kepenatan. seharian. berjalan. tawaf sogo. tawaf jalan TAR. alhamdulillah. sebahagian dari barang2 hantaran untuk majlis pertunangan kami dapat yang berkenan. kami beli. cuma baju tunang aku je xjumpa2 yang berkenan. 2la sape suh nak beli, sewa kan senang. nak buat memang terang-terangan xsempat.
Tuesday, March 23, 2010
[ shopink tunang ]
kepenatan. seharian. berjalan. tawaf sogo. tawaf jalan TAR. alhamdulillah. sebahagian dari barang2 hantaran untuk majlis pertunangan kami dapat yang berkenan. kami beli. cuma baju tunang aku je xjumpa2 yang berkenan. 2la sape suh nak beli, sewa kan senang. nak buat memang terang-terangan xsempat.
Friday, March 19, 2010
[ the 3rd step ]
[ tempat : kampung baru bukit sedanan, selandar, melaka ]
langkah ketiga yang memang mendebarkan. rombongan merisik dari pihak keluarga ncik M seramai 6orang yang terdiri dari mama & ayah dia, mak long dia dari bangi, nenek sedara, pak cik & mak cik sedara ncik M dari melaka. rombongan sampai dengan tiba2 tanpa mama ncik M call aku. xsangka direction yang ncik M bagi cukup senang mereka ikut.
tika 2. aku rase dengupan jantung aku laju je. semua2 la laju. aku punya gabra sampai mase buka tutup tin susu aku punya kelam kabut. xpasal2 luka. darah keluar laju je. huhu. konon excited bebenau nak membancuh air untuk bakal mertua terpaksa d ambil alih oleh kak long. tukang menghidang & muka yang asik menempek kat depan sah2 la aku kan. mengangkat dulang bape kali trip pun aku xkira. almaklum la watak utama ari 2. untuk pengetahuan blog, hahaha. aku buat baju kurung khas untuk majlis merisik ni. aku beli yang ala-ala sweet warnenye, macam anak dara sunti kampung yang sangat lemah lembut. alololoo xboleh blah langsung. :P
sesi berkenalan. perbincangan 2 belah keluarga aku xnak ambik tahu langsung sebenarnye sebab mase 2 Tuhan je tahu ape yang bergelodak dalam hati aku ni. tapi maklong ncik M minta aku tunggu & dengar sekali. kira mak long dia sebagai wakil pihak lelaki. mase mak long dia hulur kotak cincin pada aku, mase 2 perasaan ku. oh speechless! kosong kata-kata. aku ingat lagi ayat mak long ncik M "kalau suria sudi sarung la cincin 2 kat jari" ketar wei seluruh badan. aku cuma menyengih je sambil sarung cincin kat jari macam kerang busuk yang semua orang sedang perati. aduh! perasaan itu. hahaha.
ini la cincin merisik aku. pilihan bakal mak mertua. aku xikut memilih pun, ncik M pun setakat pergi ambik je. cantik sangat bagi aku. :)
alhamdulillah. perjalanan majlis ari 2 berjalan lancar. mereka balik selepas selesai makan. keluarga ncik M bawa sekotak kek keju buatan khas oleh bakal mak mertua. oh sungguh sedap. terharu aku. sehelai kain pasang kaler pink purple. cantik sangat. aku rase2 kain ni jela yang aku buat untuk raye nanti. ahaks. dari belah aku hanya sebakul buah & sebekas isi kek yang bukan aku buat tapi kedai buat. xpandai buat kek la. huhu.
