tuesday, January 5, 2010

[ what shud i say?? ]


tarikh
: 04.01.10
masa : 11.44 pm
via : sms ncik M 2 me


"mm.. kalau tahun ni juga, sudi?"



:: speechless.. ::

Monday, January 4, 2010

[ kaca mata cinta ]

entri sebelum ni menunjukkan aku yang konon nye serba baru termasuk la spek mata. spek mata ni memang sangat2 special. ada sentimental value nye kerana d sebabkan aku mengadu nak beli spek mata baru, ncik M tawarkan nak temankan aku beli dan d sebabkan tu jugak la akhirnya kami bertemu. kami g The Mines je sebab c2 la tempat aku selalu beli contact lens. oleh sebab spek ni xleh siap dalam sehari, aku kena ambik hari lain. ncik M dah offer nak teman kan aku ambik sabtu lepas. d c2 la pertemuan kedua berlaku. aku memang kena cukup berterima kasih la pada spek mata ni sebab mempertemukan kami. hehehe. :P

aku ni nak kata rabun, mmg rabun la. rabun yang merbahaya kalau xpakai spek@ contact lens masa memandu. mak aku kalau tengok aku pakai contact lens depan dia, memang dia cukup pantang. bebel sepanjang2nya, dia cuma risaukan mata aku. yela takut kuman@ aku xpandai jaga mata. dulu, mak aku ada bagi 1 spek mata old scool sebijik macam aku baru beli ni tapi hilang dalam rumah. nak kata orang curi, sape plak nak curi kan. aku pun pelik. 2 yang nak xnak aku memang nak beli baru dan kalau boleh sebijik la. spek mata lama aku dah kurang power, time belajar punye. dah bape kurun dah 2 duduk je dalam keta.


spek mata ni. setelah d senarai pendek oleh aku. murah2 sudah. akhirnya spek mata lee cooper yang comey ni pilih oleh ncik M. dia puji aku nampak cantik dengan spek ni. aku mula la.*blushing**kembang hidung* dengar dia puji. hahaha. walau dia puji macamane sekali pun, aku bukan sentiasa nak pakai spek ni pun. buat syarat je. aku still akan pakai contact lens. depan mak je nanti aku berlakon sebab aku nak jaga hati mak yang ada satu 2 je. ^_^

:: dulu pun dia pakai spek old scool, comel. ::


[ semua baru ]


arini isnin pertama keja d tahun baru 2010. cukup bersemangat memulakan tugas dengan baju baru, tudung baru, spek pun baru tau. semua nya untuk memotivasikan diri untuk lebih gigih bekerja. konon. hehehe. ade cite d sebalik spek baru ni. cite bunga2 punya. next punya entri aku cite. :P

semalam, sedang rancak kami chat d ym tentang topik bilangan anak, cite anak kembar, nama2 anak kembar (makin serius topik2 kami). terdetik untuk aku bertanya mengenai hubungan kami. begitu serius bercerita macam kami nak nikah besok je kan? huhuhu. aku bertanya,'adakah kita sepasangan kekasih?' sebab kami xpenah declare ape2 secara rasmi tapi rase nya soal hati, sayang dah berpuluh kali kami kongsikan. aku bukan ape, aku hanya nak kan kepastian. jawapan ncik M, 'mestila kita pasangan kekasih'. *blushing* 'kita ambik tarikh first kita jumpa 2 sebagai tarikh declare kita'. means, 27 Disember 2009! aku paling suka nombor 2, nombor 7 & nombor 30. sebab no plat keta aku, 2127. birthday aku, 3008. birthday ncik M, 0312. tarikh kenal ncik M, 3012. tarikh kami declare=1st time jumpa, 2712. jadi tarikh kawin kena ade kaitan dengan nombor2 2 juga. ^_^

:: sebut pasal kawin tetiba rase takut. huhu. ::

Sunday, January 3, 2010

[ 1st picture of him ]


ncik malek faisal, satu2nya buah hati pengarang jantung aku. waa jiwangnya. hehe. gambar pertama dia yang aku tangkap dari kamera sony aku (kamera hp xde langsung). mase ni pun dia sedang leka menunggu aku g toilet. tapi dia perasan gak aku tangkap gambar dia. ni kira gambar terbaru la sebab gambar yang aku ada semua jambu2, gambar muda2 dia. ni pun selepas perjumpaan kali kedua. d ulang sekali lagi, perjumpaan kali kedua ok. masa perjumpaan pertama dulu, aku dah keluarkan kamera dah tapi simpan balik sebab lidah aku betul2 kelu nak berkata. rasa malu sangat2. Tuhan je tahu perasaan aku masa 2. bila ingat2 balik macam rugi je. dahla firstime dulu bukan main smart lagi berkemaja kelabu cuma xde tie je. hehe. xpe2 kali ni kemeja korporat maybank warne merah lagi(dia bukan keja maybank pun) aku tengok dia pakai baju merah je, senyum sampai ke telinga. hehe. :P


