- persiapan tunang
- kuarters
ok. cukup padat. penat kan? penat tau. :P
ok. cukup padat. penat kan? penat tau. :P
langkah ketiga yang memang mendebarkan. rombongan merisik dari pihak keluarga ncik M seramai 6orang yang terdiri dari mama & ayah dia, mak long dia dari bangi, nenek sedara, pak cik & mak cik sedara ncik M dari melaka. rombongan sampai dengan tiba2 tanpa mama ncik M call aku. xsangka direction yang ncik M bagi cukup senang mereka ikut.
tika 2. aku rase dengupan jantung aku laju je. semua2 la laju. aku punya gabra sampai mase buka tutup tin susu aku punya kelam kabut. xpasal2 luka. darah keluar laju je. huhu. konon excited bebenau nak membancuh air untuk bakal mertua terpaksa d ambil alih oleh kak long. tukang menghidang & muka yang asik menempek kat depan sah2 la aku kan. mengangkat dulang bape kali trip pun aku xkira. almaklum la watak utama ari 2. untuk pengetahuan blog, hahaha. aku buat baju kurung khas untuk majlis merisik ni. aku beli yang ala-ala sweet warnenye, macam anak dara sunti kampung yang sangat lemah lembut. alololoo xboleh blah langsung. :P
sesi berkenalan. perbincangan 2 belah keluarga aku xnak ambik tahu langsung sebenarnye sebab mase 2 Tuhan je tahu ape yang bergelodak dalam hati aku ni. tapi maklong ncik M minta aku tunggu & dengar sekali. kira mak long dia sebagai wakil pihak lelaki. mase mak long dia hulur kotak cincin pada aku, mase 2 perasaan ku. oh speechless! kosong kata-kata. aku ingat lagi ayat mak long ncik M "kalau suria sudi sarung la cincin 2 kat jari" ketar wei seluruh badan. aku cuma menyengih je sambil sarung cincin kat jari macam kerang busuk yang semua orang sedang perati. aduh! perasaan itu. hahaha.
ini la cincin merisik aku. pilihan bakal mak mertua. aku xikut memilih pun, ncik M pun setakat pergi ambik je. cantik sangat bagi aku. :)
alhamdulillah. perjalanan majlis ari 2 berjalan lancar. mereka balik selepas selesai makan. keluarga ncik M bawa sekotak kek keju buatan khas oleh bakal mak mertua. oh sungguh sedap. terharu aku. sehelai kain pasang kaler pink purple. cantik sangat. aku rase2 kain ni jela yang aku buat untuk raye nanti. ahaks. dari belah aku hanya sebakul buah & sebekas isi kek yang bukan aku buat tapi kedai buat. xpandai buat kek la. huhu.
sedikit buah tangan dari belah keluarga aku. abang rafiq, abang iparku yang gubah. simple but just nice. :)


tasbih cinta. sinetron yang sedang rancak d mainkan d tv3. aku xpenah tengok pun cite ni. yela main pun waktu kerja bila masanye aku nak lari p tengok kan. sebenarnye sorang kawan aku ni cikgu. dia memang ada masa untuk tengok cite ni. dia cukup beria2 bagi tahu aku yang heroin cite ni serupa dengan aku. dia cakap cuma pelakon ni xde tahi lalat je. setiap kali cite 2 main kat tv, time2 juga dia msg aku. macam aku boleh tengok je. dah bape orang cakap rupa aku macam pelakon indon. pelakon indon xpe. xmoh maid indon. hahaha. sungguh perasan. :P
dari tadi dok menatap gambar kek chocolate indulgence yang sangat sedap ni. always b my feberet cake made by secret recipe. kecur weeii air liur. dah macam kempunan sangat ni. rasa macam dah lame benar plak xmakan. huhu. makan sorang2 xbesh plak. perlu ajak teman. sape la ekk. mm..
ni la feberet show yang berakhir semalam. orang yang mula2 mempengaruhi aku sehingga setiap hari selasa dari jam 8-11malam aku terpaku depan tv ialah kak chik. sebab aku kerap lepak rumah dia jadi secara langsung aku mula terjebak dengan aktiviti feberet mereka. hampir setiap hari selasa juga la aku akan tido umah dia sampai berjangkit ke hari khamis. dia akan pastikan aku datang umah dia. alasannya, lebih meriah kalau ramai2. ok2 aku terima alasan dia. bak kata abg rafiq pada marissa, 'mama nak bergosip dengan mak uteh'. hehehe. kadang2 2 kerana dah terlanjur mencintai eh eh silap terlanjur g umah dia. aku perangkut sekali bakul baju dengan niat suci nya nak suruh mesin basuh dia je yang basuh. bagus betul adik sorang ni kan? nampak dek marissa buat malu je. hehe. sekurang2nya aku boleh mengurangkan baju pada ampaian umah sewa. xde la berebut2. huhu.