sedikit buah tangan dari belah keluarga aku. abang rafiq, abang iparku yang gubah. simple but just nice. :)
Tuesday, March 9, 2010
[ the 2nd step ]
[tempat : kampung baru bukit sedanan, selandar, melaka]
:: mula rase serabut ::
Friday, March 5, 2010
[ the 1st step ]
ncik M beria mengajak aku makam malam rumah dia. katanye mama dia teringin sangat nak jumpa aku. selepas aku mendapat green light dengan mak baru aku bersetuju dengan permintaan dia. dengan memakai baju kurung kotak warne biru merah aku ikut ncik M ke rumah dia. siap pakai baju kurung 2. nampak sweet la kononnye. haha. membawa buah tangan buah mangga atas nasihat cik tuan masittah. sentiasa ingat pesan sitah sebagai orang berpengalaman supaya pandai-pandai membawa diri ke rumah bakal mertua. ahaks. aku memang pandai membawa diri. terus ke dapur. berbual2 dengan bakal mak mertua. menolong mengangkat ape yang patut. xkan nak datang makan buta je kan. mencedok nasi tanpa d suruh. menambah lauk. menambah air. makan dengan sungguh-sungguh. mama ncik M kenalkan dengan semua ahli keluarga ncik M, cuma adik perempuan dia je xde sebab ade kelas malam. asik bergelak je dengan cerita tentang adik bongsu ncik M yang baru dapat lesen dan accident d carpark sunway pyramid. cerita accident keta sendiri yang memalukan aku ceritakan juga. abis berterabur gelak semua orang. selamba je aku memalukan diri sendiri. haha. aku adalah orang terakhir yang selesai makan. ini bukan sebab aku makan dengan lemah lembut ok tapi aku makan dengan banyaknye. haha.
:: hari khamis pun jadi kan ::
Sunday, February 28, 2010
[ wiken ku ]
thanks 2 abang sebab sudi isi masa su yang patutnye jauh jenjalan ke kedah. 'plan' kita punya la postpone kononnye su nak g kedah. sedangkan 3ari cuti tercongok je kat umah. dahla pemanasan bumi yang lebih hangat daripada biasa ni. fuhh lepas mandi pun berpeluh balik. ni dah malam2 pun rasenye macam nak p mandi balik je.
:: masa e2 sekarang sangat berharga ::
Wednesday, February 17, 2010
[ maaf & terima kasih ]
aku akan berblogging secara private sekadar untuk bacaan aku sahaja. mungkin 1hari nanti hati aku akan terbuka untuk berblogging secara terbuka. aku akan tetap jadi pemerhati blog korang & harap2 korang masih teruskan berblogging la ye.
doakan hubungan aku dengan ncik M berbahagia hingga ke akhir hayat. amin.
:: ....... ::
Friday, February 12, 2010
[ kampung! tunggu saya ]
Tuesday, February 9, 2010
[ ape perasaan anda? ]
bila si dia menyatakan yang dia xpernah mengenali hati seorang perempuan?
:: belajar untuk mengerti. belajar untuk memahami. ::
Monday, February 8, 2010
[ jom! jangan lupe ye ]

Saturday, February 6, 2010
[ suka kotak off ]
apekenda nye ni? berkotak2. hitam. kelabu. putih. ape maksudnye? adakah ade kena mengena dengan keja baru aku ke? nampak macam memeningkan je. sebenarnye ni jadual shif ncik M. hehe. dia bagi. pasni xde aku nak tengok kalendar ari2 semata2 nak tengok waktu cuti dia. :P
Tuesday, February 2, 2010
[ beli - duit = perlu jimat ]

asik nak abiskan duit je kan. sekarang aku ada azam baru. nak mula berjimat & menyimpan. nak kawin la katakan. hahaha. sapa xnak kawin. kalau xkawin pun kena menyimpan gak kan. huhu. aku kena belajar menguruskan kewangan secara teratur. nak belajar dengan ncik M. lelaki ni pandai ckit menguruskan kewangan. selalunya aku menyimpan kalau setakat ada je. paling kurang aku penuhkan tabung syiling aku. aku xpernah berdisplin dalam menyimpan. aku betul2 tekad ni dengan azam aku. sila beri sokongan semua. go go chaiyok!