:: chubby + comel = tetap syg. :P ::

Saturday, January 2, 2010

[ 2.01.2010@10.01 ]


saat itu. buat pertama kalinya dia call aku.
mendengar suara dia d hp buat dada ku berdetar.
tetap indah seperti d depan mata.
cukup bunga2 nya aku rasa. ^_^


:: dia baru beli hp baru, suka betul dia bcerita ::

Thursday, December 31, 2009

[ entri terakhir 2009 ]

beberapa jam je tinggal masa untuk 2009 sebelum melangkah ke tahun baru, 2010. syukur alhamdulillah tak henti2 aku panjat kan pada Allah swt kerana dengan izinNya jua aku masih mampu bernafas d bumiNya yang indah ini. tahun 2009 akan aku tinggalkan dengan penuh kenangan pahit, manis. tahun yang menjadikan aku insan yang lebih baik, lebih bersyukur, lebih matang, lebih menghargai, lebih memahami & tentunya lebih bahagia. menutup tirai 2009 dengan pertemuan dengan satu2 orang paling lama aku admirer, ncik M & keputusan pengupgradedan jawatan yang aku tunggu2. kebahagian tak terhingga yang tak terungkap dengan kata2 biasa. Tuhan masih sayang aku walaupun aku selalu lupakan dia. insyaAllah, dengan hadirnya tahun 2010 ni. aku tekad menjadi insan lebih baik dari semua aspek. aku hanya manusia biasa yang mudah alpa, leka dengan dunia. sekurang2nya aku beri ruang pada diri untuk sentiasa belajar & baiki diri dari pengalaman. pengalaman yang tak ternilai harganya.

selamat tinggal 2009 yang penuh harapan &
selamat datang 2010 yang penuh dengan pelaksanaan. ^_^

:: melangkah ke umur 25 tahun ::

[ aku suka dia ]

kenapa aku suka ncik M? aku suka dia sebab..

  • kalau orang lain baru nak berkenalan. 2, 3 msg dah minta nombor hp. minta email untuk add ym tapi dia tidak. kelainan dia buat aku tertarik. aku ni kalau orang kejar2 aku lagi aku nak lari.

  • dia sangat sopan. bila dia bersms. dia akan guna kata nama saya, dia panggil aku dengan nama suria . setiap kali sms. tulisan penuh. skema. hehe.

  • aku jadi terpikat dengan ayat dia, "Mm, kalau nak ikutkan skarang pun org dah tanya bila nak kahwin. Tp saya lak tak jumpa sape2, asyik keje je. Agaknya saya ni jenis kahwin dulu baru dating ke bermesra ke. Which is bagus la mcm tu, tp tak ikut zaman yg byk terbuka ni..Perkahwinan ni ertinya org tu mencukupkan apa yg kita kurang. Diri kita pun mencukupkan kekurangan dia." ^_^

  • dia memang pendengar & pemerhati yang setia. kalau time aku bercerita, dia biarkan aku je bercerita. cerita yang aku taip la. kami kan hanya d alam maya je.

  • bila dia bercerita plak terutama pasal isu semasa@ buku2 yang dia baca. dia sangat serius. bersama-sama fakta yang panjang berjelar dia cuba juga terangkan pada aku. nampak dia matang dengan usia dia.
  • seorang yang caring. walaupun aku bagi tahu lama dah pasal budak umah kan berpindah untuk berkawin, dia sentiasa igat. selalu bertanyakan perkembangan. risau aku tinggal sorang2 nanti.
  • kami sama2 minat warna merah. banyak barang dia warna merah. termasuk la keta dia.

  • mata dia yang macam mata anak jepun buat hati aku rasa tenang. sejuk je.

  • dia sangat suka kucing, tandanya dia memang penyayang.

  • kampung dia pun sama dengan aku, ape lagi melaka la. senang ckit nak balik raya. hehehe.

  • dia banyak bercerita soal keagaamaan. sekurang2nya aku yakin dia adalah seorang lelaki yang baik. boleh bimbing aku & anak-anak aku ke jalan Allah swt. insyaAllah.
  • dia seorang yang ade visi & misi. dia ade target untuk dia capai dalam 10 ke depan. kerja, bisnes. means, ekonomi dia insyaAllah dah terjamin.