kak cda, my best ofismate ever. dia la orang pertama yang menegur aku bila aku mula2 kerja dulu. orang yang paling rapat, orang yang paling aku percaya. banyak benda aku kongsi dengan dia sejak hampir 4 tahun aku mengenali dia. apa2 pun dia memang la ofismate, kakak, cikgu & sahabat yang paling best. banyak benda aku belajar dari dia.tarikh : 14 januari
via : ym
suria (11:33 PM): abg..
malek faisal (11:35 PM): ye syg
malek faisal (11:35 PM): ada ape nak bgth ke tu
suria (11:35 PM): abg betul ke nak jaga su?
malek faisal (11:36 PM): betul la
malek faisal (11:36 PM): abg nak jaga su
malek faisal (11:36 PM): bole?
suria (11:37 PM): xmoh talian hayat ke?
suria (11:37 PM): mm sebab ape abg nak jaga su?
malek faisal (11:39 PM): mm takyah talian hayat
malek faisal (11:40 PM): su rasa
suria (11:41 PM): su rasa?
malek faisal (11:42 PM): su rasa sbb ape
suria (11:42 PM): mane la su tahu
suria (11:42 PM): su bukan nye boleh bace hati abg
malek faisal (11:47 PM): sbb abg sayang su
suria (11:47 PM): orang lain abg xsayang?
malek faisal (11:49 PM): mm tak sama
malek faisal (11:49 PM): bila sayang su
malek faisal (11:49 PM): hidup abg tak sama mcm dulu
suria (11:51 PM): knape xsama?
malek faisal (11:51 PM): su ni
malek faisal (11:51 PM): tanya mcm polis pula
tu dia.. xpasal2 d panggilnya kita polis. sukasuki dia je kan. sejak dia suarakan pada aku samada aku sudi ke tak kononnya langsung tahun ni juga, aku memang senyap jela. baru aku nak memberanikan diri tanya soal2 hati ni. dia dah panggil aku polis. hish2. cik abang oii, cik polis ni juga yang awak sayang tau. huhu. aku perasan lelaki memang macam 2 la. kita punya la luahkan rasa hati, perasaan kita sepanjang-panjangnya. gubah ayat baik punya. rasa macam isi hati ni semua la nak bagi tahu kat dia. tapi dia? tanya 10 patah jawab 1 patah. xde nak kembang2kan isi. markah pun xdapat penuh tau. huhu. niat kita cuma nak paham dia je. kita ni takut perasan sendiri je. nama pun perempuan kan.
:: dia minta cari hari untuk jumpa k.chik & husben jugak marissa. ^_^ ::
pepagi lagi ncik M dah menimbang berat. mengadu yang berat dia makin bertambah. xkan makin senang hati kot bila dengan aku?. huhu. sungguh perasan. dia sungguh-sungguh nak diet. nak kurangkan makan katanya. cukup ke kurang makan boleh kurangkan berat badan?. aku pun xtahu sebab aku xpernah diet. al maklum la, badan ni makan banyak mane pun macam 2 je. lagi pun aku gastrik, jadi xmoh la sengaja cari bala. paling berat pernah aku capai 50kg. xdapek la nak nolong cik abg oii. tolong beri sokongan boleh la. huhu. berat dia naik mendadak selepas dia balik jepun. 7bulan dia menganggur duk rumah je. kerjanya makan tido. kerja paling seronok 2, mane xnaik berat. xmoh kerja sebab xmoh pakai tie g kerja. iii macam 2 pun ade ke?. nasib pulak sekarang mau kerja. hehe. tetiba teringat dulu pernah dia bagi tahu, takut sampin nak nikah nanti xmuat. hehe. ok2. salah satu perkara yang boleh memotivasikan diri untuk kurus. ape2pun abg tetap comel dalam hati su, cehwaahhh. chaiyok2 ncik M. ^_^
5 dari 7 hantaran pihak lelaki yang d gubah indah oleh husben kak chik. dia sorang je buat ni. memang bakat terpendam betul. aku mula dah nampak2 sape yang bakal gubah hantaran aku nanti. gatal ke ape ni??. abg rafiq dah bagi green light, bila2 dia on je. siap tanya bila 'ehem2' nye nak datang umah. huhu. :: baju putih lagi, xmoh aku. ::
malam tadi aku mimpikan ncik M lagi tapi aku xbape ingat. aku cuma ingat ncik M bawak aku jenjalan. xingat ke mana. kali ni sah2 aku mimpikan dia sebab aku terlalu rindukan dia. huhu. xpernah ade lelaki lain yang berjaya masuk dalam mimpi aku. sebelum tido aku cuma solat isyak dan mohon agar Tuhan permudahkan hubungan aku dengan ncik M kalau betul jodoh aku dengan dia. bukan aku buat solat istikharah pun. ade kah ia memberi ape2 tanda? mmm. mainan tido je kot.