:: tabung syiling aku hampir penuh. malas plak nak p kira. ::
Monday, February 1, 2010
[ february 1st is holiday ]
psstt : mimie, akhirnye kak chik su beli jugak lampu macam awk. berbaloi-baloi. hehe.
Sunday, January 31, 2010
[ zul & kt ]
[ langsai sudah kepinginnya ]
Friday, January 29, 2010
[ serupa ke? ]
tasbih cinta. sinetron yang sedang rancak d mainkan d tv3. aku xpenah tengok pun cite ni. yela main pun waktu kerja bila masanye aku nak lari p tengok kan. sebenarnye sorang kawan aku ni cikgu. dia memang ada masa untuk tengok cite ni. dia cukup beria2 bagi tahu aku yang heroin cite ni serupa dengan aku. dia cakap cuma pelakon ni xde tahi lalat je. setiap kali cite 2 main kat tv, time2 juga dia msg aku. macam aku boleh tengok je. dah bape orang cakap rupa aku macam pelakon indon. pelakon indon xpe. xmoh maid indon. hahaha. sungguh perasan. :P
Thursday, January 28, 2010
[ marissa & facebook ]
kalau dah lepak umah kak chik. aku sedia tahu. memang dia akan minta lappy nak berfacebooking. aku jangan mimpi la nak dapat pegang lappy. keja aku layan marissa. kata dia, 'aku dah hari2 buka facebook.' baik. mama leka kejap, laju je tangan marissa. abis d pukul2nye lappy mak uteh dengan tangan dia yang mulus 2. marissa pun nak berfacebooking ye. semakin pandai buat ekspresi muka. budak2 sekarang memang cepat bijak. eeee geram mak uteh dengan marissa tau. nasib baik comel macam mak uteh. ngeh2.
**gambar kurang kualiti. henpon cap ayam.
:: setiap kali dengan ncik M mesti kak chik cal. kebetulan. ::
Wednesday, January 27, 2010
[ kad ulang tahun si comot ]
Tuesday, January 26, 2010
[ my bam bam ]
Monday, January 25, 2010
[ y i think about u? ]
dari tadi dok menatap gambar kek chocolate indulgence yang sangat sedap ni. always b my feberet cake made by secret recipe. kecur weeii air liur. dah macam kempunan sangat ni. rasa macam dah lame benar plak xmakan. huhu. makan sorang2 xbesh plak. perlu ajak teman. sape la ekk. mm..:: tengahari tadi pun xsempat makan. ::
Wednesday, January 20, 2010
[ seronok menari ]
ni la feberet show yang berakhir semalam. orang yang mula2 mempengaruhi aku sehingga setiap hari selasa dari jam 8-11malam aku terpaku depan tv ialah kak chik. sebab aku kerap lepak rumah dia jadi secara langsung aku mula terjebak dengan aktiviti feberet mereka. hampir setiap hari selasa juga la aku akan tido umah dia sampai berjangkit ke hari khamis. dia akan pastikan aku datang umah dia. alasannya, lebih meriah kalau ramai2. ok2 aku terima alasan dia. bak kata abg rafiq pada marissa, 'mama nak bergosip dengan mak uteh'. hehehe. kadang2 2 kerana dah terlanjur mencintai eh eh silap terlanjur g umah dia. aku perangkut sekali bakul baju dengan niat suci nya nak suruh mesin basuh dia je yang basuh. bagus betul adik sorang ni kan? nampak dek marissa buat malu je. hehe. sekurang2nya aku boleh mengurangkan baju pada ampaian umah sewa. xde la berebut2. huhu.tv show ni pun berakhir dengan pemenang yang sudah aku jangka. melihat mereka ni menari rasa macam patung berputar je. cantik sungguh. memang penari sehati berdansa yang dapat markah 100% pun jauh ketinggalan la. hehe. minggu depan akan mula season baru. patutkah aku meneruskan sokongan? sudah semestinya. hehehe. :P
:: lebih kerap ngadap lappy dari tv. ::
[ just u & i ]
:: Allah permudahkan la perjalanan kami, amin. ::
Tuesday, January 19, 2010
[ a date with a dentist ]
d hari selasa yang membosankan bagi mereka yang kena bangun pagi sebab nak g kerja. aku pulak rase macam masih d hujung minggu pulak. dah la hujan pagi2. syok woo leh sambung tido. ngeh2. gigi pun menunjukkan berkembangan positif, elok pulak dia duduk diam. compom la leh g bertarikh ni.