:: orang kalau dah suka, sepanjang2nya nak bagi tahu. ^_^ ::

Wednesday, December 30, 2009

[ kisah unik kami kini setahun ]

bismillah. hari ini adalah genap setahun aku mengenali ncik M. kami bukan 1 ofis, bukan kenalan kawan2. kami berkenalan melalui friendster. 30 disember 2008 adalah hari pertama ncik M bagi msg perkenalan pada aku. masa 2 hati aku dah terusik, boleh tahan gak mamat sorang ni. sedang kan 2 gambar lama dia. biasa la perempuan, dah kenal melalui social network ni tgk muka dulu la. hehe. hakikat ok. macam xboleh percaya kan kenalan macam ni? awal2 perkenalan je kami berhubung hanya melalui msg d friendster. bukan hari2. rindu tau menanti msg dari dia. cewah. :P

pertengahan bulan 1, kami kemudian beralih chat melalui email ofis. boleh bayangkan kami berhubung hanya melalui email ofis sebab dia keja pun xmenentu shift. 2pn jarang juga la sebab bila dia shift dia 4hari keja, 4hari cuti. bayangkan la klau dia keja 2hari pada hujung minggu, maknanya 2hari jela hari keja aku. 2jela masa kami nak tanya diri masing2 sihat ke x, keja ok ke x, wat ape hari2. komitmen keja dia lebih lagi dari aku, jadi dia sangat sibuk masa keja. sehari paling banyak hanya 15 email je dari dia. xcukup tau, rindu lagi. huhu.

bulan 4, bila aku suarakan nak beli laptop, dia ajak sama2 survey. tapi aku betul2 segan nak jumpa dia. aku xtahu kenapa. aku cuma katakan yang aku wat keputusan nak laptop macam dia. rase macam dah berkenan. last2, dia sekadar tolong survey kan je. dia bagi alamat kedai, map semua. aku sekadar g kedai 2 untuk beli. macam pelik kan?hehe.

bulan 6, pada tarikh 17hb dia hantar nombor hp dia melalui msg friendster sebab kami plan nak berjumpa tengahari 2 d alamanda. yela, xkan nak msg2 pakai friendster lg kn. huhu. tapi akhirnye kami xjadi juga berjumpa. dia ade hal masa 2. sejak dari 2 aku pun xsebut2 pasal nak jumpa ke. walaupun tempat kerja dia dekat je, cyberjaya. ke 2 taktik dia nak dapatkan nombor aku? lama betul baru dia minta. hehe. sejak 2 juga kami mula sms tp jarang2. bertambah unik nya kisah kami ni. walaupun dia dah dah ade nombor hp aku, kami hanya berhubung melalui sms. dia xpernah call aku, aku pun xpernah nak call dia. sampai la tarikh aku taip entri ni. aku xnak mulakan dulu. aku nak dia selesa dengan perhubungan kami. aku hanya ikut rentak dia. sejak2 aku ade laptop sendiri jugak la kami kerap berhubung melalui ym. yela dia keja xmenentu shift. jadi klau dia cuti memang dia jarang menghubungi aku. klau dia keja mlm baru dia akan bagi tahu dia online ym. aku memang xpernah minta dia online ym untuk temankan aku.

bulan 7, aku ada mengenali seseorang. itu pun hanya melalui hp. aku seboleh2nya xnak jumpa ncik A ni. aku macam xnak buka hati aku pada siapa2 sebab hati aku pada ncik M. aku hampir2 mengalah. admirer kan ncik M rase mcm xberpenghujung. aku rasa macam buai perasaan sorang2. lara hati xsiapa tahu. huhu. aku berjumpa ncik A pun tanpa dirancang tapi mungkin Tuhan nak tunjuk sesuatu agar aku kuatkan hati aku dengan ncik M. sejak bulan 8 aku dah xberhubung langsung dengan ncik A lagi.

bulan 8, pada tarikh birthday aku. ncik M sekadar wish melalui sms. 2pun dah hampir petang. mula2 2 terasa gak tapi bila pikir2 balik, sekurang2nya dia ingat.

bulan 9, bulan ni kami makin rapat. lebih2 lagi semasa bulan Ramadhan. ncik M makin kerap sms aku. aku just follow the flow. dia mula rancak bertanya kan soalan2 peribadi.

bulan 11, dia maklumkan hampir setengah bulan dia akan ada training tapi masih keja seperti biasa. kira nya training 2 dah curi hari2 cuti dia. masa ni dia suarakan niat dia nak jumpa aku lepas abis training. berbunga2 je rasa tapi jiwa kacau gak sebab dia sangat2 cbuk. rindu lagi. huhu.