ncik M dah lama nak tengok cite avatar. nak abis tayangan dah pun. kebetulan shif kerja nya asik jatuh pada hujung minggu & akhir2 ni dia pun sibuk nak mengecat rumah baru keluarga dia. tayangan 230ptg, sempat makan dulu. aku makan bubur mcD je. orang sakit gigi la katakan. huhu. 2pun makan nasi nye sahaja tau. ayam xboleh nak kunyah. last2 ncik M juga yang tolong abiskan.
cerita ni memang best. science fiction. kira respek la pembuat cerita ni sebab boleh reka satu cerita yang penuh dengan imaginasi yang indah. nama pun fiction kan, banyak benda xboleh d terima akal. tapi selepas d kupas oleh pengkritik tetap iaitu ncik M baru aku boleh nampak apa yang nak d sampai kan d sebalik cerita ni. nak taip ape yang dia cerita 2 pun boleh panjang sampai dua muka nanti. hehe. aku ni jarang tengok cerita berat2 ni. feberet aku cerita cintan cintun yang tangkap leleh & cerita katun yang karakter comel2. sekadar cerita yang boleh ringan2kan kepala.
seronok rasa arini. lupa sekejap yang aku sedang sakit gigi. hehe. aku rasa aku xpernah la cuti d hari bekerja kecuali balik kampung & jenjalan d shopping complex siap boleh tengok wayang lagi. ni kira first time la. aku bukan apa. aku cuma nak rasa macamane perasaan ncik M jenjalan d shopping complex time orang lain sibuk bekerja. seronok sangat. ^_^
::esok kerja. adeh! ::
Sunday, January 17, 2010
[ lahirnya dia sebagai rahmat Tuhan ]
kak cda, my best ofismate ever. dia la orang pertama yang menegur aku bila aku mula2 kerja dulu. orang yang paling rapat, orang yang paling aku percaya. banyak benda aku kongsi dengan dia sejak hampir 4 tahun aku mengenali dia. apa2 pun dia memang la ofismate, kakak, cikgu & sahabat yang paling best. banyak benda aku belajar dari dia.aku percaya. walau besar macamane pun dugaan yang Tuhan uji pada kita. ade hikmah d sebalik semua 2. jangan anggap Tuhan 2 xadil sebab kita sebagai hamba nya yang lemah kena redha, berdoa & berusaha untuk baiki kesilapan. aku doakan kak cda & newborn baby nye sihat je. seronoknye dapat pegang & bau baby. ^_^
:: suka anak sulong adalah lelaki. ::
Saturday, January 16, 2010
[ breakfast 4 two ]
Friday, January 15, 2010
[ aku seorang polis ]
tarikh : 14 januari
via : ym
suria (11:33 PM): abg..
malek faisal (11:35 PM): ye syg
malek faisal (11:35 PM): ada ape nak bgth ke tu
suria (11:35 PM): abg betul ke nak jaga su?
malek faisal (11:36 PM): betul la
malek faisal (11:36 PM): abg nak jaga su
malek faisal (11:36 PM): bole?
suria (11:37 PM): xmoh talian hayat ke?
suria (11:37 PM): mm sebab ape abg nak jaga su?
malek faisal (11:39 PM): mm takyah talian hayat
malek faisal (11:40 PM): su rasa
suria (11:41 PM): su rasa?
malek faisal (11:42 PM): su rasa sbb ape
suria (11:42 PM): mane la su tahu
suria (11:42 PM): su bukan nye boleh bace hati abg
malek faisal (11:47 PM): sbb abg sayang su
suria (11:47 PM): orang lain abg xsayang?
malek faisal (11:49 PM): mm tak sama
malek faisal (11:49 PM): bila sayang su
malek faisal (11:49 PM): hidup abg tak sama mcm dulu
suria (11:51 PM): knape xsama?
malek faisal (11:51 PM): su ni
malek faisal (11:51 PM): tanya mcm polis pula
tu dia.. xpasal2 d panggilnya kita polis. sukasuki dia je kan. sejak dia suarakan pada aku samada aku sudi ke tak kononnya langsung tahun ni juga, aku memang senyap jela. baru aku nak memberanikan diri tanya soal2 hati ni. dia dah panggil aku polis. hish2. cik abang oii, cik polis ni juga yang awak sayang tau. huhu. aku perasan lelaki memang macam 2 la. kita punya la luahkan rasa hati, perasaan kita sepanjang-panjangnya. gubah ayat baik punya. rasa macam isi hati ni semua la nak bagi tahu kat dia. tapi dia? tanya 10 patah jawab 1 patah. xde nak kembang2kan isi. markah pun xdapat penuh tau. huhu. niat kita cuma nak paham dia je. kita ni takut perasan sendiri je. nama pun perempuan kan.
:: dia minta cari hari untuk jumpa k.chik & husben jugak marissa. ^_^ ::
Thursday, January 14, 2010
[ sup?? ]
aku gelak tapi dalam hati? Tuhan je tahu ape aku rasa. aku xtahu la kalau orang lain terasa ke x kalau berada d tempat aku. aku memang jenis cepat terasa tapi kalau bila ayat ni keluar dari orang yang selalu perli aku. aku memang cukup terasa. aku pun xtahu kenapa. mungkin sebab dia lebih tua dari aku kot dan dia pernah jadi penyelia aku masa aku jadi PA pool dulu. aku sedang belajar untuk pujuk hati dan bersabar. aku terlalu cepat terasa. huhu. :(
:: memang susah nak puaskan hati semua orang. ::
[ berat-makan=kurus? ]
pepagi lagi ncik M dah menimbang berat. mengadu yang berat dia makin bertambah. xkan makin senang hati kot bila dengan aku?. huhu. sungguh perasan. dia sungguh-sungguh nak diet. nak kurangkan makan katanya. cukup ke kurang makan boleh kurangkan berat badan?. aku pun xtahu sebab aku xpernah diet. al maklum la, badan ni makan banyak mane pun macam 2 je. lagi pun aku gastrik, jadi xmoh la sengaja cari bala. paling berat pernah aku capai 50kg. xdapek la nak nolong cik abg oii. tolong beri sokongan boleh la. huhu. berat dia naik mendadak selepas dia balik jepun. 7bulan dia menganggur duk rumah je. kerjanya makan tido. kerja paling seronok 2, mane xnaik berat. xmoh kerja sebab xmoh pakai tie g kerja. iii macam 2 pun ade ke?. nasib pulak sekarang mau kerja. hehe. tetiba teringat dulu pernah dia bagi tahu, takut sampin nak nikah nanti xmuat. hehe. ok2. salah satu perkara yang boleh memotivasikan diri untuk kurus. ape2pun abg tetap comel dalam hati su, cehwaahhh. chaiyok2 ncik M. ^_^:: sakit belakang datang balik, arghh!!. ::
Wednesday, January 13, 2010
[ angin bawa la daku pergi ]
:: selain blog, hanya pada ncik M aku mengadu. ::
Tuesday, January 12, 2010
[ trengkas o trengkas ]
:: nak cari benda2 yang boleh wat diri UP balik ::
[ kena potong ]
Monday, January 11, 2010
[ majlis pertunangan adik ipar ]
5 dari 7 hantaran pihak lelaki yang d gubah indah oleh husben kak chik. dia sorang je buat ni. memang bakat terpendam betul. aku mula dah nampak2 sape yang bakal gubah hantaran aku nanti. gatal ke ape ni??. abg rafiq dah bagi green light, bila2 dia on je. siap tanya bila 'ehem2' nye nak datang umah. huhu. :: baju putih lagi, xmoh aku. ::
Sunday, January 10, 2010
[ hujan sebagai saksi ]
semalam. aku merajuk sebab kecik hati dengan dia. dia terlalu sibuk. dia pujuk aku, aku plak xmakan saman. dah kena bebel panjang baru la beralah. 2la perangai teruk aku yang payah nak berubah. kuat merajuk! huhu. sedangkan benda kecik je. aku sedang kuatkan azam nak berubah ni. chaiyok2!! tetiba rase sedih buat dia macam 2. bila aku minta maaf, dia kata xde ape2 la. mm xde perasaan ke mamat sorang ni@ xkisah aku buat macam 2? kag aku buat lagi kag. huhu.