aku jenis suka simpan kenangan dengan dia. aku xtahu la aku ni macam orang lain ke x. setiap sms2, email2 & chat ym dengan dia semua aku simpan. aku rasa macam benda tu terlalu berharga untuk aku buang. bayangkan dari hujung tahun 2008 sampai la sekarang. kami berkongsi cerita pasal keja, keluarga, isu semasa, impian, dan macam2 la. ikut hati macam nak copy&paste semua je tapi melampau la plak. hahaha. cuma aku sedih sebab acc friendster d hack oleh makhluk Tuhan 2. banyak kenangan aku dalam 2. first msg dia. huhu. kalau aku rindukan dia, aku akan baca balik semua2 2. kalau dari email ofis, aku siap print ubat rindu kat umah nanti. huhu. bila sekarang kalau aku baca2 balik baru aku perasan walaupun hanya melalui email, dia dah tunjukkan rasa ambik berat dia. ia hanya email. ianya xbersuara, xnampak perbuatan tapi aku yakin dengan hati aku. aku yakin dengan dia. malam tadi dia baru bagi tahu yang sebenarnya dia pun ade buat folder khas email2 aku 2. aku sungguh terharu. huhu.

pada entri 'tumbuh bunga dalam hati', buat kali pertama dia menyatakan perkataan sayang kat aku. rasanya Tuhan je tahu. pada entri '10bulan 22hari', buat pertama kali dia cakap dia rindu kat aku. macam berada d awan-awangan. hehe. bahagia sangat2 aku rasa sebab lama tau aku tunggu. huhu. last but least, entri 'dua puluh tujuh.disember.kosong sembilan' adalah tarikh kami berjumpa wat pertama kalinya. setelah hampir setahun woo. huhu. aku xtahu la, walaupun dari segi fizikal dia bukan la ciri2 lelaki idaman aku tapi aku boleh terima dia seadanya dan aku yakin dia adalah calon pasangan yang terbaik. aku memilih pasangan bukan untuk hidup sehari dua tapi untuk hidup sehingga akhir hayat. dia tetap sempurna pada mata aku. kini, aku cuba memerlihara perhubungan kami. kalau memang dah tertulis jodoh kami bersama aku bersyukur dengan ketentuan Tuhan. doakan aku bahagia ye. amin.


:: panjang plak entri ni kan?mm.. ^_^ ::

Monday, December 28, 2009

[ dia buat aku menangis ]

malam tadi. tepat 11.48mlm. dia hantar 'greeting card' melalui email aku. aku hanya boleh paste kata2 dia. dia betul2 buat aku terharu. terharu kerana kata2 dia. siap ade background music 2. huhu.

You made my world beautiful place to live in
Never knew how it happened or when..
You just came into my life and made it yours!

You only place on the whole wide world
Where I would live to be is... Beside you!

You are in my thoughts,
You are in my dreams..
And you are the reason for every smile I smile.

I love this feeling of love
and I live you for all that you are and all that you do..

I Love U !

Suria..

Terima kasih kerana kenangan hari ini, tak mungkin akan saya lupa sampai bila-bila. Ketika saya menulis ni pun, masih teringat kali pertama pandang Suria depan kedai sushi tadi. :) Rasa mcm masa tak bergerak sekejap. Saya minta maaf kalau ada kata2 saya yg tak berapa lancar, saya pun tak rancang atau sangka akan rasa mcm tu bila pertama kali teman Suria.

Mm.. Suria nampak cantik pakai spek tadi.


27/12/2009
Malek Faisal

:: sayu je tengok dia bila dalam keta nak balik ::

[ dua puluh tujuh.disember.kosong sembilan ]


lokasi : jaya jusco equine park@ depan sushi king
masa : 2.30 ptg


anak mata berlari2 mencari kelibat si dia. tiba2 dua pasang mata bertemu buat pertama kali nya setelah hampir setahun. tika 2 rasa nya jantung aku berdegup lebih laju dari biasa. sesungguhnya saat itu Tuhan beri aku kekuatan. kekuatan untuk merasai betapa indahnya perasaan kala dua hati asing yang memendam rasa dipertemukan. terima kasih Tuhan.


"it is only with the heart that one can see rightly, what is essential is invisible to the eye"


:: dalam dunia ni, apa2 pun xmustahil ::

Saturday, December 26, 2009

[ hati ku tak keruan ]

aku sedang mengira setiap detik & saat tibanya hari esok.
rasa berdebar-debar. takut. speechless.
ape aku nak wat. ape aku nak cakap. ape aku nak pakai. arrghh !
bertenang ye suria. fuh!
doakan semuanya berjalan lancar. amin.


:: dia tenang je. jeles. ::

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...