:: aku mimpi dia lagi wat kali ke3. ::
Friday, January 8, 2010
[ aku mimpi lagi ]
malam tadi aku mimpikan ncik M lagi tapi aku xbape ingat. aku cuma ingat ncik M bawak aku jenjalan. xingat ke mana. kali ni sah2 aku mimpikan dia sebab aku terlalu rindukan dia. huhu. xpernah ade lelaki lain yang berjaya masuk dalam mimpi aku. sebelum tido aku cuma solat isyak dan mohon agar Tuhan permudahkan hubungan aku dengan ncik M kalau betul jodoh aku dengan dia. bukan aku buat solat istikharah pun. ade kah ia memberi ape2 tanda? mmm. mainan tido je kot.Thursday, January 7, 2010
[ hati ku sedia kecil ]
cuma kadang2 je dia terlalu sibuk dengan kerja, bisnes dia. aku sangat2 rindu kan dia sebenarnye. agak2 mase aku rindu dia, dia ade mase x nak igat aku?? mmm. ntah2 boleh lupa. memang patut aku terasa. huhu.
:: aku nak tido awal. :( ::
Tuesday, January 5, 2010
[ what shud i say?? ]
tarikh : 04.01.10
Monday, January 4, 2010
[ kaca mata cinta ]
aku ni nak kata rabun, mmg rabun la. rabun yang merbahaya kalau xpakai spek@ contact lens masa memandu. mak aku kalau tengok aku pakai contact lens depan dia, memang dia cukup pantang. bebel sepanjang2nya, dia cuma risaukan mata aku. yela takut kuman@ aku xpandai jaga mata. dulu, mak aku ada bagi 1 spek mata old scool sebijik macam aku baru beli ni tapi hilang dalam rumah. nak kata orang curi, sape plak nak curi kan. aku pun pelik. 2 yang nak xnak aku memang nak beli baru dan kalau boleh sebijik la. spek mata lama aku dah kurang power, time belajar punye. dah bape kurun dah 2 duduk je dalam keta.
spek mata ni. setelah d senarai pendek oleh aku. murah2 sudah. akhirnya spek mata lee cooper yang comey ni pilih oleh ncik M. dia puji aku nampak cantik dengan spek ni. aku mula la.*blushing**kembang hidung* dengar dia puji. hahaha. walau dia puji macamane sekali pun, aku bukan sentiasa nak pakai spek ni pun. buat syarat je. aku still akan pakai contact lens. depan mak je nanti aku berlakon sebab aku nak jaga hati mak yang ada satu 2 je. ^_^
:: dulu pun dia pakai spek old scool, comel. ::
[ semua baru ]
arini isnin pertama keja d tahun baru 2010. cukup bersemangat memulakan tugas dengan baju baru, tudung baru, spek pun baru tau. semua nya untuk memotivasikan diri untuk lebih gigih bekerja. konon. hehehe. ade cite d sebalik spek baru ni. cite bunga2 punya. next punya entri aku cite. :P
semalam, sedang rancak kami chat d ym tentang topik bilangan anak, cite anak kembar, nama2 anak kembar (makin serius topik2 kami). terdetik untuk aku bertanya mengenai hubungan kami. begitu serius bercerita macam kami nak nikah besok je kan? huhuhu. aku bertanya,'adakah kita sepasangan kekasih?' sebab kami xpenah declare ape2 secara rasmi tapi rase nya soal hati, sayang dah berpuluh kali kami kongsikan. aku bukan ape, aku hanya nak kan kepastian. jawapan ncik M, 'mestila kita pasangan kekasih'. *blushing* 'kita ambik tarikh first kita jumpa 2 sebagai tarikh declare kita'. means, 27 Disember 2009! aku paling suka nombor 2, nombor 7 & nombor 30. sebab no plat keta aku, 2127. birthday aku, 3008. birthday ncik M, 0312. tarikh kenal ncik M, 3012. tarikh kami declare=1st time jumpa, 2712. jadi tarikh kawin kena ade kaitan dengan nombor2 2 juga. ^_^
:: sebut pasal kawin tetiba rase takut. huhu. ::
Sunday, January 3, 2010
[ 1st picture of him ]
:: chubby + comel = tetap syg. :P ::
Saturday, January 2, 2010
[ 2.01.2010@10.01 ]
Thursday, December 31, 2009
[ entri terakhir 2009 ]
selamat datang 2010 yang penuh dengan pelaksanaan. ^_^
[ aku suka dia ]
kenapa aku suka ncik M? aku suka dia sebab..
- kalau orang lain baru nak berkenalan. 2, 3 msg dah minta nombor hp. minta email untuk add ym tapi dia tidak. kelainan dia buat aku tertarik. aku ni kalau orang kejar2 aku lagi aku nak lari.
- dia sangat sopan. bila dia bersms. dia akan guna kata nama saya, dia panggil aku dengan nama suria . setiap kali sms. tulisan penuh. skema. hehe.
- aku jadi terpikat dengan ayat dia, "Mm, kalau nak ikutkan skarang pun org dah tanya bila nak kahwin. Tp saya lak tak jumpa sape2, asyik keje je. Agaknya saya ni jenis kahwin dulu baru dating ke bermesra ke. Which is bagus la mcm tu, tp tak ikut zaman yg byk terbuka ni..Perkahwinan ni ertinya org tu mencukupkan apa yg kita kurang. Diri kita pun mencukupkan kekurangan dia." ^_^
- dia memang pendengar & pemerhati yang setia. kalau time aku bercerita, dia biarkan aku je bercerita. cerita yang aku taip la. kami kan hanya d alam maya je.
- bila dia bercerita plak terutama pasal isu semasa@ buku2 yang dia baca. dia sangat serius. bersama-sama fakta yang panjang berjelar dia cuba juga terangkan pada aku. nampak dia matang dengan usia dia.
- seorang yang caring. walaupun aku bagi tahu lama dah pasal budak umah kan berpindah untuk berkawin, dia sentiasa igat. selalu bertanyakan perkembangan. risau aku tinggal sorang2 nanti.
- kami sama2 minat warna merah. banyak barang dia warna merah. termasuk la keta dia.
- mata dia yang macam mata anak jepun buat hati aku rasa tenang. sejuk je.
- dia sangat suka kucing, tandanya dia memang penyayang.
- kampung dia pun sama dengan aku, ape lagi melaka la. senang ckit nak balik raya. hehehe.
- dia banyak bercerita soal keagaamaan. sekurang2nya aku yakin dia adalah seorang lelaki yang baik. boleh bimbing aku & anak-anak aku ke jalan Allah swt. insyaAllah.
- dia seorang yang ade visi & misi. dia ade target untuk dia capai dalam 10 ke depan. kerja, bisnes. means, ekonomi dia insyaAllah dah terjamin.
:: orang kalau dah suka, sepanjang2nya nak bagi tahu. ^_^ ::

